| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| Laras Laporan | Terdapat berbagai-bagai jenis laporan, ada laporan tahunan, laporan kerja, laporan projek dan sebagainya. Tetapi secara amnya laras laporan kurang mementingkan gaya dan nahu, khususnya penggunaan imbuhan dan kata hubung. Bahasa yang digunakan bersahaja dan bersifat melaporkan sesuatu. Bahasanya juga ringkas dan mengandungi berita yang maksimum untuk dipaparkan kepada pembaca atau penonton. Istilah-istilah teknikal dan khusus tidak digunakan dalam laras bentuk ini disebabkan bidang yang diperkatakan tidak menjurus kepada sesuatu bidang yang khusus. | Lain-lain | 13.12.2006 |
| Apakah frasa BM yang sesuai untuk 'Engaging Humor'? Contoh ayat: The Engaging Humor path is designed to help you build your skills as a humorous and engaging public speaker. | Kami mencadangkan "engaging humour" diterjemahkan sebagai "bergurau senda" atau "jenaka bersahaja". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 22.07.2021 |
| Adakah betul untuk menggunakkan ungkapan capai hati? Terima kasih | Ungkapan capai hati tidak terdapat dalam data kami. Dalam Kamus Dewan, capai bermaksud ; mencapai 1. hendak memegang atau mengambil (dengan menghulurkan tangan dll); 2. bertemu dengan, sampai ke: Jerman berusaha menghalang bahan-bahan perbekalan dan alat-alat perang ~ Army ke-5; ia bernasib baik dapat meneruskan pelajarannya sehingga ~ tingkatan lima; 3. mendekati, memikat (hati dll): dengan bahasa Belanda, kami tidak lekas ~ jiwa manusia yang bersahaja itu, tetapi dengan bahasa Melayu lancar sekali; 4. menjayakan (harapan, rancangan, tujuan, dll), menghasilkan, menjadikan kenyataan (sesuatu matlamat dll): ia terpaksa memberanikan hatinya untuk ~ cita-cita itu; 5. mendapat (memperoleh, menghasilkan) sesuatu menerusi usaha: bagi ~ pengeluaran yang sebanyak itu, kita harus melipatgandakan bilangan buruh. | Tatabahasa | 16.09.2013 |
| b. Kenal pasti kesalahan penggunaan kata yang terdapat dalam ayat. Kemudian, betulkan kesalahan tersebut. Demi Keda 1. Buah-buahan yang telah masak ranum itu jatuh bergelimpangan di atas tanah. 2. Ibu memasukkan telur kuning ke dalam mangkuklalu memukulnya hingga kembang. 3. Penyakit aneh yang dideritai datuk memerlukan perhatian dan kajian doktor pakar. 4. Faiz menemukan barang kemas yang tidak ternilai harganya itu secara tidak sedar. 5. Adegan pihak polis kejar-mengejar perompak itu telah dirakam oleh orang ramai. 6. Ibu menegur abang yang memakai pakaian compang-camping ke majlis kenduri. Syarikat ternama itu berjaya kerana mengutamakan penghasilan dalam setiap bidang. 7. 8. Adik amat gembira sekali kerana dihadiahkan rantai kunci yang berumbai-rumbai. 9. Saya suka hati terhadap kanak-kanak itu kerana keletahnya yang manja dan bersahaja. 10. Kulitnya terasa amat perit sekali apabila terkena air kerana lukanya masih belum pulih sepenuhnya. Minta semak kegramatisan ayat di atas | Untuk penyemakan dokumen atau teks yang panjang, DBP menyediakan khidmat penyemakan dokumen/teks dalam bahasa Melayu secara berbayar. Untuk pertanyaan tuan/puan, kami menggalakkan tuan/puan membuat penyemakan langsung dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 432 hingga 575. Walau bagaimanapun, kami memberikan dua contoh penambahbaikan terhadap pertanyaan tersebut: - Ibu memasukkan kuning telur ke dalam mangkuk, lalu memukulnya hingga kembang.
- Saya gembira melihat keletah kanak-kanak yang manja.
| Tatabahasa | 22.01.2026 |
| saya ingin bertanyakan bagaimana cara untuk saya memastikan ejaan bagi perkataan seperti diperbanyakkan, atau sebarang perkataan yang ada kata imbuhan, sama ada dua 'k' atau dua 'g' untuk ejaan perkataan menggunakan terima kasih diatas bantuan tuan. | Kesilapan penggunaan k atau kk kerana kita tidak dapat membezakan antara imbuhan ...-kan dan meN-...-kan dengan imbuhan ...-an, peN-...-an dan ke-...-an akibat pengaruh sebutan. Imbuhan ...-kan dan ...-an tidak akan berubah apabila diimbuhkan pada kata dasar yang berakhir dengan konsonan k. Perbezaan penggunaan k dan g dengan kk dan gg jug aboleh dikesan melalui sebutan. Lazimnya penggunaan perkataan satu k dan g, sebutannya lebih lembut dan bersahaja jika dibandingkan dengan kk atau gg seperti per.ge.ra.kan dan meng.ge.rak.kan. | Ejaan | 22.02.2012 |
| adakah kedua-dua ayat di bawah membawa maksud yang sama atau sebaliknya 1) saya fikir saya tidak boleh lakukan 2) saya tidak fikir saya boleh lakukan ayat asal dalam bahasa inggeris iaitu: I don't think I can do | Ayat mengikut struktur bahasa Melayu yang betul adalah seperti yang berikut: - Saya fikir saya tidak boleh melakukan
- Saya tidak fikir yang saya boleh melakukan
Namun begitu, lazimnya lebih bersahaja dalam bahasa Melayu untuk menggunakan perkataan “rasa”. - Saya rasa saya tidak boleh melakukan
- Saya tidak rasa yang saya boleh melakukan
Sekian. Terima kasih. | Tatabahasa | 04.10.2017 |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | sahaja (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan satu-satunya: cuma, hanya, melainkan, semata-mata, belaka,
2. Bersinonim dengan selalu: sering, terus, berlarut-larut, berlanjutan, berpanjangan, tidak putus-putusnya, sentiasa, selamanya, sepanjang masa, Berantonim dengan jarang-jarang
3. Bersinonim dengan juga: jua
4. Bersinonim dengan sebarang: pun, juga, jua,
5. Bersinonim dengan dengan niat: sengaja, dibuat-buat, sengeleng,
| | Kata Terbitan : bersahaja, bersahaja-sahaja, menyahajakan, |
|
|