Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Antara kain-kain merah itu, kain jenis sutera itulah yang termerah. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga - ms 236) Adakah frasa 'antara kain-kain merah itu' lewah? | Pihak kami akan membawa perkara ini kepada pihak berkenaan bagi mendapatkan penjelasan lanjut tentang perkara ini. Pihak kami akan memaklumkan kepada puan selepas mendapat penjelasan tersebut. | Lain-lain | 08.07.2010 |
TD Edisi Ketiga m/s 236. Contoh ayat 135. ' Antara kain-kain merah itu, kain jenis sutera itulah termerah'. Sepatutnya' Antara kain merah itu , kain jenis sutera itulah termerah'. Beri pandangan tuan.Terima kasih. | Pihak kami akan memaklumkan perkara ini kepada editor buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga supaya tindakan pembetulan diambil. Pandangan saudara itu betul. Terima kasih atas keprihatinan saudara dalam perkara ini. | Tatabahasa | 25.03.2010 |
Tuan, Apakah penjodoh bilangan untuk kain? (sehelai kain ? / sekeping kain?) Terima kasih. | Penjodoh bilangan bagi kain ialah sehelai kain. | Tatabahasa | 28.11.2016 |
Salam sejahtera. Mana satukah ayat di bawah ini diterima? 1. Saya mengangkat kain-kain jemuran. ATAU 2. Saya mengangkat kain jemuran. terima kasih | Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul | Tatabahasa | 03.02.2020 |
Salam, saya ingin bertanya. Yang manakah ejaan yang betul antara 'kain pelekat' dengan 'kain pelikat'? Dalam kamus memang ejaan 'kain pelekat' tetapi apabila saya google dalam Internet dan berdasarkan percakapan harian, ejaan yang biasanya digunakan ialah 'kain pelikat'. Jadi, yang manakah betul? | Istilah yang betul ialah "Kain Pelekat". Kain pelekat ialah kain sarung yang berjalur-jalur atau berpetak-petak coraknya. Kain pelekat biasanya dipakai oleh orang lelaki. | Ejaan | 09.05.2013 |
Salam sejahtera tuan/puan, Izinkan saya bertanya, apakah kegunaan yang betul untuk perkataan kain sarung atau kain sarong? Adakah saya patut guna kain sarung atau kain sarong dalam ayat yang penuh? Bolehkah tuan/puan memberi tunjuk ajar untuk penggunaan yang lebih mendalam untuk kain sarung atau kain sarong? Terima kasih atas nasihat tuan/puan. | Ejaan yang betul ialah kain sarung. | Ejaan | 20.05.2021 |
selamat sejahtera, 1. Kakak memerah kain itu. Kakak menyidai kain itu di ampaian. ayat majmuk: 1.Kakak memerah kain itu lalu menyidai kain itu di ampaian atau 2.Kakak memerah kain itu lalu menyidai di ampaian. 2. Adam merendam bajunya. Bajunya sangat kotor. ayat majmuk 1. Adam merendam bajunya kerana bajunya sangat kotor. atau 2. Adam merendam bajunya kerana sangat kotor. soalan saya, adakah kedua-dua ayat majmuk itu boleh diterima? 3. perkataan 'dua' , 'daun' -adakah dikategorikan dalam golongan dua suku kata atau satu suku kata? 'buaya' - dua atau tiga suku kata? 4. bersoal jawab dijarakkan atau bergabung? sekian, terima kasih. | 1. Ayat majmuk yang gramatis ialah Kakak memerah kain itu lalu menyidainya di ampaian. 2. Ayat majmuk yang gramatis ialah Adam merendam bajunya kerana sangat kotor. 3. Perkataan 'dua' dan 'daun' - satu suku kata, perkataan 'buaya' - dua suku kata. 4. Ejaan yang betul ialah bersoal jawab. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
salam sejahtera, ayat tunggal: Kakak memerah kain itu. Kakak menyidai kain itu di ampaian. ayat majmuk yang gramatis seperti yang dinyatakan oleh tuan ialah: Kakak memerah kain itu lalu menyidainya di ampaian. Adakah ayat berikut sememangnya salah dari segi struktur ayatnya atau apa-apa yang berkaitan dengan sistem bahasa. (maksud saya, jika diajar kepada pelajar, kita akan katakan ayat di bawah ini salah.) Kakak memerah kain itu lalu menyidai kain itu di ampaian. | Kakak memerah kain itu lalu menyidainya di ampaian. Kakak memerah kain itu lalu menyidai kain itu di ampaian. Kedua-dua ayat majmuk tersebut betul dan boleh dijadikan contoh dalam pengajaran. | Tatabahasa | 19.02.2012 |
salam apakah perbezaan antara mengetepikan dengan mengenepikan.sekian terima kasih | Perkataan yang betul ialah 'mengetepikan' yang bermaksud memindahkan ke tepi, meletakkan (menaruh) di tepi: Pak Leman pun membentangkan tikar dan mengetepikan kain-kain buruk yang berselerak di rumah itu; 2. tidak mementingkan, mengesampingkan: oleh sebab kesulitan kewangan ini, maka terpaksalah dia mengetepikan harga dirinya; 3. tidak mengendahkan, tidak mempedulikan: pengkritik sastera hendaknya seberapa daya mengetepikan idea politiknya dlm memberi nilai kpd sesuatu karya sastera; 4. memencilkan, memulaukan, menyingkirkan: sudah ternyata cita-cita Seri Nara hendak mengetepikan Datuk Bendahara; 5. mengeluarkan (drpd pertandingan dsb), menyingkirkan, mengesampingkan: Belanda dgn Rusia telah mengetepikan semua pasukan terkemuka dunia; 6. membatalkan (keputusan dll): mahkamah ini berkuasa mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi. Tiada perkataan 'mengenepikan kerana kata dasarnya ialah 'ketepi'. Oleh itu, huruf yang gugur hanya di awal, iaitu 'k'. | Tatabahasa | 11.10.2010 |
As-salam. Yg mana satu betul, kain sampin ke kain samping? | Perkataan yang betul ialah kain samping. | Istilah | 12.07.2016 |
|
Tesaurus |
---|
| kain (kata nama) | 1. Dalam konteks jenis bersinonim dengan kain cita, kain sutera, kain songket, kain tenun, kain belacu, kain cindai,
kain baldu, kain georget, kain organza, kain renda, kain sifon, kain tartan, kain keju,
kain sakhlat, kain voil, kain dungare, kain felt, kain krep, kain kapas,
kain muslin, kain kasa, kain terpal, kain rambuti, kain net, kain mota, kain mata punai,
kain satin,
2. Dalam konteks kegunaan bersinonim dengan kain sarung, kain pelikat, kain samping, kain serban, dagang luar, kain basahan,
kain mandi, kain batik kain sembahyang, kain selimut, kain gebar, kain tudung, kain cadar,
kain alas, kain buruk, kain kesat, kain dondangan, kain langsir, kain layar, kain rahap,
kain kemban, kain lampin, kain popok, kain cawat.,
|
|
Puisi |
---|
|
Encik Andak menjual kain, Kain sutera dari seberang; Walaupun banyak sahabat yang lain, Manakan sama tuan seorang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 385 Keep your nose out of other people’’s business Jangan masuk campur atau mengambil tahu halo rang lain. Jaga tepi kain orang '' Keep your nose out of other people's business. It's private matter that has nothing to do with you,'' said the seller. I have to mind your business. If you fail in this project, I'll have great difficulty getting my money back from you!'' exclaimed the loan shark. '' Jangan jaga tepi kain orang. Ini soal peribadi dan tak ada kena mengena langsung dengan awak,'' kata si penjual. Aku kenalah jaga tepi kain kau. Kalau kau gagal dalam projek ini, susah besarlah aku nak dapat balik duit dari kau!'' jerit si Along. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|