Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PASANG SURUT

Pasang surut ialah turun naik paras air di

kawasan perairan yang luas mengikut jadual masa

yang tetap. Pasang surut mengawal kehidupan

orang yang tinggal di sepanjang kawasan pantai

dunia. Pasang surut juga penting bagi kanak-kanak

yang berenang di tepi pantai. Kanak-kanak akan

berenang semasa air sedang pasang dan mencari

kepah di pantai semasa air sedang surut. Pasang

surut air juga menandakan waktu bermula atau

berakhirnya bagi nelayan menangkap ikan kerana

nelayan memerlukan air pasang untuk keluar atau

masuk pelabuhan.

UMUM
PESISIR LAUT

Pesisir laut ialah tempat di mana daratan dan

laut bertemu. Ia merupakan kawasan yang

sentiasa berubah. Apabila air pasang, kebanyakan

pesisir laut menjadi sebahagian lautan. Ketika air

surut, laut surut dan kawasan yang sama menjadi

sebahagian daratan semula. Tetapi selain

persekitaran yang sentiasa berubah ini, pesisir

laut menampung pelbagai jenis hidupan.

Kebanyakan organisma ini tidak hidup di kawasan

lain kecuali di sepanjang pinggir lautan.

UMUM
OMBAK MUARA

Ombak muara ialah air yang mengalir deras

dalam teluk atau muara disebabkan oleh pasang

surut yang cepat.

UMUM
ARNHEM LAND

Arnhem Land terletak di penjuru timur laut di

Wilayah Utara Australia. Kawasan ini beriklim

tropika. Caruk pasang surut mengalir melalui paya

bakau dan hutan tebal di dataran pinggir laut

yang menganjur dari 30 kilometer hingga 50

kilometer ke pedalaman. Sebuah dataran tinggi

setinggi kira-kira 500 meter di atas aras laut di

tengah kawasan ini belum diterokai. Untuk lokasi,

lihat Wilayah Utara (peta politik).

UMUM
SELAT BRISTOL

Selat Bristol ialah cabang Lautan Atlantik yang

terletak di antara Wales dengan barat daya

England. Ia menganjur kira-kira 130 kilometer dari

laut ke Sungai Severn (lihat United Kingdom [peta

muka bumi]). Pasang surut yang melanda bahagian

terusan yang sempit ini menyebabkan berlaku

ombak muara (ombak gadang yang tinggi). Ombak

ini telah menyongsangkan aliran Sungai Severn.

Ketinggian ombak gadang boleh mencapai 12

meter. Swansea dan Cardiff ialah pelabuhan utama

di pantai Wales. Bristol terletak berhampiran

dengan hulu selat. Manakala berhampiran Bristol

pula ialah Sungai Avon yang mengalir ke muara

Sungai Severn.

UMUM
SYDNEY

Sydney ialah bandar yang tertua dan terbesar di

Australia. Ia adalah ibu negeri New South Wales

dan mempunyai 64 peratus daripada jumlah

penduduk negara ini. Bandar dan subbandar di

sekitarnya berkembang di pantai pasang-surut

pelabuhan Port Jackson yang indah dan

mengagumkan. Dua mercu tanda Sydney yang

paling masyhur, Harbour Bridge dan Opera House,

terletak di sebelah-menyebelah terminal feri utama

di Circular Quay.

UMUM
SIPUT UNAM

Siput unam ialah nama biasa bagi beberapa

spesies siput kecil di pantai laut. Siput unam yang

terkenal ialah siput unam biasa di utara Eropah

dan di pantai Atlantik di Amerika Utara. Siput

unam ini melekap pada batu-batan di antara paras

air pasang dengan air surut. Cangkerangnya yang

tebal, berpilin berwarna perang kekelabuan atau

hampir hitam. Panjangnya boleh mencapai kira-kira

4 sentimeter.

UMUM
MAELSTROM

Maelstrom ialah arus yang laju dan berbahaya di

Lautan Artik. Arus ini mengalir antara dua pulau di

kepulauan Lofoten, yang berhampiran dengan

pantai barat laut Norway. Maelstrom mengancam

pelayar-pelayar selama ratusan tahun. Maelstrom

menjadi lebih berbahaya apabila angin bertiup

bertentangan dengan arahnya, di antara air pasang

dan surut. Apabila ini berlaku, air akan membentuk

pusaran yang sangat besar dan boleh

memusnahkan kapal-kapal kecil.

UMUM
TAYLOR, SIR GEOFFREY

Taylor, Sir Geoffrey (18861975) ialah ahli fizik

Inggeris yang mengabdikan seluruh hidupnya

kepada sains. Dia adalah ahli metereologi dalam

ekspedisi di Lautan Atlantik Utara pada tahun 1913,

yang bekerja dalam bidang metereologi dan

aeronautika semasa Perang Dunia I (19141918),

dan membuat bom atom semasa Perang Dunia II

(19391945). Dia mengira kelambatan putaran bumi

yang disebabkan oleh geseran pasang surut. Taylor

lahir di London.

UMUM
SUNGAI SHANNON

Sungai Shannon ialah jalan air utama di

Republik Ireland dan sungai yang terpanjang di

Kepulauan British. Ia bermula dari pergunungan

Cuilcagh di barat laut Ireland dan mengalir ke barat

daya sepanjang 370 kilometer ke Lautan Atlantik

(lihat Ireland [peta]). Tiga tasik utama iaitu Allen, Ree

dan Derg terletak di sepanjang aliran sungai. Sungai

Shannon semakin melebar di Limerick, kira-kira 110

kilometer dari muara. Pasang surut air laut berlaku

di bahagian ini di mana terdapat pelabuhan di

Limerick dan Foynes. Sungai ini menjadi jalan air

utama untuk belayar sambil bersiar-siar.

UMUM
1
Tesaurus
 
surut (kata kerja)
1. Dalam konteks marah
bersinonim dengan reda, susut, menurun, merosot,
Berantonim dengan memuncak

2. Bersinonim dengan mundur: undur, berpatah balik,
Berantonim dengan mara

3. Dalam konteks paras air
bersinonim dengan susut
Berantonim dengan pasang

Kata Terbitan : menyuruti, menyurutkan,

Puisi
 

Air pasang surut ke hulu,
     Menemui baung mati terlentang;
Sudah dibawa buah mengkudu,
     Si baju gadung kuikut pulang.



Lihat selanjutnya...