Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah perbezaan antara Peraturan Tetap Operasi dan Prosedur Tetap Operasi | Peraturan ialah segala yang telah ditentukan (ditetapkan dan sebagainya) dan mesti diikuti atau dipatuhi dan peraturan yang berkuat kuasa contohnya, Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020. Manakala prosedur ialah aturan, tatacara, kaedah bekerja atau melakukan sesuatu yang perlu dipatuhi bagi mencapai tujuan tertentu. Prosedur juga termasuk sebahagian daripada peraturan contohnya, Prosedur Kerja Selamat Pencegahan COVID-19 di Tempat Kerja yang disediakan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia merupakan sebahagian daripada Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020. | Makna | 29.01.2021 |
Dia tetap tidak mahu berdamai. Apakah fungsi kata bagi perkataan tetap di atas | Fungsi perkataan "tetap" dalam ayat tersebut ialah kata tugas yang mendukung makna penegas. | Tatabahasa | 31.07.2020 |
Yang mana betul; "walaupun tidak sehat, dia tetap datang" atau "walaupun tidak sehat, tetapi dia tetap datang" | Ayat yang pertama "walaupun tidak sehat, dia tetap datang" lebih gramatis. | Tatabahasa | 08.06.2011 |
Ayat yang manakah tepat dan gramtis? (a) Saya tetap tekal pada pendirian saya. (b) Saya tetap tekal dengan pendirian saya. | Ayat yang tepat dan gramatis: Saya tetap tekal dengan pendirian saya | Tatabahasa | 06.11.2015 |
Mana satu yang tepat: Jawatan yang ditawarkan adalah jawatan tetap atau Jawatan yang ditawarkan ialah jawatan tetap. Terima kasih. | Jawapan yang tepat ialah : Jawatan yang ditawarkan ialah jawatan tetap. | Tatabahasa | 03.09.2010 |
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan seperti yang dilampirkan? | Kami mencadangkan "resident medical" diterjemahkan sebagai "perubatan tetap" atau "pegawai perubatan tetap". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 14.10.2021 |
i.Kerajaan tetap tegas dengan pendirian memerangi rasuah sekalipun terpaksa melangkah arus hasrat itu tetap dilaksanakan sehingga membuahkan kejayaan. ii.Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka, dirancang, dan akan dilaksanakan untuk memberikan kesedaran kepada lapisan setiap masyarakat menerusi penekanan kepada pembangunan modal insan. iii. Kekotoran sumber air di negara ini amat menyentuh perasaan kita yang mana hal seumpama ini pernah menimpa negara kita dalam tempoh beberapa dekad yang lalu. munsyi, saya tidak ada jawaban untuk latihan kesalahan tatabahasa dan istilah, bolehkah tunjuk ajar daripada munsyi dewan? TK | i. Kerajaan tetap tegas dengan pendirian memerangi rasuah sekalipun terpaksa melangkah arus hasrat itu tetap dilaksanakan sehingga membuahkan kejayaan. ii. Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka, dirancang, dan akan dilaksanakan untuk memberikan kesedaran kepada lapisan setiap masyarakat menerusi penekanan kepada pembangunan modal insan. iii. Kekotoran sumber air di negara ini amat menyentuh perasaan kita yang mana hal seumpama ini pernah menimpa negara kita dalam tempoh beberapa dekad yang lalu. Penggunaan perkataan bergaris tidak sesuai dengan konteks ayat pertama. Perkataan bergaris dalam ayat kedua dibetulkan menjadi "kepada setiap lapisan" dan ayat ketiga tidak gramatis dari aspek pemilihan kata dan lihat juga ketepatan fakta dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 05.11.2014 |
Kekeliruan rakyat tetap timbul mengenai istilah bahasa Melayu dan bahasa Malaysia. Mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 152, bahasa Melayu ialah bahasa rasmi yang mendukung sebagai bahasa Kebangsaan. Persoalannya mengapa istilah bahasa Malaysia digunakan dalam konteks ini.Bukankah bahasa Malaysia itu mencakupi bahasa Melayu,bahasa Mandarin,bahasa Kantonis,bahasa Tamil. bahasa Iban,bahasa Kadazan dan lain-lain? Mengapa DBP tidak bertegas dalam soal ini? | Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu. | Istilah | 06.09.2009 |
Biarpun terdapat perbezaan pendapat di antara mereka adik-beradik, namun hubungan mereka tetap mesra. atau Biarpun terdapat perbezaan pendapat antara mereka adik-beradik, namun hubungan mereka tetap mesra. Perkataan di antara atau antara betul? Mengapakah perkataan tersebut tidak sesuai? | Biarpun terdapat perbezaan pendapat antara mereka adik-beradik, namun hubungan mereka tetap mesra. Frasa sendi di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau arah. Contoh; Tambak Johor terletak di antara Johor dengan Singapura. | Tatabahasa | 26.03.2011 |
SILA BAGI TERJEMAHAN 'ALAMAT TETAP' DAN 'ALAMAT KORESPONDEN' YANG ADA DI DALAM KAMUS DEWAN BAHASA | alamat tetap - permanent address/fixed address alamat koresponden - correspondence address Untuk makluman, padanan bahasa Melayu untuk correspondence address ialah alamat surat-menyurat bukan alamat koresponden. | Istilah | 31.01.2011 |
|
Tesaurus |
---|
| tetap | 1. Bersinonim dengan kekal ( abadi, baqa, selama-lamanya, lestari, tidak berkesudahan, ) (adjektif:) Berantonim dengan sementara
2. Bersinonim dengan tidak putus-putus ( terus-menerus, sentiasa, selalu, tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak berkesudahan, ) (kata tugas:) Berantonim dengan terhenti-henti
3. Bersinonim dengan pasti ( tentu, tegas, mesti, wajib, tidak boleh tidak, ) (kata tugas:)
| Kata Terbitan : menetap, menetapi, menetapkan, ketetapan, penetapan, |
|
Puisi |
---|
|
Raja Sultan bersarung kuda, Buku siap bermain kilarnak; Anjung yang tetap menjadi legar, Dipandang laut berombak tidak.
Lihat selanjutnya... |
|