Kata |
Takrif |
Sumber |
ekstrak | /ékstrak/ pati atau jus yg dikeluarkan dr sesuatu spt tumbuhan, buah-buahan atau haiwan: ~ vitamin C dr buah oren. mengekstrak mengeluarkan pati, jus dsb dr sesuatu spt tumbuhan, buah-buahan atau haiwan: ~ jus dr nanas. pengekstrak alat atau mesin yg digunakan utk mengekstrak pati atau jus: Beliau berjaya mencipta ~ jus buah-buahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ekstrak | (ékstrak) keluaran bahan tertentu drpd sesuatu bahan tumbuhan, haiwan, dll: ~ vitamin C drpd buah oren; mengekstrak mendapatkan (jus dsb) secara menghancurkan, menekan, menyuling dsb: ~ jus drpd nanas; pengekstrakan proses (perbuatan atau tindakan) mengek | Kamus Dewan Edisi Keempat |
balsam | salap yg dibuat drpd ekstrak pokok tertentu, digunakan utk melegakan atau menghilangkan rasa sakit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aromaterapi | /aromatérapi/ rawatan yg menggunakan minyak atau ekstrak harum yg diperoleh drpd tumbuh-tumbuhan utk tujuan perubatan atau utk kecantikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hirudin | (Ubat) sj bahan antigumpal yg diekstrak drpd kelenjar mulut lintah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gin | sj minuman keras tanpa warna yg disuling drpd ekstrak bijian spt barli atau rai dan diberi perisa beri juniper. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
extract | n 1. excerpt, petikan: he used ~s from the novel in his review, dia menggunakan petikan-petikan dr novel itu dlm ulasannya; 2. concentrated essence of a substance, pati, sari; (tech) ekstrak: beef ~, pati lembu; malt ~, ekstrak malt; ~s of barks, ekstrak kulit kayu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
herbal extract | ekstrak herba | Herba | Tiada | Bahan pati yang terhasil melalui pengekstrakan tumbuhan menggunakan pelarut organik, akueus atau gas. Ekstrak herba sejuk dihasilkan melalui rendaman dalam pelarut selama 8-12 jam pada suhu bilik. Ekstrak herba panas dihasilkan melalui pemanasan dalam pelarut pada suhu 60-100C. Terdapat pelbagai jenis ekstrak iaitu ekstrak, kering, ekstrak cair, tinktur, ekstrak bendalir dan ekstrak likat. Ekstrak digunakan untuk penghasilan produk penjagaan kesihatan dan kosmetik seperti sediaan kapsul, syampu dan krim herba. Contoh ekstrak herba ialah ekstrak alkohol tongkat ali atau ekstrak air kacip fatimah. Sinonim ekstrak tumbuhan. |
animal extract | ekstrak haiwan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Pati yang terhasil melalui pengekstrakan haiwan dengan menggunakan pelarut organik atau akues. Ekstrak digunakan dalam penghasilan produk penjagaan kesihatan dan kosmetik. Ekstrak ini dihasilkan melalui rendaman dalam pelarut selama 8 hingga 12 jam pada suhu bilik. Ekstrak haiwan yang terhasil mengandungi komposisi bahan kimia dalam jumlah yang berbeza antara spesies. Terdapat pelbagai jenis ekstrak seperti ekstrak kering, ekstrak cair, tinktur dan ekstrak bendalir. Contoh ekstrek haiwan seperti ekstrak gamat dan ekstrak haruan. |
herbal extract | ekstrak herba | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Pati yang terhasil melalui pengekstrakan tumbuhan dengan menggunakan pelarut organik atau akues. Ekstrak digunakan dalam penghasilan produk penjagaan kesihatan dan kosmetik. Ekstrak ini dihasilkan melalui rendaman dalam pelarut selama 8 hingga 12 jam pada suhu bilik. Ekstrak herba yang terhasil mengandungi komposisi bahan kimia dalam jumlah yang berbeza antara spesies. Terdapat pelbagai jenis ekstrak seperti ekstrak kering, ekstrak cair, tinktur dan ekstrak bendalir. Contoh ekstrek tumbuhan seperti ekstrak metanol tongkat ali atau ekstrak air kacip fatimah. |
extract bank | bank ekstrak | Herba | Pemiawaian | Satu sistem penyimpanan ekstrak herba bagi memudahkan pencarian dan mengekalkan kualiti ekstrak daripada kerosakan. Contohnya, bank ekstrak di makmal fitokimia menyediakan peti penyimpanan sejuk yang telah dilabelkan mengikut abjad. |
spray-drying | pengeringan sembur | Herba | Tiada | Kaedah pengeringan cecair ekstrak herba menjadi zarah halus. Kaedah ini menggunakan alat pengabus untuk mengeluarkan semburan ekstrak yang halus. Pelarut ekstrak tersejat serta-merta apabila bertembung dengan aliran udara atau gas panas dan menghasilkan serbuk herba kering. Contohnya, pengeringan ekstrak pegaga. |
extract fraction | fraksi ekstrak | Herba | Pemiawaian | Pemisahan komponen ekstrak herba mengikut sifat kekutuban dengan menggunakan pelarut organik. Fraksi ekstrak juga boleh dilakukan mengikut saiz molekul sesuatu komponen ekstrak herba. |
crude extract | ekstrak mentah | Herba | Pemiawaian | Sediaan cecair pekat yang menggunakan pelarut organik atau akueus. Ekstrak mentah boleh disediakan melalui kaedah rendaman sejuk atau panas. Contohnya, ekstrak metanol tongkat ali (Eurycoma longifolia) dipekatkan melalui proses nyahpelarut untuk menghasilkan ekstrak mentah. |
quantified extract | ekstrak terkuantiti | Herba | Tiada | Sediaan ekstrak herba yang mengandungi kuantiti yang setara dengan bahan herba yang diungkap dalam julat (x - y) dan nisbah julat bahan herba dengan sediaan herba tulen yang dinyatakan dalam kuantiti yang tepat dan nisbah ini diungkapkan sebagai (a-b) : 1. Kandungan ekstrak terkuantiti dinyatakan dalam suatu julat. Contohnya, ekstrak kering terkuantiti daun ginkgo (Ginkgo folium) dalam aseton (60%v/v) mengandungi 60 mg ekstrak yang setara dengan 13.2 - 16.2 mg flavonoid sebagai glikosida flavon, 1.68 - 2.04 mg ginkgolida A, B dan C serta 1.56 - 1.92 mg bilobalida. |
standardised extract | ekstrak terpiawai | Herba | Tiada | Sediaan ekstrak herba yang mengandungi kuantiti yang setara dengan bahan herba yang diungkap dalam julat (x-y) dan nisbah julat bahan herba dengan sediaan herba tulen yang diungkapkan sebagai (a - b) : 1. Contohnya, ekstrak kering terpiawai daun senamaki (Sennae folium) dalam etanol (60%v/v) mengandungi 50-65 mg ekstrak yang setara dengan 12.5 mg glikosida hidroksiantrasena sebagai senosida B. |
drug discovery | penemuan drug | Herba | Pemiawaian | Proses mengenal pasti sebatian bioaktif yang boleh dibangunkan menjadi drug. Proses ini melibatkan penilaian bioaktiviti terhadap ekstrak atau pecahan ekstrak, diikuti oleh pengasingan dan pengenalpastian identiti sebatian bioaktif dalam ekstrak tersebut. Proses penemuan drug moden menggunakan kaedah penabiran celusan tinggi yang melibatkan biocerakin pantas menggunakan enzim, reseptor atau sel khusus, dan menggunakan peralatan robotik moden. Bagi meningkatkan keberkesanan penemuan drug, proses ini juga digandingkan dengan teknik bersempang dan nyahreplikasi. Contohnya, penemuan eurikomanon daripada akar tongkat ali (Eurycoma longifolia) dan goniotalamin daripada daun kenerak (Goniothalamus umbrosus) untuk merawat kanser. |
Kamus Sains.indb Perihal mempunyai gigi atau struktur seakan-akan gigi di tepi. (BIO) denture (dentur) Set gigi yang biasanya digunakan untuk merujuk kepada set gigi tiruan. (UBAT) deoxycorticosterone (deoksikortikosteron) Bahan aktif daripada ekstrak korteks adrenal. (BIO) deoxygenated blood (darah ternyahoksigen) Darah kurang oksigen yang memasuki paru-paru dan membawa bahan buang- an yang mengandungi karbon dioksida. Darah ini berwarna merah gelap. (BIO) deoxynucleoside 1. Kaedah pemberian terus ubat-ubatan atau cecair tubuh selain darah ke dalam vena untuk rawatan. 2. Pengekstrakan bahan larut daripada herba yang direndamkan dalam air. 3. Larutan yang mengandungi ekstrak herba yang didapati melalui proses pengekstrakan bahan larut daripada herba yang direndamkan dalam air. (UBAT) ingoing wave (gelombang masuk) Lihat incident wave. (FIZ) inguinal (inguinal) Berkaitan dengan selangkang. (UBAT) inherent
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
ekstrak | [éks.trak] | ايکسترک |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekstrak |
|
|