Kata |
Takrif |
Sumber |
manis II | ; akar ~ = akar kulit ~ sj tumbuhan (akar memanjat), tebu gajah, Albizzia myrio-phylla; akar kayu ~ sj tumbuhan (akar memanjat), akar cius, akar kepah, akar tebu gajah, Acacia penata; kayu ~ sj tumbuhan (pokok yg kulitnya manis), Cinnamomum zeylanicum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ipuh | 1. sj tumbuhan (pokok yg getahnya beracun), Antiaris toxicaria; 2. = getah ~ racun drpd getah pokok ipuh, upas; ~ akar = akar ~ = ~ akar besar sj tumbuhan (pokok), Strychnos ovalifolia; ~ akar putih sj tumbuhan (pokok memanjat), akar serawan, Roucheria griffithiana; beripuh beracun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akar kuayah | a) sj tumbuhan (pokok renek), akar membur, akar nyamuk, akar tulang daing, akar tupai-tupai, tangisan burung, Connarus semidecandrus; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar berumat, akar pialu, akar tulang daing bukit, jendereh, jenderus burung, Derris thyrsiflora; c) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar koyah, akar pua, Whitfordiodendron erianthum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuayah | ; akar ~ a) sj tumbuhan (pokok renek), akar membur, akar nyamuk, akar tulang daing, akar tupai-tupai, tangisan burung, Connarus semidecandrus; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar berumat, akar pialu, akar tulang daing bukit, jendereh, jenderus burung, Derris thyrsiflora; c) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar koyah, akar pua, Whitfordiodendron erianthum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangis (tangisan) burung | sj tumbuhan (pokok renek), akar cincin, akar kuayah, akar membur, akar tulang daeng, akar (se)nyamuk, akar tukar, akar tupai-tupai, hisap nanah, Connarus semidecandrus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangis II | ~ (tangisan) burung sj tumbuhan (pokok renek), akar cincin, akar kuayah, akar membur, akar tulang daeng, akar (se)nyamuk, akar tukar, akar tupai-tupai, hisap nanah, Connarus semidecandrus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ramu | ; meramu mencari bahan-bahan yg diperlukan utk dijadikan sesuatu: Pagi-pagi lagi, nenek itu pergi ~ akar-akar kayu utk dibuat ubat. ~ rumah mencari kayu yg diperlukan utk membuat rumah. ramuan bahan-bahan yg diperlukan utk membuat sesuatu (spt akar-akar atau daun-daun utk dibuat ubat, kayu utk dibuat rumah): Apakah ~ yg dikehendaki utk membuat sambal daging? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
akar jangat | sj tumbuhan (pokok memanjat), akar gueh, akar sarik, akar sejangat, akar sekuiet, Spatholobus ferrugineus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akar lempedu gajah | sj tumbuhan (pokok memanjat), akar gelumpang, akar lupuk, akar merapuh, akar timun dendang, mentimun gagak merah, Adenia acuminata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ramu; meramu | mencari bahan-bahan yg diperlukan utk dijadikan sesuatu: Pagi-pagi lagi nenek itu pergi ~ akar-akar kayu utk dibuat ubat. ~ rumah mencari kayu yg diperlukan utk membuat rumah. ramuan bahan-bahan yg diperlukan utk membuat sesuatu (spt akar-akar atau daun-daun utk dibuat ubat, kayu utk dibuat rumah dll): Apakah ~ yg dikehendaki utk membuat sambal daging? | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
decaying | adj 1. declining, sedang merosot: ~ moral principles, prinsip moral yg sedang merosot; 2. rotting, a. (gen) mereput: the ~ roots of a plant, akar-akar pokok yg mereput; b. (of fruit, vegetable) membusuk; c. (of tooth) rosak; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
grass roots | n (polit) akar umbi: he has the support of the ~, dia mendapat sokongan drpd akar umbi; ~ opinion, pendapat akar umbi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
arrest | (development) menyekat, membantutkan, menghentikan: to ~ the spread of a disease, menyekat merebaknya sst penyakit; the deep cavities on the mountain slope ~ed the lava flow, lekuk-lekuk pd cerun gunung yg dalam itu menyekat aliran lava; such an experience may ~ a childs development, pengalaman sebegitu rupa dapat menyekat perkembangan kanak-kanak; c. (growth) membantutkan: clipping the roots will ~ the growth of the plant, memotong akar-akar akan membantutkan pertumbuhan pokok; 4. catch (attention) menarik: its unusual shape ~ed our attention,bentuknya yg luar biasa menarik perhatian kami; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
deracinate | vt 1. membantun; 2. (fig.), /menghapuskan, membanteras/ hingga ke akar umbi: to ~ a social evil, menghapuskan keburukan sosial hingga ke akar umbi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
deracination | n 1. membantun; 2. (fig.), /penghapusan, pembanterasan, menghapuskan, membanteras/ hingga ke akar umbi: a policy for the ~ of racial prejudice, dasar utk menghapuskan prasangka perkauman hingga ke akar umbi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
buttress root | n akar banir. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
gentian | n gentian: ~ root, akar gentian. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
coronal | adj korona: ~ roots, akar korona; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
aerial 1 | adj of, from, happening in the air, udara: ~ root, akar udara; ~ photograph, fotograf udara; ~ photographic survey, tinjauan fotografi udara; ~ camera, kamera udara; ~ cable, kabel udara; ~ map, peta udara; ~ attack, serangan udara. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fibrous | adj consisting of fibres, berserat, bergentian; (of fruit) berserabut, berserat: the ~ outer covering of the coconut, lapisan luar buah kelapa yg berserabut; ~ roots, akar serabut. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
inflammatory resorbtion of primary teeth | keradangan resorb gigi primer | Pergigian | Tiada | Proses keresorban akar gigi desidus akibat keradangan di kawasan hujung akar atau furkasi akar. Keradangan tisu di sekeliling gigi berpunca daripada trauma atau pulpa terinfeksi akan mengakibatkan resorbsi akar gigi tersebut, seterusnya gigi menjadi goyah dan mungkin tertanggal. |
seaweed | rumpai laut | Sains Marin | Tiada | Spesies alga marin yang bersifat makroskopik dan multiselular. Terdapat beberapa jenis rumpai laut seperti makroalga merah, coklat dan hijau. Pada umumnya rumpai laut melekat ke dasar laut atau pada permukaan keras lain dengan kewujudan struktur pelekap yang berbentuk seperti akar. Akar rumpai laut tidak berfungsi dalam pengangkutan nutrien sebagaimana akar pada tumbuhan tinggi. Sebahagian spesies rumpai laut boleh dimakan dan mempunyai banyak kepentingan komersial kepada manusia. Terdapat rumpai laut yang digunakan sebagai baja, sebagai bioremediasi atau sebagai sumber polisakarida. |
root | akar | Herba | Tiada | Bahagian tumbuh-tumbuhan yang tumbuh ke dalam tanah. Bahagian ini berfungsi sebagai pasak, penyerap air dan mineral, dan penyimpan makanan. Akar kering atau segar dalam bentuk keseluruhan yang diracik, dikisar atau diserbukkan biasanya digunakan sebagai bahan mentah herba. Contohnya, akar tongkat ali dan akar ginseng. |
tuber | ubi | Herba | Tiada | Organ batang atau akar yang membengkak dan tumbuh di dalam tanah. Ubi berfungsi sebagai penyimpanan makanan, bertahan selama satu tahun dan bertindak sebagai agen pembiakan tampang (vegetatif). Ubi akar (umbi) seperti ubi jaga membesar daripada akar adventitius manakala ubi batang seperti ubi kentang mempunyai putik atau mata. Ubi utuh dalam bentuk kering digunakan sebagai bahan mentah herba selepas diracik, dikisar atau diserbukkan. |
cutting | pemotongan | Herba | Tiada | Kaedah mengurangkan saiz bahan mentah tumbuh-tumbuhan keras seperti batang atau akar kayu yang melibatkan proses memotong, membelah atau menghiris dengan menggunakan alat pengisar khusus dan alat pemotong seperti parang. Kaedah ini merupakan peringkat pertama dalam proses penyerbukan bahan mentah tumbuh-tumbuhan. Contohnya, pemotongan akar tongkat ali menggunakan alat pengisar pisau untuk menghasilkan potongan kecil sebelum diserbukkan. |
rooted device | peranti akar | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Tiada |
club root disease | penyakit akar belantan | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
nymphae | telipuk | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan terapung dengan akar yang melekat di dasar kolam atau tasik. Daun telipuk bersaiz besar dan terapung di atas permukaan air. Telipuk juga mempunyai bunga pelbagai warna. |
xylem | xilem | Herba | Tiada | Tisu pengangkut air dan garam mineral dari akar ke bahagian lain tumbuhan dan merupakan tisu penyokong utama dalam tumbuhan. |
tongue tied | lidah terekat | Sains Kesihatan | Tiada | Kecacatan fizikal pada lidah, iaitu akar lidah tidak bebas. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
uhat | Bahagian tumbuhan yang lazimnya tumbuh ke dalam tanah. ~ pinamai - akar tunjang. ~ buruh - akar rambut. | biruhat | berakar, mempunyai akar, sudah tumbuh akarnya. | Biruhat kenang | - | sudah lama duduk | Flora dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Bukar Sadong |
lakat | akar | ngelakat | ada akar | - | - | - | Flora dan Idea Berasosiasi | Kenyah -> Cebup |
bakat | akar (di dalam tanah) | - | - | manambakat tumbung | - | punggung berakar | Flora dan Idea Berasosiasi | Murut |
pironuk | kancil, pelanduk | - | - | akar pironuk | - | akal pelanduk | Fauna dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
betang | Bhg. pokok yang tumbuh dpd. akar (spt. batang pokok dll) ~ buntan batang pokok kelapa, ~ dihan batang pokok durian. | bibetang | berbatang | ~ bibaring | Seorang buat salah semua kena hukum | - | Flora dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Bukar Sadong |
punan | Kumpulan tumbuhan yang seolah-olah mempunyai akar yang sama. Punan buru - rumpun buluh. ~ padi - rumpun padi dll. | bipunan | berumpun, mempunyai rumpun. | meng isih kuduk kililing ~ | Mempunyai ramai anak | - | Flora dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Bukar Sadong |
laka | rotan | ngelaka | menjalar bkn tumbuhan dan kayu | ~ kelati' | - | akar liar dalam hutan | Flora dan Idea Berasosiasi | Kenyah -> Cebup |
ulun | kepala | mengulun | menghala bahagian atas (bkn dgn huma) ke sesuatu arah | ~ akar | - | kepala tangga | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Kenyah -> Cebup |
piso | pisau sj besi tipis yang tajam dan berulu untuk memotong (menghiris dll); piso engkaneh - pisau dapur; piso pingaris - pisau cukur; piso landung pisau khas untuk membelah rotan (buluh muda, akar mulung untuk membuat anyama, dll); piso ladin pisau l | bipiso | berpisau mempunyai, (menggunakan, membawa) pisau | piso pingaris | perempuan yang suka menghabiskan wang (harta) lelaki | pisau cukur | Peralatan Rumah Tangga dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Bukar Sadong |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
amut I | akar; ~ aluih akar rambut; ~ dalid akar banir; ~ gatuong akar gantung; ~ pebebat akar larat; ~ pebiluong akar udara; ~ pebubou akar serambut; ~ penguduong akar tunjang; | Melanau Mukah | |
akah I | akar: nyaem lubeang ~ kelawit diak bak tengen air dlm akar gambir baik utk diminum; ~ kelawit akar gambir, Uncaria gambir; ~ jengin daun nyat akar jelatang api, akar jelatang gajah, Laportea stimulans, akar yg miang; ~ kunyit akar mengkunyit, akar merkuny | Melanau Mukah | |
rukun I | ramuan, resipi; 1 kulit kayu, daun-daun, akar-akar dll utk ubat; 2 rempah-rempah yg dipakai utk menyedapkan gulai, bumbu, rampai: baih itou gurienglah ~ kek selepas ini gorenglah ramuan yg lain. | Melanau Mukah | |
akar | akar; | Iban | |
maluong I | sj tumbuhan memanjat yg batangnya spt sirih, akar udaranya, akar berjuntai digunakan utk menjalin bilah lil. | Melanau Mukah | |
aluih | halus; 1 tidak berbiji-biji atau berketul-ketul: sia ~ garam halus; 2 sangat kecil saiz kelilingnya spt jarum, benang, dll: amut ~ akar halus, akar rambut; 3 tidak kesat, lembut, licin: kulit jawai ~ kulit muka halus; 4 lumat, hancur: titug tapak ~ ditumb | Melanau Mukah | |
akar | amut (bun tumbuhan) [amut] | Melanau Dalat | |
akar | berakar ba'aka. | kedayan | |
akar | aka; | kedayan | |
puduong III | tunjang: amut ~ akar tunjang; bei amut ~ ada akar tunjang, berakar tunjang. | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
burung berua Ib | keadaan burung yang berbuai di atas akar-akar yang berjuntai semasa seseorang sedang berhuma. Suatu petanda tidak baik iaitu akan ditimpa kesakitan sama ada dia sendiri ataupun salah seorang ahli keluarganya. | Semasa seseorang sedang berhuma dan dia nampak burung berua di atas akar-akar yang berjuntai, ini tidak baik. Ini menunjukkan tali ayun manang semasa upacara belian untuk dia sendiri ataupun salah seorang ahli keluarganya yang sakit. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pilamong Kd Lt | tajau kecil yang diisi ramuan ubat-ubatan. | Pilamong - tajau kecil yang di dalamnya terdapat ramuan ubat-ubatan - akar-akar kayu, kapas, minyak kepalap dan jerangau. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kempedu, *kemedu* Ib | sejenis tumbuhan melilit yang sesuai dijadikan penyirat. | Keesokannya dia tebas rumput liar, akar entuyut dan akar kempedu yang merayap di anak pokok temudok dan mara bara. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
komburongoh, *komburongo* Kd | 1. sebahagian peralatan dalam upacara keagamaan, diperbuat daripada himpunan kepingan logam, loceng kecil, akar kayu, gigi babi/beruang, batu kecil. 2. sejenis rumput; Acorus calamus. | Untuk menghubungi roh-roh ini, dukun-dukun wanita itu mengadakan upacara bersembahyang dan pemanjatan doa dengan bantuan alat yang dipanggil "Komnurongoh". Alat ini diperbuat daripada himpunan kepingan logam, loceng kecil, sejenis tumbuhan yang juga dipanggil "Komburongoh", gigi babi hutan atau beruang, batu kecil berbentuk cincin dan akar-akar kayu. Alat ini juga dipanggil "Gonding" atau "Sukuon". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tengang Ib | sejenis akar; seratnya kuat dan dapat digunakan sebagai benang untuk membuat tali kail, jerat dan jala. | Ikan ditangkap dengan pancing. Talinya diperbuat daripada benang yang didapati dari sejenis akar iaitu tengang. Bubu digunakan di sungai yang besar dan ensenga digunakan di anak sungai. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
entuyut Ib | sejenis periuk kera. | Akar entuyut, basung dan tenggang berceranggah di sana sini, membelit perdu pokok yang berhampiran. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
latuk Ib, Ml | sejenis parang pendek untuk kegunaan umum. | Sesekali akar tigis dan kuku helang yang menghalang perjalanannya dihayunkannya dengan latuk. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mikai Ib | nama sejenis pokok kayu keras; Shorea. | Eh, potong saja akar pokok ara dari sebelah-menyebelah pokok mikai, ia akan gugur, selepas itu nanti akan sembuh pokok mikai itu, jawab Pak Tibang. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
wi Bd, Ib, MSr | rotan. | Aku umpama rotan wi disambungi tali. Umpama rotan biasa disambungi rotan danan. Umpama akar tengang disambungi pokok tulang. Umpama daun lemba disambung benang ira. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ahuhuyu Mr | bergotong royong. | Kinawa menghela nafas sambil menggeleng kepala. Dia letih. Baru saja dia habis ahuhuyu bersama wanita-wanita itu. Menggali dan mencabut ubi-ubi kayu dari akar umbinya. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Parsi.indb surface free to pour tiny زير هناخدور Kamus Parsi.indb 75 5/18/11 9:02 AM 76 )rīsmān( نامسير )rīsh( شير )rīshe( هشير )rīg( گير )rīye( هير tali janggut akar pasir paru-paru rope beard root sand lung هير نامسير Kamus Parsi.indb 76 5/18/11 9:02 AM 77 )zāreʻ( عراز )zāgh( غاز )zālū( ولاز )zānū( وناز )zā
|
Kamus Sains.indb oleh ketakstabilan statik yang dihasilkan oleh alir lintang udara yang agak sejuk pada aras tinggi atau udara yang agak panas pada aras rendah atau gabungan kedua-duanya. (HID) adventitious root (akar adventitius) Akar yang tumbuh pada bahagian lain tumbuh-tumbuhan biasanya pada buku di bahagian bawah batang seperti pada batang jagung, atau pada daun seperti pada daun setawar. (BIO) adventitious vein (vena adventitius
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd akan dijana selepas setiap sesi capaian berjaya. Penjanaan ini dilakukan berdasarkan penggunaan fungsi penyulitan satu hala yang ditentukan oleh pengguna. Pengguna akan memilih satu nombor rawak kecil N dan kata akar S, serta menggunakan nilai N dan S dalam fungsi penyulitan sehala ƒ seperti yang berikut: Kata laluan 1 = ƒ N (S) Kata laluan 2 = ƒ N-1 (S) Kata laluan rangkaian. Jaminan diberikan supaya setiap peranti penyambungan dapat berfungsi seperti yang sepatutnya. Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 59 6/6/11 4:01:45 PM 60 keselamatan sistem terbuka kit akar keselamatan sistem terbuka (Ig. open system security; Br. keselamatan sistem terbuka; Id. keamanan sistem terbuka) Penyediaan perkhidmatan, perisian, dan alat keselamatan untuk menjamin keselamatan sistem terbuka semasa penghantaran dan penghalaan
|
Kamus Thai 2.indb kulat ร ่ าเริง [ra:r:] ว riang: เด็ก ๆ เล ่ นกันอย ่ าง ร ่ าเริง Kanak-kanak bermain dengan riang. ราก 1 [ra:k] น akar รากแก ้ ว [-kε:w] น akar tunjang รากฐาน [-ta:n] น asas, dasar รากฝอย [-f:y] น akar serabut รากศัพท ์ [-sap] น kata akar ราก 2 [ra:k] ดู อาเจียน รากเลือด [-lat] ก muntah darah
|
Kamus Thai 2.indb Kamus Thai 2.indb 218 4/15/2008 11:09:08 AM บ 219 daripada kerusi kayu cempaka. บ ่ อย [b:y] ว kerap บอระเพ็ด [b:rapet] น putarwali, akar seruntun, batang wali, petawali: บอระเพ็ดเป็นสมุนไพรชนิดหนึ่ ง Putarwali ialah sejenis herba. บอล [b:n] น bola บอลลูน [bnlu:n] น belon บะหมี่ [bami:] น bakmi บัคเตรี [bakte:ri:] น bakteria บัง 2.indb 256 4/15/2008 11:09:37 AM ฝ 257 ฝน 1 [fon] น hujan ฝน 2 [fon] ก mengasah: ลุงเขียวฝนรากไม ้ เพื่ อทำยา Pak Cik Kiaw mengasah akar kayu untuk dijadikan ubat. ฝรั่ ง 1 [fara] น jambu batu, biawas ฝรั่ ง 2 [fara] น orang putih ฝ่อ [f:] ก mengecut: ฝีเขาแตกแล ้ วก็ฝ ่ อลง Bisulnya pecah |
Kamus Thai 2.indb น keputu- san mahkamah คำพูด [-pu:t] น kata-kata ucapan คำฟ ้ อง [-f:] น dakwaan คำมั ่ นส ัญญา [-mansanya:] น janji คำมูล [-mu:n] น kata akar คำเมือง [-ma] น dialek Thai Utara คำร ้ อง [-r:] น surat permohonan คำเล ่ าลือ [-laul:] น khabar-khabar angin, desas-desus คำวิจารณ ์ [-wi ca:n
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
akar | [a.kar] | اکر |
B.Melayu |
B.Inggeris |
B.Parsi |
Sebutan |
akar | root | ريشه | rīshe |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
akar sisi | lateral root | Akar yang tumbuh dari akar lain, seperti akar yang tumbuh di sekeliling akar tunjang. Lihat Rajah | Menengah Atas |
akar tunjang | tap root | Akar utama pada tumbuhan yang disertai dengan akar sisi di sekelilingnya. Akar ini tumbuh menegak ke dalam tanah dan berfungsi untuk menegapkan kedudukan pokok. Contohnya, akar pokok bunga raya. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
akar dakap | clasping root | Akar yang melekap pada tumbuhan atau struktur lain sebagai sokongan. Contohnya, akar pokok duit-duit. Akar ini dikenali juga sebagai akar cengkam. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
jidal akar | root cap | Struktur yang menutupi dan melindungi hujung akar apabila akar membesar dan tumbuh ke dalam tanah. | Menengah Atas |
akar serabut | fibrous root | Akar yang berambu-rambu atau bercabang kecil dan tidak mempunyai akar tunjang. Contohnya, akar rumput. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
akar adventitius | adventitious root | Akar yang tumbuh pada bahagian lain tumbuhan, selain akar utama, iaitu dari keratan batang atau daun. Contohnya, akar yang tumbuh pada buku di bahagian bawah batang, seperti pada tebu, atau pada daun setawar. Lihat Rajah | Menengah Atas |
akar banir | buttress root | Akar sokong yang tebal, tumbuh keluar di atas permukaan tanah daripada pangkal pokok. Akar ini berfungsi sebagai penyokong tambahan kepada pokok tersebut. Contohnya, akar pokok langsat. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
akar lilit | twining root | Akar yang tumbuh dan menjalar secara berpintal-pintal pada batang atau dahan pokok lain. Akar ini biasanya terdapat pada tumbuhan yang memanjat. Contohnya, akar pokok seri pagi. | Menengah Rendah |
akar dakap | clasping roots | Akar yang berpaut pada tumbuhan lain sebagai sokongan. Contohnya, akar pokok duit-duit. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
akar jangkang | stilt root | Akar yang keluar mengunjur daripada pangkal pokok untuk menambah luas permukaan dasar sokongan. Contohnya, akar pokok bakau. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
Kata |
Takrif |
Bahasa Daerah |
akaq menyusup | sejenis bentuk gubahan pada kuih kering yang berbentuk S pautan dua akar bersilang. | Kedah |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata akar |
|
Puisi |
---|
|
Tetaklah akar akar merah, Semut meniti di dalam talam; Badan berpeluh mataku merah, Angkat mengucap di tengah malam.
Lihat selanjutnya... |
|