Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
scanning tunneling microscope (STM)Alat yang digunakan untuk mengimej permukaan sampel menggunakan prinsip mekanik kuantum. Satu kuar tajam digerakkan sepanjang permukaan sampel dan voltan elektrik dibekalkan antara kuar dengan permukaan. Bersandar kepada voltan ini, elektron akan menerowong (kesan kuantum mekanik) atau meloncat dari mata kuar ke permukaan menghasilkan suatu arus elektrik lemah. Saiz arus ini berkadaran dengan jarak antara kuar dengan permukaan. Dengan mengatur supaya arus sentiasa tetap, pergerakan turun-naik kuar semasa mengimbas dirakam dan diolah untuk menghasilkan imej topografi permukaan tersebut. Imej yang dapat dirakam adalah sekecil 0.2 nm. Mikroskop ini hanya dapat digunakan ke atas bahan yang mengkonduksi arus elektrik seperti logam, bahan semikonduktor dan polimer pengkonduksian. STM termasuk dalam kategori mikroskop pengimbasan kuar (SPM).
scanning tunneling microscope (STM)]Mikroskop yang mengimej permukaan sampel menggunakan prinsip mekanik kuantum. Satu penduga tajam digerakkan sepanjang permukaan sampel dan voltan elektrik dibekalkan antara penduga dengan permukaan. Bersandar kepada voltan ini, elektron akan menerowong (kesan kuantum mekanik) atau meloncat dari mata penduga ke permukaan menghasilkan suatu arus elektrik lemah. Saiz arus ini berkadaran dengan jarak antara penduga dengan permukaan. Dengan mengatur supaya arus sentiasa tetap, pergerakan turun-naik penduga semasa mengimbas dirakam dan diolah untuk menghasilkan imej topografi permukaan tersebut. Imej yang dapat dirakam adalah sekecil 0.2 nm. Mikroskop ini hanya dapat digunakan ke atas bahan yang mengkonduksi arus elektrik seperti logam, bahan semikonduktor dan polimer pengkonduksian. STM termasuk dalam kategori mikroskop pengimbas penduga (SPM). Banding mikroskop daya atom.
1
Tesaurus
 
tetap
1. Bersinonim dengan kekal
( abadi, baqa, selama-lamanya, lestari, tidak berkesudahan, )
(adjektif:)
Berantonim dengan sementara

2. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( terus-menerus, sentiasa, selalu, tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak berkesudahan, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan terhenti-henti

3. Bersinonim dengan pasti
( tentu, tegas, mesti, wajib, tidak boleh tidak, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : menetap, menetapi, menetapkan, ketetapan, penetapan,

Puisi
 

Raja Sultan bersarung kuda,
     Buku siap bermain kilarnak;
Anjung yang tetap menjadi legar,
     Dipandang laut berombak tidak.



Lihat selanjutnya...