Kata |
Takrif |
Sumber |
berbadan dua | hamil; mengandung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbadan dua | hamil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kereta sport | kereta yg berbadan rendah, yg direka bentuk utk dipandu laju, biasanya berbumbung dan boleh dibuka atau ditutup, dan mempunyai tempat duduk utk dua orang saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kereta sport | sj kereta yg berbadan rendah, yg direka bentuk utk dipandu laju, biasanya berbumbung yg boleh dibuka dan ditutup, dan mempunyai tempat duduk utk dua orang sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gajah | 1. sj mamalia dlm famili Elephantidae (berbadan besar dan mempunyai belalai dan gading); ~ Asia = ~ India, Elephas maximus; ~ Afrika, Loxodonta afrikana; ilmu (hikmat, mantera) ~ mantera yg menjadikan gajah jinak; 2. buah catur yg jalannya menyerong; 3. sesuatu yg besar; badak ~ badak yg besar; nyamuk ~ nyamuk yg besar; ~ bara gajah hitam; ~ barat permainan utk kanak-kanak; ~ guling perhiasan sanggul dgn dua untai bunga melati; ~ lalang gajah yg sudah jinak (tidak liar); ~ laut sj anjing laut, Mirounga spp.; ~ menung a) binatang yg besar (terutamanya dlm cerita); b) sj usungan berbentuk ikan laut utk pengantin; ~ menyusu atap tambahan atau yg disambung pd rumah, sengkuap; ~ mina a) walrus; b) sj perhiasan (makara); ~ patah permainan teka-teki; ~ tunggal gajah yg tidak bersama-sama kawannya (sangat liar); spt ~ putih sesuatu yg mahal tetapi tidak berguna: kebanyakan perbadanan awam adalah spt ~ putih di bumi Afrika; ~ berak besar, kancil hendak berak besar juga, akhirnya kebebangan juga prb orang miskin menderita kerana mencontohi kehidupan orang kaya; ~ dialahkan oleh pelanduk prb orang berkuasa dapat dikalahkan oleh orang lemah; ~ dipandang spt kuman prb orang yg naik marah tidak gentar menentang orang besar mahupun lawannya; ~ ditelan ular lidi = ~ mati dicatuk katak prb anak golongan raja diperisterikan oleh orang kebanyakan; ~ lalu dibeli, kusa tidak terbeli prb mengerjakan sesuatu yg mustahak dgn tidak menghiraukan perkara-perkara kecil yg tidak kurang pentingnya bagi menjayakan pekerjaan tadi; ~ mati kerana gadingnya prb seseorang mendapat kemalangan kerana keunggulannya; ~ mati meninggalkan tulang prb jasa baik seseorang yg mati dikenang juga; ~ mati tulang setimbun prb orang kaya mati meninggalkan banyak hartanya; ~ seekor gembala dua prb a) seorang perempuan yg menduakan suaminya; b) dua orang memimpin satu pekerjaan; ~ sama ~ berjuang pelanduk mati di tengah-tengah = ~ bergajah-gajah pelanduk mati tersepit prb kalau orang besar-besar yg berselisih, rakyat yg mendapat susah; ~ turun di tengah rumah prb menanggung kesusahan kerana menerima kedatangan tamu agung (orang besar); bangkai ~ bolehkah ditutup dgn nyiru = spt ditempuh ~ lalu prb kejadian yg besar tidak dapat disembunyikan; spt ~ masuk kampung prb seseorang yg melakukan sesuatu sekehendak hatinya; spt ~ putih ditambat prb seseorang yg merugikan kita kerana menanggung sara hidupnya; spt ~ rompong belalai prb raja yg kehilangan kuasanya; gajah-gajahan 1. = main ~ main catur; 2. = sakit ~ penyakit yg menyebabkan kaki menjadi bengkak, untut; bergajah menaiki gajah: bala tentera ~;menggajah tampak spt gajah, kelihatan besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
badan | 1 semua bahagian tubuh manusia atau binatang yg dpt dilihat: ~ orang itu besar serta gempal. 2 bahagian tubuh manusia atau binatang, tidak termasuk kepala, kaki ataupun tangan: ~nya lebih panjang drpd kakinya. 3 yg empunya tubuh; diri sendiri. 4 bahagian utama drpd sesuatu: ~ kereta; ~ kapal terbang. 5 sekumpulan orang yg bertanggungjawab melaksanakan sesuatu. ~ berkanun jabatan kerajaan yg dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. ~ kehakiman jabatan kerajaan yg bertanggungjawab dlm menentukan dan menangani masalah undang-undang. ~ kerajaan mana-mana jabatan kerajaan yg menjalankan kegiatan kerajaan sehari-hari. berbadan mempunyai badan. ~ dua hamil; mengandung. perbadanan jabatan kerajaan yg ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
binatang | makhluk yang bernyawa dan tidak berakal (seperti kucing, anjing, kuda, dan lain-lain), haiwan; binatang angkara binatang buas; binatang buruan binatang yang diburu (untuk dagingnya); binatang berdarah panas (Bio) binatang yang suhu badannya tetap; binatang berdarah sejuk (Bio) binatang yang suhu badannya berbeza daripada suhu persekitarannya; binatang dua alam binatang yang mula-mulanya hidup dlm air dan kemudiannya di darat (seperti katak dan lain-lain), amfibia; binatang hidup-hidupan binatang ternak; binatang kerip = binatang mengerip binatang yang mengerip (mempunyai gigi depan yang tajam), rodensia; binatang loceng binatang halus yang berbentuk loceng (vorticella); binatang lunak binatang yang berbadan lunak dan berkulit keras, moluska; binatang maging binatang yang makan daging, karnivor; binatang maserba binatang yang makan serba makanan, omnivor; binatang maun binatang yang makan tumbuhan, herbivor; binatang menceruh binatang yang memamah biak; binatang reptilia binatang berdarah sejuk yang merayap atau menjalar (seperti ular, buaya, dan lain-lain); binatang susu binatang yang menghasilkan susu; binatang ternak binatang yang diternak; binatang tahan palu, manusia tahan kias prb mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan (sindiran); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
badan | 1. semua bahagian tubuh manusia atau binatang yg dpt dilihat: ~ orang itu besar serta gempal. 2. bahagian tubuh manusia atau binatang, tidak termasuk kepala, kaki ataupun tangan: ~nya lebih panjang drpd kakinya. 3. yg empunya tubuh; diri sendiri. 4. bahagian utama drpd sesuatu: ~ kereta; ~ kapal terbang. 5. sekumpulan orang yg bertanggungjawab melaksanakan sesuatu. ~ berkanun jabatan kerajaan yg dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. ~ kerajaan mana-mana jabatan kerajaan yg menjalankan kegiatan kerajaan sehari-hari. berbadan mempunyai badan. ~ dua hamil; mengandung. perbadanan jabatan kerajaan yg ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun. | Kamus Pelajar |
kereta | /keréta/ kenaikan beroda yg ditarik oleh binatang, digerakkan oleh enjin atau ditolak. ~ angin basikal. ~ bomba kereta yg digunakan oleh pasukan bomba utk memadamkan kebakaran. ~ jenazah kereta utk membawa mayat. ~ kebal (perisai) kereta berlapis besi yg digunakan dlm peperangan dsb. ~ lembu kereta yg ditarik oleh lembu. ~ lumba kereta yg digunakan dlm perlumbaan (kereta). ~ pakai kereta yg digunakan oleh tuannya sendiri, tidak utk disewakan. ~ peronda kereta yg digunakan oleh polis utk meronda di jalan raya dll. ~ sakit kereta utk membawa orang sakit; ambulans. ~ sewa kereta yg digunakan utk membawa penumpang dgn mengambil sewa. ~ sorong kereta yg digerakkan dgn disorong. ~ sport kereta yg berbadan rendah, yg direka bentuk utk dipandu laju, biasanya berbumbung dan boleh dibuka atau ditutup, dan mempunyai tempat duduk utk dua orang saja. ~ sungkur jentera yg digunakan utk menyodok tanah (menumbangkan pokok dsb). berkereta menaiki atau mempunyai kereta: Kita tidak dpt pergi sebab tidak ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
badan | 1. tubuh, jasad (manusia): pakaian yg dibawanya hanya yg lekat di ~nya; 2. pokok tubuh (selain anggota dan kepala): ~nya gemuk tetapi kakinya kurus; susuk ~ keadaan bentuk badan dr segi fizikal, susuk tubuh; tidak sedap ~ tidak (berapa) sihat; ~ tengah naik badan sedang membesar; 3. bahagian yg (ter)utama drpd sesuatu: ~ baju; ~ kereta; 4. diri (sendiri); ~ malang diri orang yg malang; 5. kumpulan orang yg merupakan suatu kesatuan utk mengerjakan sesuatu: ~ penasihat; ~ amanah; 6. bahagian utama (penting) ucapan (buku, dokumen, dsb) dan tidak termasuk pendahuluan (penutup, lampiran, dsb), isi; 7. agensi, pertubuhan: FELDA ialah sebuah ~ kerajaan; ~ berkanun; ~ amanah badan utk menyelenggarakan harta dll bagi faedah seseorang atau sesuatu golongan; ~ berkanun agensi kerajaan yg ditubuhkan utk melaksanakan fungsi-fungsi tertentu; ~ kehakiman badan yg diberi kuasa utk mentafsirkan undang-undang; ~ boleh dimiliki, tetapi hatinya tidak prb walaupun menjadi atau bersifat spt hamba atau orang lemah terhadap orang yg berkuasa, namun hatinya tidak begitu; hancur ~ dikandung tanah, budi baik terkenang juga prb budi bahasa yg tidak akan dilupakan orang; rosak ~ kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku prb kerana penyakit, rupa kita boleh menjadi buruk dan kerana kelakuan jahat, nama baik bangsa atau suku itu boleh tercemar; berbadan mempunyai badan: gadis itu ~ langsing; ~ dua hamil; memperbadankan menjadikan perbadanan, menubuhkan (sesuatu) sbg perbadanan; perbadanan agensi yg ditubuhkan oleh kerajaan utk menjalankan (melaksanakan) fungsi yg tertentu: ~-~ yg bebas spt Lembaga Letrik Negara dan Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang; P~ Kewangan Antarabangsa; P~ Kemajuan Ekonomi Negeri; P~ Perfileman Nasional; pemerbadanan penubuhan sbg perbadanan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
family | be in the ~ way, (colloq ) berbadan dua, hamil. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
figure | 6.a. person vaguely discerned, susuk tubuh, lembaga: he could see two dark ~s standing near the wall, dia dapat melihat dua susuk tubuh hitam yg berdiri dekat tembok itu; b. person of particular shape, (orang yg) berbadan [adj], (orang yg) /bentuk, susuk/ /badannya, tubuhnya/ [adj]: John Doraisamy was a lean ~ of a man with grey hair, John Doraisamy lelaki yg berbadan langsing or bentuk badannya langsing dan rambutnya beruban; 7.a. personality, tokoh: the great ~s in politics, tokoh-tokoh besar dlm politik; a public ~, tokoh masyarakat; b. person fulfilling role mentioned, tokoh: the ageing king became the father ~ for his people, raja yg semakin tua itu menjadi tokoh bapa kpd rakyatnya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
giant | n 1. mythical, manlike or monstrous being, gergasi, raksasa, bota; 2. person, a. (of extraordinary size), (orang yg) /berbadan raksasa, spt gergasi, spt raksasa/: a ~ of a young man showed them to their seats, seorang anak muda yg berbadan raksasa mengiringi mereka ke tempat duduk; b. (of extraordinary ability, powers, etc) gergasi: he is a ~ among playwrights, dia gergasi antara penulis-penulis lakon; 3. st of extraordinary size, power, etc, raksasa, gergasi: it was a confrontation of two military ~s, satu konfrontasi antara dua tentera raksasa; an industrial ~, industri raksasa. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kamus Thai 2.indb ini panas. รอบ [r:p] น 1 ( กีฬา ) pusingan 2 (เวลา) sebelah ลน 3 pusingan: นักฟุตบอลวิ่ งรอบ สนามสองรอบก ่ อนฝึกซ ้ อม Pemain bola sepak berlari mengelilingi padang se- banyak dua pusingan padang sebelum memulakan latihan. รอบก ่ อนรองชนะเลิศ [-k:nr:ca- nal:t] ว pusingan suku akhir รอบเช ้ า [-ca :w] ว sebelah pagi รอบบ ่ าย [-ba r:pru:] ว arif: คุณสนธิเป็นคนรอบรู ้ Encik Sonthi seorang yang arif. รอมชอม [r:mc:m] ก bertolak ansur: ทั้ งสองฝ ่ ายพร ้ อมที่ จะรอมชอมในกรณีความขัด แย ้ งนั้ น Kedua-dua pihak bersedia untuk bertolak ansur dalam kes pertelingka- han itu. รองเง็ง รอมชอม Kamus Thai 2.indb 311 4/15/2008 11:12:00 AM ร 312 รอย [r:y] น
|
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbadan dua |
|
|