Kata |
Takrif |
Sumber |
terentap | terenggut, tersentak: siku dan umbi lengan dan umbi paha sudah tidak ~ spt muda-muda dulu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
umbi | 1 akar yg menjadi besar dan berisi (spt keledek). 2 pangkal batang yg menjadi besar dan berisi (spt keladi). 3 pangkal batang pohon berdaun tunggal atau monokotiledon (spt kelapa, pisang). 4 = akar ~ akar dr batang yg terus masuk lurus ke dlm tanah; akar tunjang. berumbi ada umbinya; berisi. berurat ~ ki sudah mendalam benar (bkn sesuatu perasaan dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
umbi II | ; umbuk-~ ark berbagai bujukan dan belai; ® umbuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
umbi piai | sj tumbuhan (paku-pakis), kerakas, paku tiai, pebisi, Acrostichum aureum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
umbi | berurat ~ ki sudah mendalam benar (bkn sesuatu perasaan dll). | Kamus Pelajar |
umbi | berumbi ada umbinya; berisi. | Kamus Pelajar |
umbi | 4 =akar ~ akar dr batang yg terus masuk lurus ke dlm tanah; akar tunjang. | Kamus Pelajar |
umbi | 3 pangkal batang pohon berdaun tunggal atau monokotiledon (spt kelapa, pisang dll). | Kamus Pelajar |
umbi | 2 pangkal batang yg menjadi besar dan berisi (spt keladi dll). | Kamus Pelajar |
umbi | 1 akar yg menjadi besar dan berisi (spt keledek dll). | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
grass roots | n (polit) akar umbi: he has the support of the ~, dia mendapat sokongan drpd akar umbi; ~ opinion, pendapat akar umbi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
deep-rooted | adj 1. akarnya menghunjam; 2. (fig.) sudah /berakar umbi, berurat berakar/, menghunjam ke dlm hati: ~ prejudice, prasangka yg sudah berakar umbi; is love of music is ~, cintanya pd muzik sudah berakar umbi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
deracinate | vt 1. membantun; 2. (fig.), /menghapuskan, membanteras/ hingga ke akar umbi: to ~ a social evil, menghapuskan keburukan sosial hingga ke akar umbi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
deracination | n 1. membantun; 2. (fig.), /penghapusan, pembanterasan, menghapuskan, membanteras/ hingga ke akar umbi: a policy for the ~ of racial prejudice, dasar utk menghapuskan prasangka perkauman hingga ke akar umbi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
deep-seated | adj 1. (of disease, illness) sudah berakar umbi; 2. (of emotion, faith, tradition, etc) mendarah daging: a ~ distrust, perasaan tdk percaya yg sudah mendarah daging; a ~ belief in the occult, kepercayaan thdp ilmu ghaib yg telah mendarah daging; 3. (of cause) berakar umbi: the causes of the feud are ~, sebab-sebab permusuhan itu sudah berakar umbi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
tuber | ubi | Herba | Tiada | Organ batang atau akar yang membengkak dan tumbuh di dalam tanah. Ubi berfungsi sebagai penyimpanan makanan, bertahan selama satu tahun dan bertindak sebagai agen pembiakan tampang (vegetatif). Ubi akar (umbi) seperti ubi jaga membesar daripada akar adventitius manakala ubi batang seperti ubi kentang mempunyai putik atau mata. Ubi utuh dalam bentuk kering digunakan sebagai bahan mentah herba selepas diracik, dikisar atau diserbukkan. |
etiology | etiologi | Kesusasteraan | Tiada | Kajian tentang sebab-musabab. Etiologi juga merupakan pengisahan singkat dalam bentuk prosa atau puisi yang menceritakan asal usul tempat, orang, binatang, benda atau sesuatu kejadian alam. Etiologi merupakan salah satu bentuk sastera awal yang hidup dalam tradisi sastera rakyat sesebuah masyarakat. Etiologi memerihalkan sejarah asal usul sesuatu perkara mengikut kepercayaan masyarakat setempat. Dalam konteks masyarakat silam, sering kali cerita asal usul dikaitkan dengan unsur-unsur mitos dan legenda yang dipercayai berakar-umbi sejak turun-temurun. Cerita asal usul wujud dalam semua tradisi kesusasteraan di dunia. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, unsur etiologi paling ketara ditemui dalam kisah pembukaan kampung, pemberian nama sungai, gunung dan sebagainya. Sebahagian daripada cerita tersebut dikaitkan pula dengan mitos sumpahan, Sang Gedembai. Contoh unsur etiologi yang berkaitan dengan kejadian alam dapat dibaca melalui kisah tentang kejadian guruh, gempa, kilat, hujan dan sebagainya. Kisah asal usul binatang pula ditemui dalam cerita-cerita binatang seperti Mengapakah Harimau Mempunyai Belang? Mengapakah Ular Sawa Hilang Bisanya? Dan Mengapakan Burung Puyuh Tidak Berekor? Dalam cerita legenda Raja Bersiung, terdapat beberapa buah tempat di negeri Kedah yang dikaitkan dengan Raja Bersiung. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
anak | Pokok kecil yang tumbuh pada umbi atas rumpun pokok yang besar, pokok yang baru tumbuh. Anak berak anak dari pangkal ibunya. | bianak | Beranak - Melahirkan anak, bersalin, 2. Mempunyai anak | Anak salau | anak kesayangan | Anak emas | Flora dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Bukar Sadong |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
umbi | sei ubei [sey.ubey] | Melanau Dalat | |
umbi | umbik. | kedayan | |
trak pu'un | umbi | TETAW | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
umbi | [umbi] | اومبي |
umbi-umbian | [um.bi.um.bian] | اومبي-اومبيان |
umbuk-umbi | [um.bu/.um.bi] | اومبوق-اومبي |
|
Tesaurus |
---|
| umbi (kata nama) | 1. Bersinonim dengan isi: akar, perdu batang, pangkal pokok,
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan punca, asal, mula, pokok, pusat, pangkal, akar, pongkol,
| Kata Terbitan : berumbi, |
|
Puisi |
---|
|
Manis sungguh tebu seberang, Manis di umbi sampai ke hujung; Manis sungguh adik seorang, Manis di pipi sampai ke hidung.
Lihat selanjutnya... |
|