Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
tuan habis pokok kari emak diserang benar. (tuan, benar wajar digantikan dengan apa perkataan. TQ) | Gantikan benar dengan kata/istilah lain yang menjadi penyerang pokok tersebut. | Tatabahasa | 20.09.2011 |
Saya belum habis bercakap, jangan menyampuk / sampuk. Adakah kata kerja di belakang 'jangan' harus diletakkan imbuhan? Terima kasih. | Selepas kata perintah "jangan", perkataan yang hadir selepas itu tidak semestinya kata kerja terbitan/kata imbuhan. Perkataan yang hadir selepas kata "jangan" boleh sama ada kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk atau kata ganda. Contoh: 1. Jangan buang sampah di sini. 2. Jangan berludah di sini. 3. Jangan buka pintu semasa kereta api bergerak. | Tatabahasa | 30.05.2013 |
Habis barang-barang di pasar raya itu musnah dalam kecurian malam tadi. Apakah kesalahan yg terdapat dlm ayat ini ?? | Ayat yang betul ialah "Barang-barang di pasar raya itu habis dicuri pada malam tadi." | Tatabahasa | 16.07.2013 |
'Rumah kayu-kayu itu habis dimakan oleh anai-anai.' Apakah cadangan untuk betulkan ayat ini? Terima kasih | Saudara, Ayat tersebut boleh dibetulkan menjadi 'Rumah-rumah kayu itu habis dimakan oleh anai-anai. | Tatabahasa | 20.10.2009 |
Soalan: Rumah itu dibakar habis oleh api. Betulkah penggunaan 'oleh' dlm ayat di atas? 'Oleh' perlu diikuti dengan pelaku yg bernyawa atau mana-mana benda fizikal pun boleh? | Penggunaan oleh dalam ayat contoh tersebut betul kerana kata sendi nama oleh juga menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab. Dapat dikatakan bahawa penggunaan kata sendi nama oleh di sini sebenarnya berpunca daripada oleh sebab yang kemudiannya berlaku pengguguran sebab secara pilihan, Contoh lain: Ia mati oleh (sebab) senjatanya sendiri. | Tatabahasa | 20.07.2012 |
Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan adik tengah hari tadi. Ayat ini betul atau salah? | Ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 01.10.2013 |
dia putus akal apabila mendapati keretanya hilang. tuan,putus akal habis akal, tidak tahu apa yg harus dibuat (tidak ada ikhtiar lagi, bingung); adakah ayat ini betul dari segi bahasa? TQ | Ayat 'Dia putus akal apabila mendapati keretanya hilang.' adalah betul. | Tatabahasa | 18.09.2011 |
5 extra bonus days expire | hari bonus tambahan tambahan 5 hari bonus tamat/habis tempoh | Lain-lain | 12.05.2007 |
Salam, saya Azlin Asmuni. Bolehkah kita menggunakan dua tanda tanya di dalam satu ayat? Contohnya, "Habis tu bagaimana? Ada dia kata nak jumpa? Sekian, terima kasih. | Hanya satu tanda tanya dalam satu ayat tanya. Berdasarkan contoh yang diberikan terdapat dua ayat dalam satu situasi. | Tatabahasa | 16.02.2011 |
yang mana tepat-1. Zulkifli kaget/takjub apabila melihat Zaleha yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya 2.Tepatkah ayat ini-Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan adik tengah hari tadi. | YM Tengku, Ayat yang betul ialah : i. Zulkifli takjub apabila melihat Zaleha yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya. ii. Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan (oleh) adik tengah hari tadi. | Tatabahasa | 14.10.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| habis | 1. Bersinonim dengan kesemuanya ( segalanya, sekaliannya, keseluruhannya, ) (adverba:)
2. Bersinonim dengan sebahagian besarnya ( hampir keseluruhan, banyak bahagiannya, ) (adverba:)
3. Bersinonim dengan siap ( selesai, beres, tamat, berakhir, ) (kata kerja:)
4. Bersinonim dengan paling ( sangat, amat, cukup, terlalu, benar-benar, ) (kata tugas:)
5. Bersinonim dengan selepas ( sesudah, setelah, ) (kata tugas:)
6. Bersinonim dengan jadi ( kalau begitu, maka, ) (kata tugas:)
| Kata Terbitan : sehabis-habis, habis-habis, habis-habisan, berhabis, berhabis-habisan, menghabiskan, kehabisan, penghabisan, |
|
Puisi |
---|
|
Habis bayam disusur babi, Banyak mati terkena damak; Ayam jangan bebaskan diri, Biawak tunggu di tepi semak.
Lihat selanjutnya... |
|