Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Putih mengandung awan, kelambaja mengandung hujan.

Takrif

Sesuatu yang belum pasti. kelambaja = awan hitam.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai panas mengandung hujan.

Takrif

Tertawa dalam kesusahan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Harum semerbak mengandung mala.

Takrif

Jasa yang dipuji-puji, tetapi jasa itu diperoleh dengan jalan yang curang. mala = air bangkai yang telah busuk.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bermayang-mayang menjadi mumbang.

Takrif

Selalu mengandung tetapi tidak pernah mendapat anak kerana keguguran atau anaknya itu mati.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mengerami telur orang.

Takrif

Mengahwini perempuan yang sudah mengandung.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah, dia tidak.

Takrif

Mengandung tetapi selalu keguguran.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bersalai tidak berapi.

Takrif

Perempuan yang belum bersuami, tetapi sudah mengandung. salai = dipanaskan atau dikeringkan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Semanis-manis gula berpasir juga, sepahit-pahit jadam menjadi ubat.

Takrif

Pujuk rayu yang berisi tipu muslihat; perkataan yang keras tetapi mengandung nasihat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
kandung (kata nama)
1. Bersinonim dengan kantung: pundi-pundi, kampit, karung, kajang, buntil, guni, raga, bakul, saku, kocek,

2. Bersinonim dengan peranakan: rahim

Kata Terbitan : mengandung, mengandungi, terkandung, kandungan,

Puisi
 

Pohon salak batangnya condong,
     Mari disisik dalam kendong;
Bukanlah salah ibu mengandung,
     Salah sendiri badan menanggung.



Lihat selanjutnya...