Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Izat ..............apabila melalui jalan yang licin itu. jawapan..................... terjelepok/ tergelincir/tersungkur? | Perkataan yang paling sesuai ialah tergelincir. 'Izat tergelincir apabila melalui jalan yang licin itu.' Menurut Kamus Dewan, tergelincir bermaksud terdorong kerana licin dll; tergeluncur. Terjelepok bermaksud jatuh terduduk. Tersungkur bermaksud jatuh ke depan serta muka terkena tanah; tersembam. | Tatabahasa | 28.05.2011 |
(9) Pemegang lesen tidak boleh menggunakan atau membenar digunakan, dalam penyediaan apa-apa makanan, mana-mana meja, almari, bangku atau sebarang perabot seumpamanya yang permukaannya bersentuh dengan apa-apa makanan, kecuali permukaan itu diperbuat daripada kayu keras bersambung rapat dan licin atau sesuatu bahan licin yang tidak telap air. (perkataan "membenar" adakah betul atau salah? adakah ia perlu ditambah imbuhan -kan di akhir perkataan tersebut untuk ayat di atas) sekian. terima kasih | Nurul Sila berikan konteks penggunaan ayat ini. Ayat ini terlalu panjang dan pengguna akan mendapati sukar untuk mengikuti arahan yang diberikan. | Tatabahasa | 03.08.2010 |
Kami berhati-hati ketika mandi di kawasan air terjun itu kerana batu-batu di situ teramat licin. kata penguat "teramat" betul? | Kata penguat "teramat" boleh digunakan dalam ayat. | Tatabahasa | 16.07.2013 |
Tudung sutera yang dihadiahkan oleh Karina ini memang___________. A lembut B halus (tuan, jawaban ialah A..tetapi saya kekeliruan kerana halus juga membawa maksud 3. tidak kesat (kasap), lembut, licin) TQ | Kedua-dua perkataan, iaitu halus dan lembut boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Makna | 22.08.2011 |
1.Bagi monolog, tanda petik manakah yang tepat digunakan? Tanda petik seperti dialog ataupun tanda petik tunggal? 2. Bagi kiasan (double meaning), adakah perlu menggunakan tanda petik tunggal. Terangkan secara terperinci penggunaan tanda petik tunggal. 3. Bagi species haiwan, tumbuhan, dan sebagainya, perlukah kita menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan. Contoh: Memerang Licin. | Bagi monolog dan kiasan tanda petik tunggal (' ') digunakan. Haiwan dan tumbuhan ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil seperti harimau, memerang licin dan pokok renek. | Ejaan | 17.08.2011 |
Adakah perkataan lancar digunakan dengan betul? 1. Aktiviti itu berjalan dengan lancar. 2. Dia boleh bercakap dengan lancar. 3. Perjalanan ke kampung itu lancar. 4. Kereta itu bergerak dengan lancar. | Kamus Dewan Edisi Keempat, mentakrifkan perkataan lancar sebagai terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dll), fasih (hafaz) benar, laju, tidak tersangkut-sangkut: bacaannya ~; bas itu berjalan dgn ~nya; ~ kaji kerana diulang prb kepandaian dan kemahiran didapati kerana selalu berlatih. Oleh itu, berdasarkan keterangan tersebut, contoh ayat 1-4 yang saudara kemukakan itu betul. | Tatabahasa | 11.03.2010 |
Produk terbaru daripada syarikat itu boleh menghilangkan kulit yang ____________ dan bintik-bintik hitam di muka. Manakah jawapan yang sesuai? Dan Mengapa??? Jawapan: berkerut atau berkedut | Sekiranya dilihat makna kedua-dua kata yang diberikan di bawah ini, "berkerut" lebih tepat untuk digunakan. berkerut : 1. tidak licin atau rata (bkn kulit dll), berkedut, bergelembur (bkn kulit dll): lehernya dan dahinya sudah mulai ~; keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingatkan sesuatu; ~ seribu banyak kerut, berkedut-kedut; 2. Mn keriting, ikal: rambut yg berkerut(-kerut); berkedut: berlipat-lipat (tidak rata atau licin), berkerut (kulit dll), renyuk (kertas dll), beropol-ropol (kain): seorang tua yg putih rambutnya dan sangat ~ kulitnya menghampirinya; dipakainya juga bajunya yg lusuh dan ~ itu; | Lain-lain | 23.07.2009 |
Salam, betulkah ayat ini? Encik Logan mempunyai beberapa ekor kucing Parsi yang sangat besar dan gebu. Bolehkah kata adjektif 'gebu' digunakan untuk bulu kucing Parsi?Terima kasih. | Perkataan gebu dalam ayat di atas tidak sesuai. Gebu merujuk kepada 1. lembut (ubi dll), gembur (tanah); 2. penuh berisi, licin dan halus kulitnya: pipinya yg gebu. Penggunaan perkataan gebu bagi merujuk kepada bulu kucing tidak sesuai. | Tatabahasa | 22.05.2013 |
Salam...sy ada sikit kemusykilan...bg soalan 5 jawapan apakah yang paling sesuai sekali? Jawapan C @ D...mohon penjelasan...terima kasih.. Soalan: Pak Jalil........hujung batang kayu supaya tajam yang akan dijadikan kayu pagar kebunnya. c) Menarah d) Meraut. | Jawapan yang betul ialah meraut. Meraut ditakrifkan sebagai meratakan (menghaluskan, melicinkan, meruncingkan, dll) dengan pisau: ~ rotan penjalin lukah; ~ pensel dengan pisau. | Tatabahasa | 30.07.2013 |
Bagaimanakah kita hendak membezakan penggunaan 'kan' dalam ayat, contoh : merendam dan merendamkan | merendam menaruh sesuatu di dlm air dll beberapa lamanya: padi itu direndam di dlm air, kemudian diwap, dijemur, dan dikeringkan; melemaskan lipas dgn ~nya dlm air; merendamkan menjadikan digenangi (air dll): sawah itu direndamkan dahulu; direndam tak basah prb a) sangat licin (tidak mudah dikalahkan, ditipu, dll); b) belum ada keputusannya (perkara); c) orang yg degil atau kikir; | Tatabahasa | 23.08.2007 |
|
Tesaurus |
---|
| licin | 1. Dalam konteks permukaan bersinonim dengan tidak kesat, lincir, tidak kasap, (adjektif:) Berantonim dengan kesat
2. Dalam konteks kulit bersinonim dengan halus, tidak menggerutu, tidak berkedut, rata, sekata, lelas, peras, (adjektif:)
3. Bersinonim dengan botak ( gondol, loncos, lokos, ) (adjektif:)
4. Rujuk licau 2
5. Bersinonim dengan licik ( pintar, cekap, ) (adjektif:)
6. Bersinonim dengan lancar ( tidak tergendala, baik, elok, mudah, senang, ) (adverba:)
| Kata Terbitan : melicinkan, kelicinan, pelicin, |
|
Puisi |
---|
|
Orang mengail di lubuk licin, Dapat ikan beliak mata; Sudah terpandang dahi licin, Rasa nak putus urat mata.
Lihat selanjutnya... |
|