Pantun |
Sumber |
Tema |
Air surut sampah tersekat, Pasang besar baru belayar; Hati kusut badan pun penat, Kurang sabar tentu bertengkar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Airlah surut sampan tersekat, Kerana ke tepi ketika pasang; Hatiku hanyut badan melarat, Kerana kekasih lama tak datang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pasang surut sampan terkandas, Susahlah hati hendak berdagang; Kupandang laut semakin luas, Payahlah kami hendak menyeberang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pasang surut airnya dengkat, Arusnya ada jejak ke pantai; Orang patut berfikir cermat, Memutus perkara taklah lalai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pasang surut berhenti dulu, Sudah pasang baru berangkat; Orang patut menghormati guru, Petuah dipegang ilmu diingat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pasang surut airnya timpas, Kena tonggak tergalang perahu; Orang patut berfikiran luas, Bila bertindak ditimbang dulu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pasang surut pantai pun kering, Senanglah orang berjalan kaki; Orang patut pandai berunding, Sengketa hilang amanlah negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pasang surut bawa menjala, Bila pasang kembali ke darat;, Orang patut wibawanya ada, Siapa memandang hati terpikat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pasang surut mencari lokan, Ketika itu tak ada airnya; Orang patut menjadi teladan, Kerana tahu membawa dirinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pasang surut sampan menepi, Supaya mudah mencampak sauh; Orang patut tahukan diri, Muka peramah tegak senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Puisi |
---|
|
Air pasang surut ke hulu, Menemui baung mati terlentang; Sudah dibawa buah mengkudu, Si baju gadung kuikut pulang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 200 Every flow must have its ebb Kesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan. Takkan pasang selalu, di mana surut senantiasa He came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow must have its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever. Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, takkan pasang selalu, di mana surut senantiasa . Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|