Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Istilah mana yang betul ? 1. Industri tenunan Pahang atau industri tenun Pahang 2. Tenun Pahang Diraja atau Tenunan Pahang Diraja 3. Kain tenunan Pahang atau kain tenun Pahang | Sebagai kata nama khas, (1)Industri tenunan Pahang(2) Industri Tenun Pahang(3) Kain tenunan Pahang(4) kain tenun Pahang betul dan (5) Tenunan Pahang Diraja boleh digunakan. | Istilah | 13.08.2014 |
1) Tenunan melayu seperti songket mempunyai unsur keindahan tersendiri.Dengan beberapa contoh kain tenun songket,bincangkan keindahan rupa bentuk fizikalnya dan juga falsafah motif pada kain tersebut. 2)Nyatakan sejarah,fungsi gunaan,falsafah, dan estetika yang terdapat dalam pesta ka'amatan di Sabah. | Untuk makluman soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Soalan saudara memerlukan penyelidikan dan kajian mendalam. Oleh itu, sila rujuk perpusatakan dan lihat makalah atau buku yang berkaitan. | Lain-lain | 30.08.2009 |
What is the BM translation for 'non woven material'? Thanks. | Padanan untuk 'non woven material' ialah kain tanpa tenun. | Istilah | 12.03.2014 |
|
Tesaurus |
---|
| kain (kata nama) | 1. Dalam konteks jenis bersinonim dengan kain cita, kain sutera, kain songket, kain tenun, kain belacu, kain cindai,
kain baldu, kain georget, kain organza, kain renda, kain sifon, kain tartan, kain keju,
kain sakhlat, kain voil, kain dungare, kain felt, kain krep, kain kapas,
kain muslin, kain kasa, kain terpal, kain rambuti, kain net, kain mota, kain mata punai,
kain satin,
2. Dalam konteks kegunaan bersinonim dengan kain sarung, kain pelikat, kain samping, kain serban, dagang luar, kain basahan,
kain mandi, kain batik kain sembahyang, kain selimut, kain gebar, kain tudung, kain cadar,
kain alas, kain buruk, kain kesat, kain dondangan, kain langsir, kain layar, kain rahap,
kain kemban, kain lampin, kain popok, kain cawat.,
|
|
|