Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kependekan ; Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Saya ingin bertanyakan istilah bagi 'internal border control' yang merujuk kepada kawalan sempadan dalaman. Terima kasih.Internel border control boleh diterjemahkan kepada kawalan sempadan dalaman atau kawalan sempadan dalam negara (atau negeri).Penyemakan dan penterjemahan06.08.2019
Adakah penggunaan perkataan "sempadan" bagi menggantikan perkataan had betul? (merujuk kepada kelajuan)Perkataan yang paling hampir maknanya dengan sempadan ialah batas. Walau bagaimanpun sempadan juga boleh dikiaskan kepada makna had atau takat.Tatabahasa18.10.2012
Apakah terjemahan bagi transnational crime yang sesuai? Jenayah rentas sempadan, jenayah transnasional, jenayah rentas negara?Dalam sumber rujukan kami, transnational diterjemahkan kepada rentas negeri/negara. Walau bagaimanapun dalam konteks tertentu rentas sempadan juga boleh digunakan. Oleh itu, terjemahan jenayah rentas negara atau jenayah rentas sempadan boleh digunakan.Penyemakan dan penterjemahan16.12.2017
Bagi bahagian pilihan raya persekutuan, sempadan yang dibuat tidak boleh melangkau atau merentasi sempadan negeri yang lain. Manakala bagi bahagian pilihan raya negeri pula, sempadannya tidak boleh berada di dalam dua bahagian pilihan raya Persekutuan yang berbeza. Perlukan ayat "bahagian pilihan raya persekutuan" dan "bahagian pilihan raya negeri" dimulakan dengan huruf besar?Ya, ayat tersebut perlu dimulakan dengan huruf besar seperti di bawah:

1. Bahagian Pilihan raya Persekutuan
2. Bahagian Pilihan raya Negeri
Lain-lain08.09.2017
Assalammualaikum Tuan/Puan Pengurusan JPJ Kelantan telah memutuskan untuk membuat papan tanda/bunting sebagai mengalu-alukan kedatangan pelancong yang masuk melalui sempadan Thailand ke Rantau Panjang. Jabatan ini memohon pandangan pihak Tuan. apakah susunan ayat yang lebih tepat bagi maksud mengalu-alukan kedatangan masyarakat daripada sempadan Thailand ke Rantau Panjang. Berikut adalah cadangan ayat untuk perkara tersebut daripada pihak Jawatankuasa: Cadangan 1 : SELAMAT DATANG RANTAU PANJANG Cadangan 2 : SELAMAT DATANG KE RANTAU PANJANG Untuk makluman Tuan, cadangan ayat di atas dicadangkan untuk diletakkan pada "bunting" di hadapan Pejabat Kawalan Sempadan oleh JPJ dan papan tanda di atas premis Stesen Kawalan Sempadan. Segala tunjuk ajar daripada pihak Tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Selamat Datang ke Rantau Panjang". Jika kita mengungkapkan Selamat Datang Rantau Panjang maknanya kita mengalu-alukan kedatangan orang yang bernama Rantau Panjang seperti Selamat Datang Ahmad.Tatabahasa04.07.2012
KESAN KEKASARAN PERMUKAAN KE ATAS LAPISAN SEMPADAN PADA PLAT RATA. SOALAN SAYA : Adakah perkataan ke atas itu perlu dijarakkan atau tidak dan ejaan "plat rata" dari perkataan inggeris " Flat plate". Terima kasih.

Ayat yang betul - Kesan kekasaran permukaan pada lapisan sempadan plat rata. Padanan flat plate dalam bahasa Melayu ialah plat rata.

Tatabahasa15.06.2009
Bolehkah anda tolong saya mencari kesalahan dalam ayat berikut: Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan,tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi.Soalan:
Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan,tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi.
 Jawapan:
Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sepadan,tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi.
Tatabahasa06.10.2014
Saya ingin mengetahui apakah peribahasa yang memberi maksud berkaitan batu sempadan ukuran tanah itu tidak dapat ditipu dan dipindah kedudukannya walau apa carapun?Untuk mendapatkan maklumat berkenaan, tuan perlu menyemak dari satu peribahasa kepada peribahasa yang lain. Tuan boleh menyemak melalui PRPM, tuliskan kata kunci (boleh diuji dengan beberapa perkataan - satu, dua atau tiga perkataan) dan lihat maklumat dalam Peribahasa (di bahagian hujung, sebelah kanan). Contohnya, kami menguji dengan kata kunci "batu sempadan" - hasilnya tiada maklumat dalam domain Peribahasa, kami menukar kepada kata kunci "batu" dan menemukan 70 maklumat berkaitan. Tuan perlu menyemak maklumat ini satu demi satu untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.Lain-lain15.11.2021
Assalam & Selamat sejahtera, Tuan/Puan, Saya ingin tahu perkataan di lebih / dilebih dijarakkan atau rapat? Contoh: 1. Walau di mana jua anda berada, nikmati perkhidmatan tanpa sempadan kami dilebih 4,500 Ejen Bank Berdaftar BSN di seluruh negara. 2. Walau di mana jua anda berada, nikmati perkhidmatan tanpa sempadan kami di lebih 4,500 Ejen Bank Berdaftar BSN di seluruh negara. Mohon tunjuk ajar. Terima kasih.Untuk makluman tuan "di" boleh berfungsi kata sendi nama dan imbuhan. "Di' sebagai kata sendi nama hadir di hadapan kata nama seperti di Kuala Lumpur dan di rumah serta dieja terpisah. "Di' sebagai imbuhan dieja bersambung seperti dibuat, dimakan dan dilihat. Dalam ayat contoh yang diberikan kedua-dua "di" berfungsi sebagai kata sendi nama dan dieja terpisah.Tatabahasa04.10.2013
Semakan bagi teks pas sempadan - Jabatan Imigresen Malaysialampiran salinan yang telah disemak dan diperbetulkan kesilapan pada penggunaan tanda baca dan perkataanTatabahasa24.02.2014
Tesaurus
 
sempadan (kata nama)
1. Bersinonim dengan perbatasan: tapal batas, batas,

2. Bersinonim dengan had: takat, batas, perenggan, aras, sarhad, hudud, enggat, sakat, senggat, takuk, tenggat, perhinggaan, paras, sangkat, ketentuan, garisan.,

3. Bersinonim dengan tepi: sembiran, pinggir, bidang, hasyiah, birai, sering, gigi, lereng, tebing, susur, kembi,
Berantonim dengan tengah

Kata Terbitan : bersempadan, bersempadankan, menyempadani,

Puisi
 

Limau lelang tengah sempadan,
     Petik orang bawa ke hulu;
Rimau menderam tengah hutan,
     Monyet siamang gemangkan bulu.



Lihat selanjutnya...