Kata |
Takrif |
Sumber |
putih hati | baik hati; jujur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
putih hati | a) lurus hati, jujur; b) baik hati (suka menolong dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
putih | I 1. warna yg paling cerah (spt warna kapas), lwn hitam: bahagian atasnya berwarna hitam dan bahagian bawahnya berwarna ~; orang ~ = bangsa kulit ~ bangsa Eropah; 2. ki bersih, murni, suci; ~ bersih putih lagi bersih, putih sekali; ~ gading warna putih kekuning-kuningan (spt warna gading); ~ hati a) lurus hati, jujur; b) baik hati (suka menolong dll); ~ krim warna putih bercampur kuning (bkn kain, cat dsb); ~ kuning a) kuning langsat (warna kulit yg elok); b) kekasih; ~ langsat putih kuning; ~ lesi putih pucat (putih sekali); ~ lueh (sueh) Kl putih lesi; ~ melepak putih sekali, putih benar; ~ metah putih sekali; ~ pucat putih lesi; (ber)putih mata a) mendapat malu; b) kurang senang atau sakit hati (melihat perbuatan yg tidak senonoh, menunggu lama-lama dll); c) terlepas (peluang dll); ~ sepor Kl putih sekali; ~ telur a) bahagian drpd isi telur yg putih warnanya; b) albumin (zat yg sebatian kimianya spt putih telur); (sampai) ~ tulang (sampai) mati; ~ umbut putih dan lembut; ~ dikejar, hitam tak dapat = lepas ~, hitam tak dapat prb baik-baik dlm kesenangan dan pekerjaan yg berfaedah, tiba-tiba dilepaskan dgn sia-sia; ~ di luar kuning di dalam prb perihal orang yg kelihatan baik pd lahirnya tetapi jahat di dlm hatinya; ~ kapas boleh dilihat, ~ hati berkeadaan prb putih atau lurus hati seseorang itu dapat dilihat pd keadaannya (tingkah lakunya); belum tentu hitam putihnya prb belum tentu keputusan sesuatu perkara; (ber)putih tulang, jangan (ber)putih mata = lebih baik (ber)putih tulang drpd (ber)putih mata lebih baik mati drpd menanggung malu; suruh ~ hitam datang prb kemuliaan yg dikejar kehinaan yg diperoleh; berputih; ~ mata prb berhiba hati menanggung rindu (spt seorang muda melihat tunangnya diambil orang); memutih 1. menjadi putih, nampak putihputih: ~ spt kapas; rambut mulai ~; 2. kelihatan banyak sekali (orang berkumpul dll): ~ kelihatan orang berhimpun di padang itu; memutihi menyebabkan berwarna putih pd (oleh sesuatu): kepalanya yg diputihi uban itu diusap-usap; memutihkan 1. memberi warna putih, mengecat putih, mengapuri: ~ kain dgn bahan kimia; 2. menjemur (kain dll) sesudah disabun atau direndam dlm air sabun, mengelantang (kain dll): ~ kain seperah; menghitamkan dan ~ ki menentukan, membuat keputusan; ~ mata ki a) memalukan; b) menyakiti hati; keputihan 1. keadaan atau hal putih; 2. sj penyakit orang perempuan (selalu keluar lendir putih); keputih-putihan agak putih, kelihatan putih; pemutihan 1. perihal (proses atau perbuatan) menjadikan berwarna putih atau cerah: ramuan agen pemutih mempercepat proses ~ kulit; 2. gerakan (program atau proses) yg dijalankan oleh pihak berkuasa (kerajaan) utk mendaftarkan semua pendatang tanpa izin: sejumlah 900 000 pendatang tanpa izin telah didaftarkan semasa program ~ itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
putih | 1 warna yg paling cerah spt warna kapas. 2 ki bersih; suci. ~ bersih putih sekali dan bersih. ~ hati baik hati; jujur. ~ kuning kuning muda spt warna gading (bkn warna kulit yg cantik). ~ mata a. tidak mendapat apa-apa yg diingini; terlepas peluang. b. mendapat malu. ~ melepak putih benar; putih sekali (bkn warna kulit dll). ~ pucat warna putih yg tidak menarik. ~ telur bahagian isi telur yg berwarna putih; albumin. ~ tulang meninggal dunia; mati. memutih menjadi putih: Rambutnya sudah mula ~. memutihi menjadikan berwarna putih: Ubannya yg kian banyak ~ kepalanya. memutihkan membuat supaya jadi putih; memberi berwarna putih: ~ tembok dgn kapur. keputihan 1 keadaan atau hal putih. 2 penyakit orang perempuan (selalu keluar lendir putih dr kemaluan, yg menyebabkan berasa gatal). keputih-putihan kelihatan putih; agak putih warnanya. pemutihan proses atau perbuatan menjadikan berwarna putih. pemutih bahan, krim dsb yg memutihkan: krim ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hati-hati ketan | sj tumbuhan (pokok renek yg daunnya dibuat ubat sakit perut), tampah besi, tampang besi merah, tampang besi putih, Callicarpacana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hati putih | mempunyai niat yg tulus ikhlas (bersih dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampang besi merah | sj tumbuhan (pokok atau pokok renek), hati-hati ketan, tampung besi putih, Callicarpa cana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hati-hati | sj tumbuhan (pokok renek yg daunnya dibuat ubat sakit perut), bangun-bangun, membangun, Coleus amboinicus; ~ gagah = ~ hutan sj tumbuhan (herba), kerekap air, kodok hutan, Sonerila heterostemon; ~ ketan sj tumbuhan (pokok renek yg daunnya dibuat ubat sakit perut), tampah besi, tampang besi merah, tampang besi putih, Callicarpacana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampung besi putih | sj tumbuhan (pokok), hati-hati ketan, kuping besi, tampang besi (merah), Callicarpa cana; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
putih | 1 warna yg paling cerah spt warna kapas. 2 ki bersih; suci. ~ bersih putih sekali dan bersih. ~ hati baik hati; jujur. ~ kuning kuning muda spt warna gading (bkn warna kulit yg cantik). ~ mata a. tidak mendapat apa-apa yg diingini; terlepas peluang. b. mendapat malu. ~ melepak putih benar; putih sekali (bkn warna kulit dll). ~ pucat warna putih yg tidak menarik. ~ telur bahagian isi telur yg berwarna putih; albumin. (ber) ~ tulang mati. memutih menjadi putih: Rambutnya sudah mula ~. memutihkan membuat supaya jadi putih; memberi berwarna putih: ~ tembok dgn kapur. keputihan 1 keadaan atau hal putih. 2 penyakit orang perempuan (selalu keluar lendir putih dr kemaluan yg menyebabkan berasa gatal). keputih-putihan kelihatan putih; agak putih warnanya. | Kamus Pelajar |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
white liver disease | penyakit hati putih | Veterinar | Tiada | Tiada |
nicotinamide | nikotinamida | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 2. Hablur putih, iaitu amida asid mikotinik, yang terdapat di dalam jantung, hati dan otot. |
cholesterol | kolesterol | Fizik | Nanoteknologi | Lemak lipid berhablur putih, C27H45OH yang terdapat pada tisu tubuh dan plasma darah yang biasanya disintesis oleh hati dan penting sebagai juzuk sel. |
biotin | biotin | Kimia | Biokimia | Kumpulan vitamin B kompleks yang larut dalam air dan alkohol, tidak larut dalam nafta dan kloroform, stabil terhadap haba, dan juga stabil dalam larutan neutral atau asid, sebatian ini diperlukan untuk pertumbuhan mikroorganisma dan kesihatan haiwan. Vitamin ini terdapat di dalam putih telur, hati, yis, susu dan sebagainya, dan mempengaruhi metabolisme lemak, pendekarboksilan, pengikatan karbon dioksida, dan pendeaminaan asid amino. |
phenacetin | fenasetin | Kimia | Forensik | Formula kimia, C10H13NO2; nama dagang, Gripponyl. Hablur atau serbuk putih, takat lebur 134C - 135C. Ubat yang diberikan untuk melegakan sakit dan mengurangkan demam. Ubat ini boleh menyebabkan tindak balas alergi. Kegunaan berulang hendaklah dielakkan dalam kes penyakit anemia, jantung, paru-paru, hati atau buah pinggang. Kesan sampingan termasuk penyakit hati, demam atau ruam kulit. Ubat ini telah digantikan dengan asetaminofen. Dos terapeutik ialah 5 g/mL - 10 g/mL Dos toksik ialah 50 g/mL. Sinonim asetofenetidin. |
bilirubin | bilirubin | Veterinar | Praklinikal | Pigmen yang terhasil daripada penguraian hemoglobin. Bilirubin diproses oleh hati untuk membentuk bilirubin diglukuronid. Pigmen ini boleh menyebabkan tisu berwarna kuning yang jelas dilihat pada sklera putih mata. Peningkatan kepekatan bilirubin dalam darah dikenali sebagai penyakit kuning atau jaundis. Dalam gangguan hemolisis atau penyakit hepar; bilirubin boleh terkumpul dalam darah. Pengumpulan bilirubin yang berlebihan boleh menyebabkan ketoksikan kepada saraf yang sedang berkembang. |
Jeruju | Acanthus ilicifolius | Pertanian | Tiada | Tumbuhan dalam famili Acanthaceae ini juga dikenali sebagai jeruju putih. Daunnya jenis ringkas yang tersusun bersetentangan dan tepi daun bergerigi sinuat serta hujungnya tajam. Jambak bunga bentuk spika keluar dari terminal dan aksilari pokok. Bunganya putih keunguan, buahnya jenis kapsul berbentuk bujur. Tumbuhan ini mengandungi flavon. Tumbuhan jenis renik biasanya tumbuh di kawasan lembap seperti di paya, tepi sungai dan di sawah. Air rebusan akar diminum untuk merawat lelah, bengkak hati, gastrik, hepatitis, bengkak kelenjar limfatik, barah dan batuk kering. Biji yang telah dihancurkan ditelan dengan air untuk mencuci darah dan merawat kecacingan atau dijadikan sebagai ubat pupuk pada luka. Seluruh pokok melainkan akar juga digunakan untuk merawat luka, penyakit kulit, juga sebagai tonik rambut. Daun yang telah dilumatkan dibuat pupuk untuk merawat reumatisme, luka terkena racun sumpitan dan racun ular. Air rebusan daun dan batang diminum sebagai tonik untuk menjaga kesihatan dan wanita lepas bersali |
spleen | limpa | Biologi | Histologi dan Sitologi | Organ vaskular vertebrat yang menghasilkan limfosit (sel darah putih) dan juga menjadi tempat sel darah merah dimusnahkan, lalu membebaskan hemoglobin dan ditukarkan menjadi bilirubin di dalam hati. Limpa juga bertindak sebagai takungan darah dan berfungsi membentuk sel darah merah yang baru di dalam fetus dan bayi. |
Acanthus ilicifolius | jeruju | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan dalam famili Acanthaceae yang dikenali juga sebagai jeruju putih. Daunnya jenis ringkas tersusun bersetentang dan tepi daunnya bergerigi sinuat serta hujungnya tajam. Jambak bunganya berbentuk spika, dan tumbuh keluar dari terminal dan aksilari pokok. Bunganya putih keungu-unguan dan buahnya jenis kapsul berbentuk bujur. Tumbuhan ini mengandungi flavon. Tumbuhan jenis renek ini biasanya tumbuh di kawasan lembap seperti paya, tepi sungai dan sawah. Air rebusan akar diminum untuk merawat lelah, bengkak hati, gastrik, hepatitis, bengkak kelenjar limfatik, barah dan batuk kering. Biji yang telah dihancurkan ditelan dengan air untuk mencuci darah dan merawat kecacingan atau dijadikan sebagai ubat pupuk pada luka. Seluruh pokok, selain akar digunakan untuk merawat luka, penyakit kulit dan sebagai tonik rambut. Daun yang telah dilumatkan dibuat pupuk untuk merawat reumatisme, luka terkena racun sumpitan dan racun ular. Air rebusan daun dan batangnya diminum sebagai tonik untuk menjaga kesihatan ibu selepas |
glycogen | glikogen | Kimia | Tiada | Polisakarida rantai bercabang, formula (C6H10-O5)n, yang terdiri daripada unit-unit glukosa, wujud dalam bentuk serbuk berwarna putih, berasa manis, larut di dalam air, tetapi tidak larut di dalam alkohol. Glikogen berfungsi sebagai simpanan karbohidrat bagi vertebrat dan banyak terdapat dalam hati dan sel otot. Aapabila perlu, glikogen akan ditukarkan kepada glukosa dan dihantar ke tisu untuk menghasilan tenaga. Polisakarida ini dapat diasingkan daripada hati melalui tindak balas dengan larutan 30% natrium hidroksida. glikogen digunakan dalam penyelidikan biokimia. Nama umumnya ialah kanji haiwan. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
apuk | putih; 1 warna yg paling cerah spt warna kapas: bajou ~ baju putih; 2 ki bersih, murni, suci: ~ atai, ~ naseng putih hati, lurus hati, jujur hati; ~ lalu, ~ tuu putih bersih, putih sekali, putih benar; ~ mata putih mata; ~ mengetak, ~ samalah baou liba | Melanau Mukah | |
putih | ~ hati puteh hatik, baik hatik; | kedayan | |
Kamus Parsi.indb bāmiye( هيماب )bānd( دناب )bānk( کناب )bāng, faryād( دايرف ،گناب )bā vaghār( راقو اب )bā hūsh( شوه اب )bebakhshīd( ديشخبب menenun baki sayap di atas dewasa, baligh balkoni belon baik hati pagi bendi kain pembalut bank teriak berbudi cerdas maafkan saya to weave remainder wing above adult balcony ballon kind morning okra bandage bank call loudly, cry graceful intelligent excuse me ُ ـت )torob, torob-e safīd( )tarjome kardan( ندرک همجرت )tars, vaḥshat( تشحو ،سرت teksi penekanan demam tahniah senyum bukit katil pemadam papan hitam telur ayam biji traktor lobak, lobak putih menterjemahkan menakutkan, mengerikan taxi emphasis fever congratulation to smile hill bed duster blackboard egg seed tractor radish to translate fear, horror تشحو ،سرت ىسکات Kamus Parsi.indb 39 5/18
|
Kamus Sains.indb acid number (nombor asid) Lihat acid value. (KIM) acid phosphatase (fosfatase asid) Fosfatase yang aktif dalam medium asid seperti yang terdapat dalam sel darah merah, epitelium, prostat, limpa, ginjal dan hati. (UBAT) acid resistance (rintangan asid) Kemampuan buburan simen yang telah mengeras untuk menahan kesan pelem- butan dan kesan kakisan dari asid organik, asid mineral atau larutan air yang mengandungi asid bijirin. Toksin ini sering kali dikaitkan dengan keracunan makanan apa - bila bijirin yang tercemar dimakan, dan seterusnya mungkin boleh membawa maut. Toksin ini mungkin juga mengakibatkan ketoksikan atau kanser pada hati. (BIO, TEKMA, UBAT) aerometer aflatoxin Kamus Sains.indb 27 7/8/08 11:45:54 AM 28 A-frame (kerangka A) Kombinasi binaan sendeng tiang dan rasuk yang mendatar berbentuk
|
Kamus Thai 2.indb 2.indb 206 4/15/2008 11:09:00 AM น 207 นวม [nuam] น sarung tangan tinju น ่ วม [nuam] ว lembik นวล [nuan] ว 1 (ส ี ) putih kekuningan 2 (ผิว) halus: นางงามคนนั ้ นผิวนวลมาก Kulit ratu cantik itu sangat halus. นอ [n:] น sumbu นอก [n:k] น luar นอกกฎหมาย [-kotma:y] น haram นอกจาก [-ca:k าน คุณครูของเขา Murid lelaki itu membong- kok sewaktu lalu di hadapan gurunya. น ้ อย [n:y] ว 1 (ปริมาณ) sedikit 2 (ขนาด) kecil น ้ อยใจ [-cai] ก berkecil hati น ้ อยเน ื้ อต ่ ำใจ [-natamcai] ดู น ้ อยใจ น ้ อยหน ่ า [n:yna:] น buah nona นัก [nak] ว sangat: อย ่ าซื้อให ้
|
Kamus Thai 2.indb c:m] น ketua: จอมโจรได ้ ฆ ่ าตัว ประกันแล ้ ว Ketua penjahat telah mem bunuh orang tebusan. จอมกษัตริย ์ [-kasat] น maharaja จอมใจ [-cai] ว 1 (สตรี) buah hati: โดยปกติลูกคนเล็กเป็นจอมใจของพ ่ อแม ่ Bia sanya anak bongsu menjadi buah hati ibu bapa. 2 jantung hati ภรรยา เป็นจอมใจของผม Isteri saya jantung hati saya. จอมทัพ [-tap] น hulubalang: ในการ ต ่ อสู ้ คราวนั้ นจอมทัพของสยามประสบชัยชนะ Dalam pertempuran kali itu, huluba lang Siam |
Kamus Thai 2.indb Kamus Thai 2.indb 309 4/15/2008 11:11:59 AM ร 310 ในวันนี้ Profesor Somprach tidak dapat menyertai bengkel pada hari ini. ร ่ วมใจ [-cai] ว bersatu hati: ชาวบ ้ าน ร ่ วมใจกันต ่ อต ้ านโครงการวางท ่ อก ๊ าซไทย มาเลเซีย Orang kampung bersatu hati menentang Projek Penyaluran Gas Thai-Malaysia. ร ่ วมชีวิต [-ci:wit] ก berkongsi hidup: สามีภรรยาคู ่ นั้ นร ่ วมชีวิตกันมายาวนาน Pa sangan suami isteri itu telah lama berkongsi hidup
|
Kamus Thai 2.indb นกรอง [-kr:] น penapis: เขาสูบบุหรี่ จนเหลือแต ่ ก ้ นกรองเท ่ าน ั ้น Dia menghisap rokok sehingga tinggal penapisnya sahaja. ก ้ นบึ ้ ง [-b] น lubuk hati: ความดีของ ท ่ านผมเก็บไว ้ ในก ้ นบึ้ งของห ั วใจ Kebaikan tuan saya simpan dalam lubuk hati saya. ก ้ นบุหรี ่ [-buri :] น puntung rokok: กรุณาอย ่ าทิ้ งก ้ นบุหรี่ ในโถส ้ วม Tolong ja ngan buang puntung rokok di dalam mangkuk tandas. ก |
|
Tesaurus |
---|
| putih (adjektif) | 1. Dalam konteks warna bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak, Berantonim dengan hitam
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria, Berantonim dengan tercemar
| Kata Terbitan : memutihkan, keputihan, |
|
Puisi |
---|
|
Baju putih seluar putih, Dipakai orang sembahyang Jumaat; Duduk letih berdiri letih, Hati bimbang lemah semangat.
Lihat selanjutnya... |
|