Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Merujuk TD Edisi Ketiga m/s 481 . Contoh ayat 222. (a) Murid nakal itu kena rotan kelmarin. (b) Kena rotan murid nakal itu kelmarin. Contoh ayat (b) yang mendepankan predikat ' kena rotan' hanya sesuai dikatakan pendepanan frasa kerja, bukanlah pendepanan kata kerja dengan objek. Berikan pandangan tuan. | Pihak kami akan membawa cadangan/pandangan ini kepada panel penulis buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Terima kasih atas pandangan yang diberikan. | Lain-lain | 25.03.2010 |
Istilah OKT merujuk kepada Orang Kena Tuduh dalam mahkamah. Apakah ianya perlu ditulis sebagai OKT ataupun O.K.T.? | OKT merupakan akronim bagi Orang Kena Tuduh. Oleh itu, ia perlu ditulis OKT sahaja tanpa titik. | Tatabahasa | 30.08.2007 |
Apakah yang dimaksudkan 'ereksi persona' ? | Ereksi: keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat. Pesona: 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu; | Makna | 11.08.2009 |
penggunaan perkataan PADAN. Adakah boleh digunakan dalam ayat di bawah ini? Perhiasan di dalam rumah Puan Esah tidak padan dengan keadaan rumahnya yang telah usang. | Boleh digunakan kerana padan sinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar, kena">kena. | Tatabahasa | 21.10.2010 |
mencari seerti perkataan : (1)Benci, (2)kandang kuda, (3)cerdik pandai, (4)sifar, (5)merajuk, (6)kena seksa. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan seerti bagi perkataan-perkataan tersebut ialah; benci=tidak suka. Kandang kuda=bangsal kuda. Cerdik pandai= dapat mengerti dgn cepat, cerdik, pintar. Sifar=(angka) kosong. Merajuk= menunjukkan rasa tidak suka. Kena seksa= kesengsaraan (kesusahan, kesakitan, dll) atau kena dera. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan untuk pengetahuan saudara/ saudari, kami tidak menjawab sebarang soalan yang berbentuk teka silang kata. Harap maklum. | Makna | 27.10.2007 |
justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar: kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi? 2. malahan, sebaliknya, bahkan: sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia. Tetapi mengapa ramai yang beranggapan bahawa justeru boleh ditukar ganti dengan oleh itu atau maka? Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat "justeru" bermaksud. 1. kebetulan, tepat, kena benar. 2. Makna kedua ialah malahan, bahkan. Penggunaan "justeru" yang membawa maksud "oleh itu" adalah salah dan tidak boleh digunakan. Anggapan bahawa "justeru" boleh ditukar ganti dengan "oleh itu" mungkin disebabkan individu yang menggunakan perkataan tersebut tidak tahu maksud sebenar perkataan tersebut. | Makna | 07.04.2012 |
saya keliru dengan penggunaan perkataan 'mengenai'. Jika dilihat, 'mengenai' berasal dari kata dasar 'kena' dan jika diubah kepada ayat perbuatan akan menjadi seperti 'peluru itu mengenai bahagian kiri badan mangsa'. bagaimana pula dengan ayat ini ; saya diarah untuk merujuk kepada perkara di atas 'mengenai' isu pembalakan haram. adakah ayat ini betul atau pun 'mengenai' perlu ditukar kepada 'tentang'. penggunaan mengenai dan tentang terlalu mengelirukan | Kata mengenai dalam ayat peluru itu mengenai mangsanya berfungsi sebagai kata kerja (membawa maksud kena pada). Kata mengenai dalam ayat ...perkara di atas mengenai pembalakan haram berfungsi sebagai kata sendi dan boleh juga bertukar ganti dengan kata sendi tentang. | Tatabahasa | 13.12.2007 |
Namum begitu, ada sesuatu yang tidak kena apabila rakyat tidak "mengambil" berat untuk mempelajari bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. adakah mengambil dalam ayat di atas merupakan Kata kerja tak transitif berpelengkap? | Frasa mengambil berat ialah kata majmuk. Perkataan mengambil di sini tidak berfungsi sebagai kata kerja transitif aktif seperti mengambil surat dan mengambil wang. | Tatabahasa | 24.03.2012 |
Puan, Sila jelaskan maksud peribahasa "Laksana kunyit kena kapur" Terima kasih. | Peribahasa yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah "sebagai kunyit dengan kapur" yang bermaksud mudah mesra. | Lain-lain | 14.08.2013 |
nanti bila dapat pekerjaan adakah tmpat tngaal saya kena cari sendiri atau anda bagi?saya berharap sangat dapat pekerjaan ini kerana saya memerlikannya | Sdr, DBP ada menyediakan rumah institusi bagi pegawai yang berkhidmat di DBP Cawangan dan DBP Wilayah. Namun jumlah rumah institusi yang disediakan amat terhad dan akan ditawarkan kepada pegawai yang memenuhi syarat yang ditetapkan sahaja. Tiada rumah insitutsi disediakan di DBP ibu pejabat. | Lain-lain | 08.11.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| kena (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan bersentuhan dengan: berlanggar dengan, terhantuk, tergesel, tersinggung, tersandung, terlanggar,
2. Dalam konteks sasaran bersinonim dengan tepat, tidak menyimpang, betul-betul pada,
3. Bersinonim dengan ditimpa sesuatu: dilanda malang
4. Bersinonim dengan menanggung sesuatu: menderita, mengalami,
5. Bersinonim dengan diwajibkan: dimestikan, tidak terkecuali, tidak terlepas, tidak bebas,
6. Bersinonim dengan padan dengan: secocok, sesuai, setimpal, berbaloi, ngacu,
7. Bersinonim dengan terpaksa: harus, perlu, dikehendaki,
| Kata Terbitan : mengena, kena-mengena, mengenai, mengenakan, mengena-ngenakan, terkena, |
|
Puisi |
---|
|
Ada satu nama si Putung, Duduk di surau berbaju kurung; Taruh umpan salah gantung, Tak kena ikan kena jerung.
Lihat selanjutnya... |
|