Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Selamat sejahtera diucapkan. Saya mempunyai satu kemusykilan tentang ayat majmuk. Diharap pihak tuan/puan dapat membantu saya. i) Kain sari itu berkualiti. ii) Kain sari itu dhasilkan dengan teliti. Ayat majmuk untuk kedua-dua ayat tunggal di atas ialah: a) Kain sari yang berkualiti itu dihasilkan dengan teliti. b) Kain sari itu berkualiti dan diahasilkan dengan teliti. a atau b merupakan jawapan yang tepat? Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu.

Encik Teoh,

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.

Berdasarkan ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa ayat  tersebut merupakan ayat majmuk kerana mempunyai dua ayat tunggal. Akan tetapi,  kedua-dua ayat ini boleh dijadikan satu ayat dengan menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat  tersebut dengan kata hubung dan, atau, tetapi, dan sebagainya.  Proses gabungan ini dipanggil ayat majmuk gabungan.  Oleh itu, ayat sdr akan dibina seperti berikut:

     Kain sari itu berkualiti dan dihasilkan dengan teliti.

Untuk makluman sdr, ayat (i) dan (ii) mempunyai unsur yang sama dan diulang, iaitu kain sari. Oleh itu, bahagian yang sama itu boleh digugurkan dan ditambah dengan kata hubung "dan".

Tatabahasa27.03.2009
Soalan berkenaan penggunaan singkatan perkataan dalam sari kata. Bagi kependekan, contohnya, "kan", bolehkah digunakan untuk sari kata TV/OTT? contoh: Awak yang datang tadi, kan? Atau seharusnya ditulis penuh? Mohon bimbingan.Sari kata ialah terjemahan dialog daripada filem yang mengungkapkan perbualan watak-watak. Oleh itu, penggunaan perkataan "kan" berdasarkan terjemahan dalam bahasa Melayu. Pastikan setiap dialog ditulis dengan menggunakan tanda petik, seperti "Awak datang sebentar tadi, kan?" Tatabahasa07.08.2023
Salam. Dalam industri penyarikataan, adakah "tapi/tetapi" dibolehkan digunakan di awal ayat? Sari kata merupakan transkripsi/terjemahan ayat percakapan. Apabila "namun" digunakan di tempat "tapi" dalam sari kata perbualan harian, bunyinya sungguh canggung. Kalau guna "akan tetapi", masih canggung, malah terlalu panjang pula kerana sari kata ada had aksara per baris dan per saat. Mohon nasihat.Bidang sari kata juga tertakluk pada rumus tatabahasa. Tetapi tergolong dalam kategori kata hubung dan hadir pada pertengahan ayat. Contohnya, Ahmad lulus ujian itu tetapi adiknya gagal. Berbeza dengan namun yang berfungsi sebagai penanda wacana yang menghuraikan pernyataan berbeza daripada ayat sebelumnya. Kami berpandangan dalam konteks yang dinyatakan kata namun lebih sesuai digunakan.Tatabahasa22.08.2021
Walinong Sari Nov 28th, 10:25am apakah beda nya istilah askar dan tenteraAskar dan tentera merujuk jawatan yang sama. Sila klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=askar untuk maklumat lanjut.Makna28.11.2014
Saya penterjemah sari kata. Apakah istilah dalam bahasa melayu yang paling sesuai untuk "expecting parents"? Adakah "ibu bapa mengandung" diterima? Dalam konteks ini, "expecting" bermakna "hamil".Saudara, "expecting mother" diterjemahkan sebagai ibu mengandung. Jika "expecting parents" diterjemahkan sebagai "ibu bapa mengandung" tidak logik kerana bapa tidak mengandung. Maka, dicadangkan "bakal ibu bapa" atau "bakal ayah dan ibu".Penyemakan dan penterjemahan08.04.2015
Dalam terjemahan sari kata rancangan tv untuk perkataan pope, perlukah pope dikekalkan dengan menjadikannya italic? adakah menggunakan perkataan 'paus' salah atau tidak wajar dalam terjemahan Bahasa Inggeris kepada B.Melayu bagi perkataan pope?Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "pope" ialah paus (bidang Sejarah). Dalam Kamus Dewan edisi keempat, paus bermaksud biskop di Rom yg mengetuai gereja Roman Katolik. Oleh itu, perkataan paus adalah betul dan boleh digunakan.Istilah29.05.2012
Dalam penggunaan sari kata, bilangan huruf yang digunakan amat penting untuk memastikan penonton dapat membaca sari kata dengan kelajuan yang sepatutnya. Dalam konteks ini, bolehkah "ialah" atau "adalah" digugurkan? "Teori buat masa ini isu kewangan." atau "Teori buat masa ini ialah isu kewangan." atau "Teori buat masa ini, isu kewangan."Penggunaan kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama dan kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Perlu diingat bahawa penggunaan kata pemeri amat terbatas dan kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Oleh itu, kata pemeri ialah/adalah boleh digugurkan tanpa menggantikannya dengan tanda koma. Hanya jeda (berhenti sebentar) ketika melafazkannya.Tatabahasa07.07.2020
ada panduan untuk penulis sari kata? Penggunaan kata yang betul. Kata ganti, kata nama dan sebagainya.Untuk makluman DBP tidak mempunyai buku panduan khusus untuk penulis sari kata. Walau bagaimanapun, puan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mendapatkan panduan tentang penggunaan perkataan seperti kata ganti nama, kata nama dan sebagainya.Tatabahasa15.05.2012
NAMA SYARIKAT : SARI RATU EXPRESSSalam sejahtera,

Mohon penjelasan bagi soalan di atas. Adakah tuan/puan ingin bertanya tentang penggunaan tanda baca, tatabahasa atau lain-lain?
Sekiranya soalan ini berkaitan dengan tanda baca, sila ubah seperti berikut:
NAMA SYARIKAT: SARI RATU EXPRESS
Titik bertindih hendaklah ditulis rapat dengan perkataan sebelumnya (SYARIKAT) dan jarak dengan perkataan selepasnya (SARI).

Sekian. Terima kasih.
Lain-lain30.01.2018
"Mengapakah tuan puteri bersedih?Katakanlah kepada _____," kata Mak Inang Sari kepada Tuan Puteri Nilai Kenchana. Jawapan yang paling sesuai untuk soalan di atas "patik" atau "hamba"? Terima kasih.Jawapan yang sesuai:

"Mengapakah tuan puteri bersedih?Katakanlah kepada hamba," kata Mak Inang Sari kepada Tuan Puteri Nilai Kenchana.
Istilah15.05.2016
Tesaurus
 
sari (kata nama)
1. Bersinonim dengan pati: ekstrak, biang,

2. Bersinonim dengan inti: isi, inti sari, asas, pokok, akar, tonggak, umbi, tema, motif, buah, tajuk, manduk, judul,

Kata Terbitan : menyarikan,

Puisi
 

Sari manis tangguli manis,
     Manis bercampur air tebu;
Hari-hari gila menangis,
     Musim pabila kan bertemu.



Lihat selanjutnya...