Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah MABBIMIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v1.0Bahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)Glosari Sains Untuk Sekolah
Kata Takrif Sumber
lenggang perutistiadat membetulkan kedudukan anak di dlm perut, bagi perempuan mengandung sulung setelah mengandung tujuh bulan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengandung1 membawa sesuatu dlm kandung (saku dll). 2 berisi; bermuat: Awan hitam ~ hujan. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. 3 hamil.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengandung1. membawa sesuatu dlm saku dll: ~ wang; 2. hamil: sudah berapa bulan Aini ~? 3. = mengandungi berisi, memuat: bunga yg ~ racun; tanah yg ~ bijih timah; kata yg ~ erti;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengandung1. membawa sesuatu dlm kandung (saku dll). 2. berisi; bermuat:Awan hitam ~ hujan. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. 3. hamil.Kamus Pelajar
tian I1. bahagian perut tempat bayi berada semasa dlm kandungan, kandungan; dlm ~ mengandung, hamil; mandi ~ istiadat mandi waktu sedang mengandung (biasanya apabila kandungan berusia tujuh bulan); 2. anak (mama­lia) yg masih dlm kandungan: bagai­ma­nakah caranya ~ binatang mamalia mendapat makanan dan oksigen sebelum ia dilahirkan; bertian mengandung, hamil; meniani membuntingi, menghamilkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
bunting1. mengandung (biasanya dipakai utk binatang), hamil: kambing itu sudah ~; 2. batang padi menjadi bengkak kerana buahnya hendak keluar: patah dua tiga batang, pokok padi tengah ~; ~ bantang (besar) bunting yg sudah besar; ~ harimau (orang yg suka) marah-marah semasa bunting; ~ jolong mengandung utk pertama kali; ~ kecil bunting yg masih kecil; ~ kerbau bunting yg lamanya lebih drpd sembilan bulan; ~ padi peri kecantikan betis perempuan; ~ pelamin mengandung pd bulan pertama berkahwin; ~ sarat (tua) bunting sudah genap bulan;membunting menjadi (nampak) bunting: betisnya ~ padi;membuntingi menyebabkan bunting, menghamili, menghamilkan: ia telah ~ gadis itu;membuntingkan 1. sedang mengandung (di dlm perut): pd masa itulah makmu ~ engkau; 2. menyebabkan bunting, membuntingi: siapa yg telah ~ kau?buntingan kandungan; pembuntingan proses (perbuatan) membuntingkan anak.Kamus Dewan Edisi Keempat
lenggang/lénggang/ 1 gerakan atau ayunan tangan ke depan dan ke belakang ketika berjalan: ~ tangannya lemah gemalai. 2 gerakan berbuai-buai (spt kapal dipukul gelombang). ~ perut istiadat membetulkan kedudukan anak di dlm perut, bagi perempuan mengandung sulung setelah mengandung tujuh bulan. berlenggang 1 berjalan dgn tangan berayun ke depan dan ke belakang. 2 bergerak ke kiri dan ke kanan atau turun naik (spt kapal atau perahu dipukul gelombang). 3 berjalan dgn tidak membawa buah tangan atau dgn tidak membawa beban: Dia pergi ke rumah emaknya ~ saja. ~ lenggok berliuk-liuk ke kiri dan ke kanan spt orang menari. melenggangkan mengayunkan (tangan) ke depan dan ke belakang ketika berjalan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hamilmempunyai anak dlm kandung­an; mengandung; bunting (bkn orang perempuan): Isterinya sedang ~. menghamili menyebabkan hamil; membuntingi: Selepas dia ~ isterinya, dia tidak pulang-pulang. menghamilkan sedang mengandung (anak); membuntingkan: Suaminya meninggal ketika ia ~ anaknya yg sulung.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hamilmempunyai anak dlm kandungan; mengandung; bunting (bkn orang perempuan): Isterinya sedang ~. menghamili menyebabkan hamil; membuntingi: Selepas dia ~ isterinya, dia tidak pulang-pulang. menghamilkan sedang mengandung (anak); membuntingkan: Suaminya meninggal ketika ia ~ anaknya yg sulung.Kamus Pelajar
bunting1 dlm keadaan mengandung anak kecil dlm rahim (biasanya digunakan utk binatang); terdapat anak yg masih kecil di dlm rahim: Kambing yg dibeli drpd Pak Ngah Ali dahulu itu sudah ~. 2 sudah berisi bakal buah atau bakal bunga pd tumbuh-tumbuhan: Padinya sudah ~. ~ bantang (besar) bunting yg sudah besar dan hampir akan melahirkan anak. ~ kecil bunting yg masih kecil. ~ kerbau bunting yg lamanya lebih drpd 9 bulan. ~ padi bentuk betis yg cantik sekali. ~ pelamin mengandung dlm bulan pertama perkahwinannya (bkn wanita). ~ sarat (tua) bunting yg sudah genap tempohnya. ~ sulung bunting yg pertama kali. membuntingi menyebabkan jadi bunting; menghamili: Pemuda yg ~ gadis itu telah ditahan oleh pihak yg berkuasa. membuntingkan sedang mengandung (anak); mengandungkan: Sewaktu ~ engkau dulu, emak selalu saja sakit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
Tesaurus
 
kandung (kata nama)
1. Bersinonim dengan kantung: pundi-pundi, kampit, karung, kajang, buntil, guni, raga, bakul, saku, kocek,

2. Bersinonim dengan peranakan: rahim

Kata Terbitan : mengandung, mengandungi, terkandung, kandungan,

Puisi
 

Pohon salak batangnya condong,
     Mari disisik dalam kendong;
Bukanlah salah ibu mengandung,
     Salah sendiri badan menanggung.



Lihat selanjutnya...