| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| Assmk, soalan saya,bila saya akan dapat kata kunci/kata laluan. | Untuk makluman tuan/puan, selepas mendaftar di laman Khidmat Nasihat DBP, anda akan diberikan kata laluan. Kata laluan tersebut akan dikirimkan ke alamat e-mel tuan/puan. | Lain-lain | 06.05.2009 |
| Saya memerlukan bantuan terjemahan istilah-istilah Inggeris di bawah ini:- 1. Road access (Laluan Jalan?) 2. River access (Laluan sungai?) 3. On foot (Laluan kaki?) Saya mendahului dengan ribuan terima kasih atas bantuan saudara/saudari. | DBP bersetuju dengan cadangan terjemahan bagi istilah 'road access' sebagai 'laluan jalan' manakala istilah 'river access' sebagai 'laluan sungai' tetapi istilah 'on foot' lebih tepat diterjemahkan sebagai 'laluan pejalan kaki'. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.12.2006 |
| DBKL dalam cadangan untuk melancarkan laluan baharu Bas GOKL di Setiawangsa. Setiap laluan diberi nama berasaskan warna. Untuk laluan baharu ini, DBKL bercadangan untuk meletakkan warna 'TURQUOISE' sebagai nama laluan tersebut. Apakah padanan yang sesuai untuk 'TURQUOISE' dalam b. Melayu? Adakah 'Biru Firus'? | Definisi : Turquoise (colour) warna firus. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan) Firus sj batu permata yg warnanya kebiru-biruan. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Oleh itu, Biru Firus merupakan padanan yang sesuai untuk turquoise.
| Istilah | 03.09.2019 |
| Kata perintah manakah yang betul untuk digunakan untuk ayat ini; ______ beri laluan. Makanan ini panas. Tolong beri laluan atau harap beri laluan. | Harap (haraplah) bermaksud hendaklah, mintalah, pohonlah; dan tolong bermaksud bantu.
Jawapan yang betul ialah harap beli laluan. | Tatabahasa | 19.07.2013 |
| Mohon penjelasan bagi ayat yang berikut 1. Tahniah kerana anda hadir ke / di sekolah 2. Laluan sekolah selamat ATAU laluan selamat sekolah 3. Membangunkan semula kawasan yang dilanda banjir itu ATAU membangunkan kawasan yang dilanda banjir itu semula | 1. Tahniah kerana anda hadir di sekolah, penggunaan sendi nama "di" merujuk pelajar telah sampai di sekolah. 2. Laluan selamat sekolah kerana yang diutamakan ialah laluan selamat di ikuti lokasinya, iaitu sekolah. 3. Membangunkan semula kawasan yang dilanda banjir itu kerana bermaksud mengulangi perbuatan "membangunkan". | Tatabahasa | 26.04.2012 |
| memberi laluan kepada orang tua. memberikan laluan kepada orang tua. ayat yang mana satu betul? | Memberikan laluan kepada orang tua. | Lain-lain | 06.03.2019 |
| Ini bagi membeli laluan kepada mesyuarat agung Atau Ini bagi memberi laluan pada mesyuarat agung? | Ini bagi memberi laluan kepada mesyuarat agung. Kata sendi nama "kepada" untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarad (tidak nampak). | Tatabahasa | 23.09.2011 |
| Para pengguna jalan raya dinasihati agar berhati-hati semasa menggunakan laluan yang sedang dipulih itu. munsyi, adakah laluan salah dalam ayat ini? TQ | Laluan bermaksud jalan yang dilalui dan penggunaannya tidak gramatis dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 15.02.2012 |
| Salam sejahtera. Saya ingin mengetahui terjemahan bagi "California State Route 67". Terjemahan manakah yang betul: Laluan Negeri California 67 atau Laluan 67 Negeri California? | Terjemahan yang dicadangkan ialah Laluan 67 Negeri California. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.02.2015 |
| Salam. Terdapat beberapa jenis laluan kereta seperti jalan, lebuh, persiaran, lorong, lebuh raya, cangkat, liku, laluan, dsb. Apakah perbezaannya, dan bilakah masa yang sesuai untuk digunakan, kerana saya lihat beberapa percanggahan dalam penggunaannya di Malaysia. Ada juga beberapa istilah yang saya jumpa sekitar Pulau Pinang seperti gat, lengkok, solok, dan lintang, namun saya tak dapat jumpa takrifannya yang berkenaan di dalam KDP. Dan apakah terjemahan masing-masing dalam bahasa Inggeris? Terima kasih. | Salam sejahtera, Jalan, lebuh raya, lorong, cangkat, laluan dan sebagainya itu mempunyai beberapa perbezaan terutamanya daripada segi saiz, kedudukan, struktur dan fungsi. Sebagai contoh, lebuh raya merujuk kepada jalan yang lebih besar, mempunyai struktur yang lebih canggih, biasanya terdiri daripada lebih daripada satu lorong dan direka untuk membolehkan perjalanan yang lebih jauh, manakala lorong pula ialah jalan atau laluan kecil yang biasanya terdapat di antara rumah-rumah, bangunan-bangunan dan sebagainya. Kata gat, lengkok, solok dan lintang didapati ada digunakan dalam penamaan sesetengah nama jalan. Pemberian nama jalan tersebut berkemungkinan mempunyai kaitan dengan bentuk dan kedudukan jalan tersebut. Kajian lanjut perlu dilakukan untuk menentukan kesahihannya. | Makna | 28.11.2025 |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | lalu | 1. Bersinonim dengan berjalan ( melintas, melewati, ) (kata kerja:)
2. Bersinonim dengan berdaya ( larat, bertenaga, bermaya, ) (kata kerja:)
3. Bersinonim dengan kemudian ( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, ) (kata tugas:)
4. Bersinonim dengan lewat ( menjangkaui, melampaui, ) (kata tugas:)
| | Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan, |
|
|