Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Air surut ikan geramai, Sudah dapat ikan tenggiri; Masa hidup kita berdamai, Mati nanti seorang diri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Air pasang surut ke hulu, Menemui baung mati terlentang; Sudah dibawa buah mengkudu, Si baju gadung kuikut pulang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sayang selat airnya surut, Tempat orang menanam padi; Tuan pulang saya nak turut, Tidak kuasa menahan hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sayang selat airnya surut, Tempat orang menanam padi; Tuan pulang saya nak turut, Tidak kuasa menahan hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sayang ke darat air dah surut, Rumah sebesar menyingkil air; Hati melarat jangan diturut, Jangan memotong dengan takdir.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang mengail ikan gelama, Turun ribut datanglah takut; Air surut kapal hilir sama, Air pasang ia tersangkut.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Lurut-lurut padi seberang, Buah banyak melirit-lirit; Bergerak surut pasang hilang, Nampak hitam lumpur di parit.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pancang di pulau jatuh terhempas, Hanyut sampai Pantai Serani; Pasang tak penuh surut timpas, Itu bernama pasang berani.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Keris panjang mata tirus, Ulu keris nampak bersilang; Serta pasang dengan arus, Bergerak surut pasangnya hilang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah langsat di Kota Medan, Dibawa orang dari Belawan; Kalau sesat di hujung jalan, Surut ke pangkal jalan.
1
Tesaurus
 
surut (kata kerja)
1. Dalam konteks marah
bersinonim dengan reda, susut, menurun, merosot,
Berantonim dengan memuncak

2. Bersinonim dengan mundur: undur, berpatah balik,
Berantonim dengan mara

3. Dalam konteks paras air
bersinonim dengan susut
Berantonim dengan pasang

Kata Terbitan : menyuruti, menyurutkan,

Puisi
 

Air pasang surut ke hulu,
     Menemui baung mati terlentang;
Sudah dibawa buah mengkudu,
     Si baju gadung kuikut pulang.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
200

Every flow must have its ebb

Kesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan.

Takkan pasang selalu, di mana surut senantiasa

He came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow must have its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever.

Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, takkan pasang selalu, di mana surut senantiasa . Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...