Pantun |
Sumber |
Tema |
Sejuk bayu di kala senja, Ramah membelai si anak dara; Pujuk rayu makan semeja, Tanah digadai faedah dikira. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Sejuk tubuh diri sendiri, Hendak membuat barang makanan; Nampak pulau sebelah kiri, Melihat beting sebelah kanan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Sejuk kuda jalan ke barat, Ambil kain buat panji; Muda dia jangan diharap, Ambil kain buatkan ganti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pucuk gajus pucuk keribang, Pucuk rambai pucuk mengkuang, Sejuk Bario bukan kepalang, Sejuk sampai ke dalam tulang. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Nasi sejuk dihurung semut, Bawa gonggong meniti petang; Berasa sejuk kutarik selimut, Baru kutahu badan seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Nasi sejuk makanan semut, Bunga teratai di dalam paya; Adik sejuk tarik selimut, Sarung bantal bawah kepala. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Nasi sejuk digonggong semut, Bawa budak pergi ke Bangka; Tuan sejuk tarik selimut, Ambil bantal ganti saya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana nasi tidakkan sejuk, Bertanak petang dimakan pagi; Bagaimana kami takkan merajuk, Awak bertandang dianya pergi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Air telaga terasa sejuk, Siapa ke sana teruslah mandi; Kupandang muka membawa mabuk, Kudengar suara memutus hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak endong mandi berjirus, Sejuk sampai ke tulang sendi; Biasa kurenung biasa kubungkus, Berniaga belum pernah rugi? | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
|
Tesaurus |
---|
| sejuk (adjektif) | 1. Bersinonim dengan dingin: adem Berantonim dengan panas
2. Bersinonim dengan nyaman: segar, seronok, selesa, nikmat, enak, indah, sihat, naim, Berantonim dengan pengap
3. Bersinonim dengan tenang: sejahtera, aman, makmur, senang, tenteram, lega, berbahagia, sentosa, damai, karar, rukun, sakinat, jernih, selesa, Berantonim dengan huru-hara
| Kata Terbitan : bersejuk, menyejukkan, kesejukan, penyejukan, pendingin, |
|
Puisi |
---|
|
Sejuk kuda jalan ke barat, Ambil kain buat panji; Muda dia jangan diharap, Ambil kain buatkan ganti.
Lihat selanjutnya... |
|