Kata |
Takrif |
Sumber |
manau | sj tumbuhan (rotan besar), Calamus manan; laksana ~, seribu kali embat haram tak patah prb sesuatu yg sangat kuat dan teguh; spt maksud ~ = maksud bagai maksud ~ prb cita-cita yg tidak mungkin dicapai; spt me-ngilang ~ prb suatu masalah yg sangat sukar; memanau 1. membuat gawar-gawar drpd manau; 2. memukul dgn rotan, merotan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membawa makna (maksud) | mempunyai sesuatu maksud. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
urung | tidak jadi (permainan dll), batal: maka ~lah maksud orang itu drpd memiliki tanah itu; tidak ~ tidak boleh tidak; mengurungkan menjadikan tidak jadi, mem-batalkan (maksud, tujuan, dll): maksud hendak berjalan keluar diurungkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengurungkan | menjadikan tidak jadi, mem-batalkan (maksud, tujuan, dll): maksud hendak berjalan keluar diurungkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memusingkan | 1. menjadikan berpusing, memutar: apabila roda kanan dipusingkan, roda kiri pun berpusing juga; ~ undang-undang memutarbalikkan maksud undang-undang; ~ wang (modal) mengedarkan wang utk berniaga, memperniagakan; 2. = ~ kepala menyebabkan pusing (kepala), memeningkan kepala: semua pertanyaan itu tidak berjawab dan ini ~ kepalanya; ada beberapa hal yg ~ saya masa ini; 3. menghilangkan akal, membingungkan, menyukarkan, menyusahkan: cara menghafal satu-satu spt pengajaran makna peribahasa dan maksud-maksud huruf penambahan sangat ~; 4. bersusah-susah memikirkan, turut memikirkan, mengendahkan, menghiraukan, mempedulikan: segala pesanan orang tuanya tidak dipusingkan; 5. mengalihkan hala, mengubah arah: ~ mukanya ke arah lain; ia terpaksa ~ badannya apabila hendak memandang ke arah lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tafsir | 1 keterangan atau penjelasan mengenai maksud ayat Quran atau hadis. 2 = tafsiran penjelasan mengenai maksud sesuatu ayat dll: Berbagai-bagai ~ telah diberikan terhadap kenyataan tsb. mentafsirkan 1 menerangkan maksud sesuatu ayat Quran. 2 memberikan penjelasan; menghuraikan; menjelaskan. pentafsiran perihal (perbuatan dll) mentafsirkan; penjelasan. pentafsir orang yg mentafsirkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
maksud | 1. tujuan, hajat, kehendak, niat: ~ aku ke sini ialah hendak berjumpa dgn engkau; ~ hatiku pun hendak ke sana juga; 2. erti yg tersimpul dlm sesuatu ayat (perbuatan dll): apakah ~ perkataanmu itu?; aku masih belum tahu lagi ~ aku dipanggil; bermaksud 1. bertujuan, berhajat, berkehendak, berniat (hendak): kami ~ hendak menyerahkan wang itu dgn seberapa segera; 2. mengandungi erti: apa yg diucapkan sebentar tadi itu tidak ~ demikian; memaksudkan 1. menghendaki, meminta: dialah yg dimaksudkan hadir dlm seminar itu; 2. memberi erti yg sebenar, (hendak) menyampaikan atau menyatakan (sbg maksud): Ali masih samar-samar tentang apa yg dimaksudkan oleh perempuan tua itu; apabila ia menerangkan tentang pendekatan struktur, ia ~ pendekatan formalistik juga; termaksud dikehendaki, dimaksudkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
maksud hati | tujuan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
niat | 1. maksud atau tujuan sesuatu perbuatan: mematikan orang sakit dgn ~ hendak menamatkan penderitaannya ialah suatu kesalahan; 2. ingatan (dlm hati): ~ kita hendak ke Kampar; ~ baik maksud yg baik; ~ hati tujuan (kehendak) hati; 3. janji (dlm hati) utk melakukan sesuatu jika terkabul sesuatu yg dihajati, kaul, nazar; melepas ~ membayar nazar; berniat 1. bertujuan (akan), bermaksud (akan): aku pun tidak ~ lagi hendak pulang ke rumahmu; 2. berjanji (akan), berkaul, bernazar: beta ini laki isteri hendak pergi berkaul dan ~ di lautan Tanjung Jati; berniat-niat berharap-harap supaya, mengharapkan benar; meniatkan 1. mengharapkan, memaksudkan: niat itu hendaklah diniatkan dlm hati; 2. menjanjikan utk melakukan sesuatu (setelah sampai hajat dll), mengaulkan, menazarkan; 3. Mn berdoa utk memohon sesuatu, mengharapkan; terniat telah diniatkan, datang niat, termaksud: Nahidah tidak ~ hendak mengkhabarkannya; niatan niat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
makbul | 1. diterima (permintaan, doa, dll), tercapai (maksud dll), berhasil: semua per-mintaannya sudah pun ~; 2. mustajab (ubat, jampi, dll), manjur, mujarab: maka jampi pawang itu tiada ~; memakbulkan menerima (permintaan, doa, dll), mengabulkan, menyampaikan (maksud dll), memperkenankan: permintaannya itu dimakbulkan oleh Kongres; termakbul diterima (permintaan, doa, dll), terkabul, tercapai (maksud dll): harapan hatinya ~lah sudah; kemakbulan perihal makbul: utk ~ doa, banyak kaedah perlu diikuti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
clear | do I make myself ~, jelas maksud saya; (in infml situation) faham; get st ~, betul-betul faham (sst); (imper) faham betul-betul: Ive got it quite ~ I think, saya rasa saya betul-betul faham; now lets get this ~, eloklah betul-betul faham perkara ini; is that ~, sudah jelas (maksud saya); (in infml situation) faham: all hoops and balls must be returned to the cupboard is that ~?, semua gelang rotan dan bola mesti disimpan semula di dlm almari faham?; make it ~, approp v + dgn jelas: | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
intention | n 1. intending, purpose, aim, niat, maksud, tujuan; (leg.) niat: I did it without any ~ of hurting him, saya melakukan perbuatan itu tanpa sebarang niat utk melukakan hatinya; he went to night school with the ~ of becoming an accountant, dia belajar di kelas malam dgn tujuan hendak menjadi akauntan; our ~ is to leave early tomorrow, maksud kami hendak bertolak awal besok; have an ~, berniat, bertujuan, bermaksud: she has no ~ what so ever of accepting the offer, dia sedikit pun tdk berniat hendak menerima tawaran itu; 2. (in pl), (old-fashioned) purpose in regard to marriage, niat, tujuan: Im sure his ~s are honourable, saya yakin niatnya baik. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
intent | n purpose, niat, maksud, tujuan; (leg.) niat: he did it with good ~, dia melakukannya dgn niat baik; Im sure there was no ill ~ in the remark, saya yakin dia tdk mempunyai niat jahat semasa mengeluarkan kata-kata itu; to loiter with ~ to commit a felony, merayau dgn niat utk melakukan feloni; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
comprehend | vt 1. understand, memahami, mengerti: he did not ~ the full meaning of her remarks, dia tdk memahami keseluruhan maksud kata-kata wanita itu; 2. include, comprise, merangkumi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
double-edged | adj 1. bermata dua: a ~ sword, pedang bermata dua; 2. having two possible meanings, berlapis, dua maksud: a ~ praise, pujian yg berlapis. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
gesticulation | n 1. act of gesticulating, membuat gerak isyarat; 2. movement used to gesticulate, gerak isyarat: his ~s were unmistakably clear in their meaning, maksud gerak isyaratnya jelas sekali. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
explain | vi & vt menerangkan, menjelaskan: the teacher ~ed the school rules to the new students, guru itu menerangkan peraturan-peraturan sekolah kpd murid-murid baru; please ~ to me what this notice means, tolong terangkan kpd saya apa maksud kenyataan ini; let me ~ how it happened, biar saya jelaskan bagaimana hal itu berlaku; that ~s her strange behaviour, itu menerangkan mengapa dia berkelakuan ganjil; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
grasp | the irate man ~ed his lapel and dragged him to the side, lelaki yg berang itu mencengkam lapelnya lalu mengheretnya ke tepi; 2. take advantage of (opportunity etc) merebut; 3. understand, memahami, menangkap (maksud): I couldnt ~ what he was trying to tell me, saya tdk dapat menangkap apa yg hendak dikatakannya kpd saya; it was quite obvious that they had failed to ~ the significance of the precautionary measures, jelas sekali mereka gagal memahami pentingnya langkah berjaga-jaga ini; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
import | n 1. (usu pl) goods brought into a country from abroad, import: ~s exceeded exports, import melebihi eksport; ~ duty, duti import; ~ quota, kuota import; 2. importance, penting, mustahak; (of person) penting: matters of great ~, perkara-perkara yg amat penting; 3. meaning, maksud: I could not gather the ~ of his words, saya tdk dapat menangkap maksud kata-katanya; 4. act of importing, pengimportan: the ~ of certain drugs has been banned, pengimportan setengah-setengah jenis ubat diharamkan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
amount | n 1. quantity, banyak(nya): the ~ of food left over surprised her, dia terperanjat melihat banyaknya makanan yg berlebihan itu; 2. sum total, jumlah; (econ) amaun: the ~ still unsold, jumlah yg masih belum dijual; he only spent a small ~ on repairs, dia hanya membelanjakan jumlah yg kecil bagi kerja-kerja pembaikan; ~ owing, amaun terhutang; 3. full value, significance, effect, maksud(nya): the ~ of the statement is that..., maksud kenyataan itu ialah...; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
determinacy | ketetapan | Kesusasteraan | Tiada | Kestabilan sesuatu teks yang bersandarkan ketetapan. Ada lima ketetapan, iaitu pertama, bahasa boleh mengungkap maksud yang stabil. Kedua, maksud yang tersirat dalam sesebuah teks bersandarkan kepada konteksnya. Ketiga, maksud yang disampaikan dalam teks dikawal oleh penulis. Keempat, sesebuah karya mempunyai struktur tertentu dan pasti berakhir dengan penutupan, dan kelima, kritikan sastera hanyalah aktiviti sampingan dalam penghayatan karya tersebut. Kelima-lima ketetapan ini mementingkan aspek menyeluruh yang mengesahkan kepentingan diri dan kehendak manusia. Kepentingan ketetapan untuk menghayati sesuatu karya mula diancam dengan perkembangan teori strukturalisme dan pascastrukturalisme. Kestabilan yang diketengahkan dengan ketetapan mula dipersoalkan. Hal ini menyebabkan maksud sesuatu teks sukar dipastikan, dan akhirnya menimbulkan keraguan terhadap erti sebenar karya. |
allegory | alegori | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk naratif yang memperkatakan sesuatu subjek menggunakan subjek lain yang mempunyai padanan atau kesamaan dengan subjek yang pertama. Contohnya, sebuah cerita mempunyai maksud lain yang tersembunyi di sebalik maksud harfiahnya. Cerita biasanya boleh berdiri secara utuh dengan maksudnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang memahami alegori, cerita tersebut mempunyai maksud lain di sebalik maksud yang tersurat. Maksud tersirat pula menyerlah apabila padanan persis antara cerita yang tersurat dengan maksud yang tersirat dapat ditemukan secara satu per satu. Contohnya, dalam novel The Pilgrim & Progress olah John Bunyan. Novel ini mengisahkan pengembaraan sorang watak bernama Christian, dan watak ini menempuh pelbagai pancaroba dalam perjalanannya menuju ke Kota Celestial. Cerita tersebut boleh dipadankan dengan doktrin atau fahaman Kristian tentang perjuangan manusia untuk mendapatkan penyelamatan, dan setiap dugaan yang dilalui oleh watak Christian dalam cerita itu boleh dipadankan dengan tahap pergelutan manusia untuk mendapatkan kesejahteraan seperti yang difahami oleh penganut Kristian dan tertera dalam Bible. Pada peringkat awal, bentuk ini sering digunakan untuk menyatakan pemikiran yang bersifat agama. Di Barat, alegori sangat dominan pada Zaman Pertengahan dan bahan sastera dewasa memperlihatkan fikiran yang bersifat alegorikal. Namun dalam perkembangan seterusnya, bentuk ini digunakan untuk menyampaikan komen politik dan sosial, dan lumrah digunakan pada masa ini. Bentuk ini mempunyai kaitan dengan satu lagi bentuk, iaitu simbol. Namun perbezaan yang ketara antara kedua-duanya ialah maksud yang tersirat bagi alegori lebih bersifat tetap dan tegar, sementara maksud tersirat bagi simbol lebih bersifat terbuka dan tidak dapat dipastikan secara persis. Apabila segugus simbol digunakan dalam sesuatu naratif, simbol boleh menjadi alegori. Bentuk alegori sering dipadankan dengan karya yang panjang. Walau bagaimanapun, karya pendek yang memperlihatkan ciri yang serupa dengan alegori, sering dikenali dengan istilah cerita binatang, dan cerita ibarat. Contoh lain yang terkenal dalam sastera Barat ialah karya Dryden berjudul Absalom and Achitophel. Karya ini memperkatakan idea tersirat tentang situasi politik di England pada pertengahan kurun ke-17. Karya berjudul Gullivers Travels (1726) oleh Jonathan Swift pula secara tersirat menggambarkan situasi politik di England ketika pemerintahan Ratu Anne. Dalam sastera Melayu, Syair Raja Tedung dengan Raja Katak ialah alegori situasi politik Johor-Riau pada kurun ke-19. Contoh yang lain ialah novel tikus Rahmat (1963) oleh Hassan Ibrahim yang merupakan alegori kepada perhubungan kaum di Tanah Melayu. Alegori berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud memperkatakan yang di sebaliknya. |
ambiguity | ambiguiti | Kesusasteraan | Tiada | Penjamakan makna yang terdapat dalam sesebuah karya sastera. Perkataan, frasa, ayat atau idea boleh memiliki atau menghasilkan lebih daripada satu maksud atau berbilang maksud, sehingga maksudnya yang sebenar menjadi kabur atau tidak dapat dipastikan dengan tepat. Pada awal perkembangannya, kehadiran ambiguiti khususnya dalam puisi tidak disenangi oleh kebanyakan penulis kerana menimbulkan kekaburan. Namun, Willian Empson dalam bukunya Seven Types of Ambiguity (1930) mengatakan bahawa kehadiran ambiguiiti dalam puisi dalam kewajarannya. Ambiguiti dikatakan dapat memperluas cakupan maksud sesebuah puisi kerana kehadirannya memungkinkan pembaca mentafsirkan pelbagai lapisan makna dalam puisi tersebut. Ambiguiti dalam bahasa Latin bermaksud berubah-ubah atau tidak pasti. Ambiguiti dikenali juga sebagak ketaksaan. |
irony | ironi | Kesusasteraan | Tiada | Keadaan (wacana) yang melindugi makna untuk menyampaikan maksud yang berlainan. Kadang-kadang maksud yang disampaikan berlawanan dengan apa yang diujarkan. Walau bagimanapun, ironi tidak bertujuan memperdaya, malahan untuk mendapat kesan retorika dan artistik. Ironi menonjolkan ketidaksuaian antara harapan dengan kenyataan, dan antara suasana yang dikemukakan dengan kenyataan yang mendasarinya. Ironi berhubungan dengan sarkasme dan sinisme, iaitu gaya ujaran yang penuh dengan kecurigaan, keraguan, atau sikap meremehkan kejujuran dan moral. Antara jenis ironi adalah seperti yang berikut: Pertama, ironi lisan ialah kenyataan yang mengandungi makna tersirat yang berbeza daripada apa yang dinyatakan oleh pengujar. Contohnya, ayat pertama dalam karya Pride and Prejudice oleh Jane Austen: It is truth universally acknowledge that a single man in possession of a good fortune must be in want of a wife. Berdasarkan petikan ayat di atas, ironinya seseorang wanita memerlukan suami yang kaya. Kedua, ironi struktural ialah kenyataan yang menonjolkan ciri-ciri struktural yang berfungsi untuk mengekalkan kependuaan makna. Alat yang biasa untuk jenis ironi ini ialah penciptaan wira yang terlalu lurus atau pengujar yang naif. Kenaifan wira menyebabkan pemahaman tentang persekitaran amat terbatas dan keliru berbanding dengan tanggapan pengarang dan khalayak tentang keadaan yang sebenar. Oleh itu, ironi struktural bergantung pada pengetahuan ironi pengarang yang dikongsi bersama khalayak. Ketiga, ironi dramatik ialah situasi apabila audiens mengetahui lebih banyak tentang situasi sesuatu watak daripada apa yang disedari oleh watak tersebut. Dalam drama tragedi, ironi ini dikenali sebagai ironi tragik. Ironi terdapat dalam semua genre sastera. Lihat juga ironi dramatik, ironi romatik, tragedi. |
reference | rujukan | Kesusasteraan | Tiada | Hubung kait antara entiti linguistik dengan dunia hakiki. Dalam falsafah bahasa dan ilmu semantik, rujukan boleh difahami sebagai hubung kait simbolik antara ungkapan linguistik dengan sesuatu objek yang konkrit atau abstrak yang dilambangkan oleh ungkapan linguistik itu. Apa yang dilambangkan oleh ungkapan linguistik itu. Apa yang dilambangkan atau dirujuk oleh sesuatu kata di dunia nyata diistilahkan sebagai rujukan kata tersebut, contohnya rujukan bagi kata kucing ialah haiwan kucing dalam dunia nyata. Rujukan merupakan suatu aspek maksud yang perlu dibandingkan dan dibezakan dengan maksud konseptual atau maksud kognitif sesuatu kata. Maksud konseptual diistilahkan sebagai maksud denotasi yang tiada kaitan dengan dunia nyata tetapi hanya wujud secara abstrak dalam sistem bahasa. Imej mental sesuatu rujukan boleh disamakan dengan apa yang dilambangkan dalam istilah Saussure. |
pantoum | pantun | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang ketat konvensinya. Pantun kebanyakannya terdiri daripada empat baris satu rangkap. Dua baris pertama sebagai pembayang maksud dan dua baris seterusnya sebagai maksud. Pantun yang sedemikian disebut sebagai pantun empat kerat. Terdapat juga pantun enam, lapan, sepuluh, dan dua belas kerat. Pantun terpendek ialah pantun dua kerat dengan baris pertama sebagai pembayang dan baris kedua sebagai maksud. Selain itu, terdapat juga bentuk pantun yang menarik dan disebut sebagai pantun berkait. Dalam pantun berkait, baris kedua dan keempat pada rangkap pertama menjadi baris pertama dan ketiga untuk rangkap seterusnya. Pantun berkait boleh terdiri daripada berbelas-belas rangkap dengan tema yang berurutan. Setiap rangkap pantun boleh berdiri sendiri dan mengandungi unit makna yang utuh, kecuali pantun berkait yang maknanya berkembang mengikut rangkap yang lain. Baris pantun terdiri daripada tiga atau empat patah perkataan dengan pola rimanya, a,b,a,b, dan setiap patah perkataan terdiri daripad 3-4 suku kata dengan suku katanya antara 712. Baris pantun disusun dengan pola rima hujungnya: a,b,a,b, kecuali pantun dua kerat yang memperlihatkan pola rima a,a. Pantun yang baik harus memperlihatkan pola rima dalaman (a ,b, a, b). Bentuk barisnya yang terikat kepada suku kata dan pola rima yang tegar memerlukan pemilihan kata-kata yang bernas dan bijak. Pantun dianggap sebagai puisi Melayu asli dengan ciri-ciri bentuk yang amat unik dan indah. Contoh pantun yang baik adalah seperti yang berikut: Pulau Pandan/Jauh ke tengah, rimanya, a/a (9 suku kata) Gunung Daik/bercabang tiga; rimanya, b/b (9 suku kata) Hancur badan/dikandung tanah, rimanya, a/a (9 suku kata) Budi baik/dikenang juga. rimanya, b/b (9 suku kata) Keindahan pantun terletak pada penggunaan imageri dalam baris pembayang maksudnya. Pembayang maksud selalunya menggunakan imej alam semula jadi sebagai metafora dan perbandingan. Pantun menggarap pelbagai tema, antaranya pantun nasihat, adat, agama, percintaan, didaktik, falsafah, kesateriaan dan sebagainya. Pantun merupakan puisi tradisional yang paling popular, masih terus hidup dan dicipta sehingga ke hari ini. |
paraphrase | parafrasa | Kesusasteraan | Tiada | Karangan yang telah ditulis semula dengan cara mengubah bentuk dan pemilihan katanya tetapi tetap mengekalkan maksud atau idea asalnya. Parafrasa biasanya ditulis untuk memperjelaskan lagi maksud karangan asalnya. Sebuah puisi boleh ditulis semula dalam bentuk prosa sebagai sebuah parafrasa untuk memberikan penjelasan tentang bahagian atau rangkap-rangkap yang sukar dalam bentuk puisi itu. |
form | bentuk | Kesusasteraan | Tiada | Prinsip organisasi sesebuah karya sastera berdasarkan struktur dan stail. Bentuk berbeza dengan isi, namun dalam proses pengkaryaan, kedua-duanya berkembang serentak, saling berkaitan dan pengaruh-mempengaruhi. Kedua-duanya boleh dianalisis secara berasingan bagi tujuan kritikan. Contohnya, puisi berbentuk pantun mempunyai struktur tertentu, iaitu mempunyai pembayang maksud dan maksud, dan isi kandungannya dipengaruhi struktur tersebut. Bentuk juga bermaksud jenis karya atau genre seperti novel, drama, dan cerpen. |
meaning | maksud | Kesusasteraan | Puisi | Erti yang terlekat pada sesuatu diksi, frasa, kalimat ataupun keseluruhan sebuah puisi, sama ada secara tersirat atau tersurat. Contohnya, puisi "Nafas Kemanusiaan" dan puisi "Kota Cinta Kota Duka" karya Ma'arof Saad. |
overextension | lampau maksud | Sains Kesihatan | Tiada | Rujukan makna yang terlalu umum bagi sesuatu perkataan, contohnya semua lelaki dipanggil ayah. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
tabia' bu' reka | kalimat yang digunakan untuk mengecualikan seseorang daripada maksud kalimat yang diucapkan | - | - | - | - | - | Sistem Sapaan Kekeluargaan dan Idea Berasosiasi | Iranun |
acu` | anjing | ngacu` | memburu menggunakan anjing | bali acu` | - | sejenis sumpahan tuan kepada anjingnya yang membawa maksud `anjing kepunyaan hantu' | Fauna | Kenyah -> Cebup |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
mantuk | maksud [maksud] | Melanau Dalat | |
maksud | maksud. | kedayan | |
maksud | reti [reti]; maksut [masut] | Melanau Dalat | |
makna | maksud [masud] | Melanau Dalat | |
maksut | maksud; | Melanau Mukah | |
re tie | maksud | TETAW | |
babel | bh kata pelahiran maksud, perasaan atau emosi kpd sso. | Melanau Mukah | |
ati | hati (bkn moral); hajat; niat; maksud; perasaan; fikiran; budi: ~ orang nya jai orang itu busuk hatinya: ukai ~ aku deka ngemedis nuan bukan niat saya hendak menyakitkan kamu: ngasoh ~ mutus meyakini: tusah ~ susah hati: gagit ~ suka: pedis ~ sakit hati: | Iban | |
lah II | partikel pd akhir kata yg menguatkan maksud atau pengertian kata, lah: diak~ baiklah. | Melanau Mukah | |
nyeak I | lemak manis (bkn rasa); idak ~: a) ki pandai berkata-kata utk mencapai sst maksud, b) ki pandai berpura-pura, bermuka-muka. | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
biau Ib | upacara berdoa sambil mengibarkan seekor ayam semasa majlis keramaian (untuk maksud sosial). | Seluruh isi rumah itu berkumpul menghadiri upacara biau itu. Ayah dan ibu Kumang juga hadir di situ. Mereka datang berserta dengan rombongan siang tadi. | Novel Kumang Bertelur | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mandapon Ir | hiasan pakaian mereka yg menarikan tarian Darangan Sumagayan. | Pakaian bagi kaum lelaki untuk maksud penarian tarian ini ialah malboro, tanjak, mandapon dan bobotolan manakala wanitanya pula memakai pakaian sirisip, malboro, mandapon dan juga bobotolan. | Darangan Sumagayan tarian lagenda | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sirisip, *sinisip* Ir | mahkota yang dipakai oleh penari perempuan atau pengantin perempuan. | Pakaian bagi kaum lelaki untuk maksud penarian tarian ini ialah malboro, tanjak, mandapon dan bobotolan manakala wanitanya pula memakai pakaian sirisip, malboro, mandapon dan juga bobotolan. | Darangan Sumagayan Tarian Lagenda | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mengilok Bj, Sl | sejenis tarian menggerakkan tangan dan jari-jari yang dianggap sebagai tarian bersuka ria atau untuk maksud menghiburkan tetamu yang datang. | Kalau kita perhatikan cara Tarian Mengilok dipersembahkan, ianya merupakan tarian berentak riang-ria atau gembira dan jelas tarian berkenaan melambangkan kegembiraan atau kedamaian hidup suku kaum berkenaan yang kebanyakannya tinggal di persisiran pantai atau di Sungai Kinabatangan dalam daerah Sandakan. | Tarian kaum Suluk diminati ramai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
malboro Ir | sejenis pakaian lelaki atau perempuan yg menarikan tarian Darangan Sumagayan. | Pakaian bagi kaum lelaki untuk maksud penarian tarian ini ialah malboro, tanjak, mandapon dan bobotolan manakala wanitanya pula memakai pakaian sirisip, malboro, mandapon dan juga bobotolan. | Darangan Sumagayan tarian lagenda | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bobotolan Ir | pakaian yang dipakai oleh penari lelaki/perempuan sewaktu menarikan tarian Darangan Sumagayan. | Pakaian bagi kaum lelaki untuk maksud penarian tarian ini ialah malboro, tanjak, mandapon dan bobotolan manakala wanitanya pula memakai pakaian sirisip, malboro, mandapon dan juga bobotolan. | Darangan Sumagayan Tarian Lagenda | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
miodung dangol, *miudung dangol* Kd | Pepatah bapa borek anak rintik. | Ayah tidak kisah jika saya hendak bermain alat tersebut. Pernah sekali saya terdengar emak berleter. Katanya, ayah dan saya miodung dangol, yang mempunyai maksud yang sama dengan kata pepatah Melayu Bapa Borek Anak Pun Rintik. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tadul, *todul* Kd | kayu kecil yg dijadikan penyangga di kedua-dua hujung tali pada tongkungon. | Encik Janil Kiwai dari Kampung Lobong Tambunan telah menyatakan bahawa setiap tali atau dorongan haruslah berbeza-beza panjangnya bagi maksud menghasilkan bunyi yang berlainan dan untuk menghasilkan bunyi seperti ini si pemain haruslah mempunyai kemahiran untuk meletakkan penadul atau tadul seperti tercatat dalam rajah. | Tongkungan dimain ketika menunggu padi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sampok, *sampuk* Ib | anai-anai. | Semasa berhuma, kalau batu yang digunakan untuk mengasah di huma dibaluti sarang semut jenis sampok (anai-anai), ini petanda baik. Tetapi kalau batu itu tidak habis dibalutinya, ini tidak baik. Batu huma yang dibaluti semut jenis lain juga sama dengan maksud yang dibawa oleh semut jenis sampok ini. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Parsi.indb e( هعطق )ghafase( هسفق )ghofl( لف ُ ق )ghalb, dell( لد ،بلق )ghalam( ملق )gholle( ه ّ لق tua, lama al-Qur’an tablet merah cantik, lawa penjual daging niat, maksud istana kereta api mencelah kepingan almari, gerobok mangga kunci jantung pen puncak old Koran tablet red beautiful butcher intention, purpose castle train to interrupt piece cupboard padlock heart pen apex
|
Kamus Sains.indb memasuki ruang simpanan untuk menyimpan atau mendapatkan data kembali. (KOM) access address (alamat capaian) Kod yang digunakan untuk menujukan sesuatu pemproses ke kedudukan ingat- an dan peranti input/output bagi maksud mencapai data. (KOM) accessory (alat tambah) Peranti, selain beban atau kelengkapan elektrik yang berkaitan dengan sam- bungan atau pendawaian. Contohnya, suis, ros siling, fius, soket alur keluar, pemegang lampu, siku semasa tindak balas yang melibatkan mangkin tersebut. (KIM) ad- (ad-) Imbuhan asing yang merujuk kepada sesuatu yang menghala, mengarah, berdekatan dengan atau tambahan kepada yang lain. Imbuhan ini juga ber- maksud membantu atau menguatkan sesuatu. Contohnya, adoral. (UBAT) Ada (Ada) Bahasa pengaturcaraan aras tinggi yang mirip bahasa Pascal tetapi mempu- nyai ciri bermodul, dengan ketahanan dan penyelenggaraan yang lebih tinggi. Bahasa
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd atau ungkapan yang terdiri daripada jenis dan bilangan aksara yang sama dengan satu perkataan atau ungkapan lain, tetapi disusun dengan cara yang lain daripada ungkapan asal untuk membawa bunyi dan maksud yang lain. Anagram digunakan sebagai asas beberapa bentuk penyulitan yang menggunakan kaedah penyusunan. analisis aliran sekuriti (Ig. security flow analysis; Br. analisis aliran keselamatan; Id. analisis alir sekuritas) Penilaian dan
|
Kamus Thai 2.indb t] น penghargaan กิตติมศักดิ์ [-masak] ว kehormat กิตติศัพท ์ [-sap] น reputasi กิน [kin] ก makan กินความ [-kwa:m]ก merangkumi maksud: ยาเสพติดกินความถึงบุหรี่ ด ้ วย Da- dah merangkumi maksud rokok. กินตำแหน ่ ง [-tamnε] ก memegang jawatan กินบุญ [-bun] ก makan kenduri กินเมือง [-mu:a] ก memerintah negeri กินลม [-lom] ก 1 (ว ่ าว) makan angin 2 bersiar
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
maksud | [ma/.sud]/[mak.sud] | مقصود |
B.Melayu |
B.Inggeris |
B.Parsi |
Sebutan |
niat , maksud | intention , purpose | قصد،نيّت | ghaṣd , niyyat |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
deka- | deca- | Awalan yang membawa maksud sepuluh. Contohnya, 1 dekameter = 10 meter. | Menengah Rendah |
Kata |
Takrif |
Bahasa Daerah |
apa | kata bantu yang diletakkan selepas kata ganti nama saya, kami, dia, kamu yang membentuk rangkai kata saya apa (sepa), dia apa (depa), hang apa (hampa) yang membawa maksud semua atau sekalian. | Kedah |
|
Tesaurus |
---|
| maksud (kata nama) | 1. Bersinonim dengan tujuan: hajat, hasrat, niat, motif, matlamat, objektif, keinginan, kemahuan, kehendak, murad,
kasad, anju, hujung,
2. Bersinonim dengan makna: erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir,
takwil,
| Kata Terbitan : bermaksud, memaksudkan, |
|
Puisi |
---|
|
Apa guna pelita minyak, Sumbu kain berjurai-jurai; Apalah guna harta yang banyak, Kalau teringin maksud tak sampai.
Lihat selanjutnya... |
|