Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ibarat gasing: berpaku tetap berpusing, tak berpaku merayau.

Takrif

Lelaki yang sudah beristeri, biar bagaimanapun ia berjalan namun ia tetap akan kembali ke rumahnya juga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai.

Takrif

Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Si lalar si lalai.

Takrif

Tidak tetap pada sesuatu pekerjaan atau di suatu tempat. si latar = berjalan tak tentu arah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti rusa kena tambat.

Takrif

Tidak tetap duduknya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai haruan di dalam tuar.

Takrif

Tidak tetap keadaannya, kerana sakit atau susah. tuar = lukah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai air daun talas (= keladi).

Takrif

Tidak tetap pendirian; selalu berubah-ubah. (Bandingkan dengan: Air di daun keladi [= talas]).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Memegang erat, menggenggam teguh.

Takrif

Pendirian yang tetap.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tunggang hilang, tak hilang.

Takrif

Siapa yang tetap hati (berani mati dan sebagainya), akan mencapai maksudnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai tuntung jarum dilaga.

Takrif

Sesuatu yang tidak tetap (lekas berubah, rosak dan sebagainya). tuntung = hujung yang runcing.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai pancang digoncang arus.

Takrif

Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang, b. Baling-baling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Sebagai pimping di lereng bukit, e. Seperti panji-panji dituip angin).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
tetap
1. Bersinonim dengan kekal
( abadi, baqa, selama-lamanya, lestari, tidak berkesudahan, )
(adjektif:)
Berantonim dengan sementara

2. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( terus-menerus, sentiasa, selalu, tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak berkesudahan, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan terhenti-henti

3. Bersinonim dengan pasti
( tentu, tegas, mesti, wajib, tidak boleh tidak, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : menetap, menetapi, menetapkan, ketetapan, penetapan,

Puisi
 

Raja Sultan bersarung kuda,
     Buku siap bermain kilarnak;
Anjung yang tetap menjadi legar,
     Dipandang laut berombak tidak.



Lihat selanjutnya...