Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sesat surut, terlangkah kembali.

Takrif

Memperbaiki kesalahan yang telah terjadi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Air surut kapar hilir bersama, air pasang ia tersangkut.

Takrif

Di dalam usaha yang tidak menguntungkan, diajak bersama-sama, dan apabila usaha itu berhasil, ditinggalkan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Anjur surut bak bertanam.

Takrif

Tipu muslimat dalam melakukan pekerjaan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lalu hangus, surut layu.

Takrif

Keadaan yang serba salah, diperbuat salah tak diperbuat pun salah. (Bandingkan dengan: Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berjalan selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan.

Takrif

Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah). menghadap surut = menengok ke belakang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Akan surut, air 'lah besar; akan lalu, jalan 'lah semak.

Takrif

Dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Akan mengaji, surat 'lah hilang; akan bertanya, guru 'lah mati). surut = undur.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Setumpuk lalu, sebondong surut.

Takrif

Seia-sekata.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebelum tercapai pantang surut.

Takrif

Tidak mahu mundur sebelum maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Pantang patah di tengah).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tidak mengenang pasang surut.

Takrif

Tiada mengingat akan kesusahan pada hari tua.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dijemba-jemba bagai bersiang, dihela surut bagai bertanam.

Takrif

Mengatur-atur sesuatu supaya baik. bersiang = membersih-bersihkan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
surut (kata kerja)
1. Dalam konteks marah
bersinonim dengan reda, susut, menurun, merosot,
Berantonim dengan memuncak

2. Bersinonim dengan mundur: undur, berpatah balik,
Berantonim dengan mara

3. Dalam konteks paras air
bersinonim dengan susut
Berantonim dengan pasang

Kata Terbitan : menyuruti, menyurutkan,

Puisi
 

Air pasang surut ke hulu,
     Menemui baung mati terlentang;
Sudah dibawa buah mengkudu,
     Si baju gadung kuikut pulang.



Lihat selanjutnya...