Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Perahu sarat muatan daun, Sarat berisi dengan lokan; Kalau hidup sepuluh tahun, Sepanjang hayat aku nantikan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sarat bermuat dari seberang, Patah tiang kayu kelat; Adakah kucing cintakan musang, Ayam terbang tikus melompat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Muatan sarat beribu bungkal, Hendak berniaga negeri besar; Sayap kukerat taji kutinggal, Kiri kanan habis kucakar.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Perahu sarat muat pinang, Jangan lenggang timba lagi; Saya jahat jangan dikenang, Orang lain banyak lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Haluan sarat banyak muatan, Nampak cahaya batu karang; Tuan ibarat permata intan, Di mana tercampak di situ terang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kapal belayar sarat muatan, Nelayan di laut sedang memukat; Biar jauh seberang lautan, Kerana budi terasa dekat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Perahu sekuci muatan sarat, Tenggelam duduk di muka kuala; Cuba sedikit terasa kelat, Racun diminum hilang dahaga.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kain berkocak jong sarat, Jong bermuat geluk kaca; Bau wangi dalam surat, Dicium dulu baru dibaca.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kain berkocak jong sarat, Jong bermuat geluk kaca; Bau wangi dalam surat, Dicium dulu baru dibaca.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Perahu siapa cat kuning, Sarat muat kundur labu; Biar pecah hulu kemuning, Pantang undur dari kelambu.
Tesaurus
 
sarat (adjektif)
1. Bersinonim dengan terlalu banyak: penuh, padat, pepak, tapu, sesak, cukup, merepah, mengendeh, mampat, ketel, padu, kimpal, pisik, sintal, antap, tumpat, sendat, tetal, antep, tepu,
Berantonim dengan kosong

2. Bersinonim dengan mengandung: hamil, bunting, hampir bersalin, berisi, berbadan dua, lekat perut, dalam tian, besar perut, membawa perut,
Berantonim dengan kempis

Kata Terbitan : menyarat, menyarat-nyarat, menyarati,

Puisi
 

Sarat bermuat dari seberang,
     Patah tiang kayu kelat;
Adakah kucing cintakan musang,
     Ayam terbang tikus melompat.



Lihat selanjutnya...