Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
linker regionSatu kawasan antara manik histon yang disambung dengan dwilapisan DNA. DNA tersebut dikenali sebagai kromatin sementara manik histon dengan garis DNA dikenali sebagai nukleosom. Kawasan ini memberikan kemampuan yang anjal bagi urutan nukleosom melakukan lingkaran seterusnya dan berdiameter 11 nm.
globular proteinSatu protein berbentuk seperti sfera yang kebiasaannya larut dalam cecair akueus. Molekul daripada kumpulan bukan kutub pada protein ini terikat kepada molekul dalaman, sementara molekul daripada kumpulan kutub terikat keluar bagi membenarkan saling tindak dwikutub dengan pelarut. Protein ini dapat bertindak sebagai enzim, pengawal proses biologi, penghantar dan stok asid amino. Contoh utama protein ini ialah hemoglobin dan imunoglobulin.
ribonucleic acid (RNA)Sejenis molekul yang terdiri daripada rantaian panjang asid nukleik. Molekul RNA sama seperti molekul DNA, tetapi yang berbeza ialah RNA mengandungi ribosa sementara DNA mengandungi deoksiribosa. Kebanyakan RNA, termasuk RNA pengutus dan RNA pemindah, berfungsi sebagai perantaraan untuk memindahkan maklumat genetik yang tersimpan dalam DNA ke dalam protein supaya sel dapat menjalankan metabolisme. RNA ialah nanowayar tabii.
graphiteAlotrop karbon berbentuk hablur paling stabil yang strukturnya berlapis. Dalam setiap lapisan, atom karbon tersusun dalam kekisi heksagon dengan jarak antara atom dalam kekisi tersebut ialah 0.142 nm. Sementara itu, lapisan ini diikat oleh daya Van der Walls yang lemah dengan jarak antaranya ialah 0.335 nm. Grafit bersifat pengalir elektrik yang baik dalam satah lapisan. Grafit juga dapat digunakan dalam reaktor nuklear sebagai moderator untuk mengawal pengeluaran neutron.
nanoscale abacusSusun atur bonggol daripada molekul karbon-60 di atas substrat kuprum yang membuatkan bentuk seperti sempoa dengan nombor 0 - 10. Pada barisan teratas menunjukkan sifar dengan tiada molekul pada bahagian hujung barisan, sementara pada barisan seterusnya menggambarkan siri nombor dari 1 - 10. Susunan berskala nano ini dapat dicerap pada imej mikroskop penerowongan imbasan (STM).
nanostructureObjek yang mempunyai saiz di antara struktur molekul dengan struktur mikroskop. Struktur ini dibezakan mengikut bilangan dimensi pada skala nano. Contohnya, bintik kuantum mempunyai diameter 5 nm - 100 nm, mempunyai sifar dimensi pada skala nano, filem tipis berketebalan antara 0.1 nm - 100 nm adalah nanostruktur berdimensi satu. Sementara nanotiub dengan diameter tiub antara 0.1 nm - 100 nm mempunyai dua dimensi pada skala nano. Sfera nanozarah mempunyai tiga dimensi pada skala nano dengan saiz antara 0.1 nm - 100 nm.
nanotube field effect transistorTransistor kesan medan yang menggunakan saluran pengkonduksi daripada bahan nanotiub. Transistor dibentuk dengan meletakkan nanotiub di dalam lurah lapisan silikon terdop tinggi antara sumber dan saliran. Sifat pengkonduksian yang tinggi bagi nanotiub karbon (CNT) membenarkan kawalan arus yang tinggi dan pelesapan kuasa yang rendah, sementara pengurungan cas yang tinggi mengurangkan kesan memusnah yang dikaitkan dengan pengecilan saiz transistor.
Seebeck effectSatu kesan yang terhasil daripada penjanaan voltan atau daya gerak elektrik, iaitu hasil perbezaan suhu pada dua sambungan logam berlainan dalam litar yang sama. Fenomena ini ditemui oleh T. J. Seebeck pada tahun 1821 dan merupakan asas fizik bagi pembuatan termogandingan. Suatu termogandingan terdiri daripada sepasang wayar logam berlainan, disambung pada kedua-dua hujungnya. Satu hujung dibiarkan pada suhu rendah (biasanya direndam di dalam ais), sementara hujung yang satu lagi dibiarkan pada suhu yang lebih tinggi. Daya gerak elektrik terjana hasil daripada kesan Seebeck.
electron affinityTenaga yang diperlukan untuk mengeluarkan elektron daripada ion negatif, bagi memulihkan semula keneutralan sesuatu atom atau molekul atau tenaga yang diserap apabila elektron ditambah pada atom neutral untuk membentuk ion bercas negatif. Kebanyakan unsur mempunyai afiniti elektron negatif yang membawa maksud tenaga tidak diperlukan untuk menambahkan elektron, sebaliknya tenaga dibebaskan. Secara amnya, bukan logam mempunyai lebih afiniti elektron negatif berbanding logam. Walau bagaimanapun, gas nadir mempunyai afiniti elektron positif. Afiniti elektron yang tertinggi ialah atom klorin (Cl), iaitu kira-kira ?349 kJ/mol sementara radon (Rn) yang paling lemah untuk menarik elektron dengan nilai afiniti elektronnya ialah ? 41 kJ/mol.
1
Tesaurus
 
sementara (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak kekal: beberapa ketika, sekejap, seketika,
Berantonim dengan kekal

2. Dalam konteks sastera lama
bersinonim dengan selama, selagi, senyampang, ketika, sepanjang waktu,

3. Bersinonim dengan dalam pada itu: ketika itu, manakala,

4. Bersinonim dengan di samping: dan, serta, sambil, seraya, sembari, juga, dengan, bersama, pula,

Kata Terbitan : kesementaraan,

Puisi
 

Anak kodok di atas batu,
     Anak bubut patah kaki;
Berdagang hidup sementara waktu,
     Bercerai maut berpisah abadi.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
254

Make hay while the sun shines

Ambillah kesempatan sepenuhnya daripada keadaan atau peluang yang ada sebelum ia lenyap.

Menjemur sementara panas

"People are going to tight pants this season, and we should quickly make hay while the sun shines," said the boutique owner, hoping to reap a big profit out of the short-lived favourable situation.

''Musim ini, orang suka pakai seluar ketat, dan kita perlulah segera menjemur sementara panas,'' kata pemilik butik itu yang berharap dapat mengaut keuntungan besar daripada keadaan itu yang datang hanya sekejap.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...