Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah maksud perkataan rempit yang terkini? adakah maksud-maksud rempit seperti yang dinyatakan pada http://rempitunited.my/info/definisi-rempit.html kesemuanya berdasarkan kamus dewan? terima kasih. | Dalam pangkalan data kami, rempit dilabelkan sebagai dialek Perak yang bermaksud menyebat dengan rotan dan lain-lain. Walau bagaimanpun tidak ada maklumat yang berkaitan dengan definisi lain yang diberikan oleh laman web tersebut. | Istilah | 02.05.2012 |
Dalam ayat yang berikut, "Bapa menghadiahi Ali sebuah basikal baru.", guru anak saya mengatakan bahawa penggunaan perkataan "baru" dalam ayat di atas adalah salah dan harus digantikan dengan perkataan "baharu" kerana "baru" hanya bermaksud "just" dan "baharu" bermakna "new". Guru tersebut turut mengatakan bahawa maksud-maksud "baru" I dari no.1 hingga no.4 pada halaman 131 dalam Kamus Dewan Edisi Keempat adalah salah dan tidak boleh diterima lagi dalam mata pelajaran BM dan ini adalah merupakan perkembangan terkini dalam mata pelajaran BM. Adakah ini benar? | Perkataan baru sama dengan baharu dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Namun demikian, perkataan baru lebih sesuai digunakan bagi terjemahan just seperti baru sebentar tadi, tetapi tidak salah jika kita menggunakan frasa kereta baharu atau kererta baru kerana terjemahan new menerima kedua-dua bentuk baharu dan baru. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=baharu. | Tatabahasa | 08.03.2012 |
apa maksud negeri, apa maksud wilayah persekutuan? adakah wilayah persekutuan dikira sebagai sebuah negeri dan berapa bilangan negeri di malaysia? | Salam sejahtera, Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat negeri bermaksud daerah tempat tinggal (kampung, negara, dll). Selain itu negeri juga beerti daerah yang di bawah perintah seorang sultan atau gabenor. Untuk mengetahui maksud yang lebih jelas mengenai perkataan 'negeri' sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1075. Manakala maksud wilayah persekutuan pula ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan. Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan. Jadi Wiayah Persekutuan tidak dikira sebagai sebuah 'negeri' | Lain-lain | 01.12.2012 |
apakah maksud geliung ? dan maksud rasional ? | 1. Geliung bermaksud sejenis kapal layar yang besar di Eropah yang digunakan sebagai kapal perang atau kapal dagang dari kurun ke-15 hingga ke-18 2. Rasional bermaksud i. alasan munasabah yang mendasari sesuatu tindakan, perbuatan atau pegangan ii. berdasarkan taakulan, menurut pertimbangan atau fikiran yang wajar, waras | Makna | 11.11.2011 |
Maksud istilah "Shahid" dalam ilmu tatabahasa Arab? | Maklumat yang kami berikan berdasarkan sumber rujukan kami, kamus terbitan DBP dan merupakan ambilan daripada sumber asalnya iaitu bahasa Arab. Syahid bermaksud: 1. saksi iaitu orang yang menegakkan atau mempertahankan kebenaran agama Islam; dan orang yang mati kerana agama Islam. | Makna | 02.12.2013 |
maksud hearts-on | Untuk makluman, perkataan "hearts-on" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sila berikan konteks penggunaan perkataan tersebut supaya kami boleh mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Makna | 21.07.2013 |
maksud mececah | Mencecah bermaksud menyentuh sedikit. | Makna | 29.05.2013 |
maksud arif billah | Tidak ada maklumat tentang arif billah dalam pangkalan data kami. Berdasarkan carian di internet arif bermaksud tahu/mengetahui dan billah merujuk sesuatu yang disandarkan kepada Allah. Untuk mendapat makna yang lebih menyeluruh, sila rujuk ustaz atau buku yang berkaitan dengan konsep keesaan. | Makna | 29.05.2013 |
MAKSUD PERKATAAN DIBAWAH DALAM BAHASA MALAYSIA:- 1) SELF-DETERMINED MOTIVATION 2) HEALTHIER EATING BEHAVIORS | Terjemahan yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Pernah dicadangkan dalam Khidmat Nasihat Bahasa, perkataan self-determined diterjemahkan kepada penentuan kendiri. Oleh itu, kami mencadangkan frasa self-determined motivation diterjemahkan kepada motivasi penentuan kendiri. Manakala perkataan healthier eating behaviour diterjemahkan kepada tabiat pemakanan yang lebih sihat jika bersesuaian dengan konteks ayat yang digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.05.2013 |
maksud wacana? | Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat yang boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian,dialog,bab,buku,siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap. | Tatabahasa | 12.03.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| maksud (kata nama) | 1. Bersinonim dengan tujuan: hajat, hasrat, niat, motif, matlamat, objektif, keinginan, kemahuan, kehendak, murad,
kasad, anju, hujung,
2. Bersinonim dengan makna: erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir,
takwil,
| Kata Terbitan : bermaksud, memaksudkan, |
|
Puisi |
---|
|
Apa guna pelita minyak, Sumbu kain berjurai-jurai; Apalah guna harta yang banyak, Kalau teringin maksud tak sampai.
Lihat selanjutnya... |
|