| Kata |
Takrif |
Sumber |
| lipat | 1. (sesuatu) yg dipatahkan dgn tidak putus supaya kedua-dua bahagiannya berlapis, lepit; kajang ~ kajang yg dijadikan berkembar dua; pisau ~ pisau yg matanya boleh dipatahkan ke dalam; 2. rangkap, ganda, kembar; ~ dua kembar (ganda, rangkap) dua; ~ kajang selekoh (sungai, jalan, dll) yg terlalu tajam, siku keluang; ~ pandan nama sanggul yg disirat spt daun pandan yg akan dianyam; berlipat 1. berlapis rapi (kain baju dll): diambilnya baju yg ~ di dlm almari; 2. berlipat ganda; berlipat-lipat 1. banyak lipatnya, berlapis-lapis; 2. = ~ ganda banyak sekali gandanya, menjadi sangat banyak: barang-barang itu dijualnya dgn mendapat laba yg ~ ganda; melipat 1. mematahkan supaya berkembar (bertangkup, berangkap): dilipatnya suratkhabar itu dan kemudian diletakkannya ke atas meja; 2. ki mengalahkan musuh (lawan), memberkas (menangkap) penjahat: samseng itu telah dilipat oleh polis; 3. ki melakukan pecah amanah (menggelapkan wang dll), tidak menurut perintah; ~ wang menggelapkan wang; 4. ki menjual sesuatu kerana kesempitan hidup; 5. menjadi berganda-ganda atau berlebih-lebih (harga barang dll): harga barang import membumbung ~ dua atau tiga; melipatkan mematahkan supaya berkembar (berlapis dll), menjadikan berlipat: Pak Imam ~ tangan Pak Sudin dan kemudian menyelubungi mayatnya dgn kain; lipatan 1. = pelipatan sesuatu yg berlipat (kain, kertas, dll), hasil melipat: surat itu aku keluarkan dr sampulnya dan perlahan-lahan aku membuka ~nya; ~ seluar sait seluar; 2. Id pembebat surat khabar; 3. tompokan (kad dll); kelipat kelebek, kelepek (pd baju), lipatan (pd kulit buku yg lembut); kelipatan Id bilangan yg merupakan hasil drpd mendarabkan sesuatu angka: 21 ialah ~ 7; ~ persekutuan terkecil Id angka kandungan kecil; perlipatan perihal berlipat, pergandaan; pelipat 1. = pelipatan bahagian yg di belakang lutut; pelipatan kulit alur pd kulit orang tua yg berlipat-lipat; 2. garisan (pd kain baju, kertas, dll) kerana dilipat, lipatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| magun | dipasang tetap pd perahu (spt kajang, tingkap, bilik, kurungan di buritan perahu tempat jurumudi, dll): tingkap ~; ~ angin tingkap pd perahu utk memasukkan udara atau cahaya; kajang ~ kajang yg sentiasa dipasang pd perahu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| layu | 1. kering dan kecut (daun, bunga, dll), tidak berseri atau tidak segar lagi, lisut: kajang orang kajang berlipat, kajang saya mengkuang ~; 2. ki pucat dan lesu (orang), tidak bergaya, tidak sihat, merana: gadis tua yg sudah ~; ~ bunga (barang yg) sudah lama tetapi masih elok (kain dll); ~ malap Kl terlalu letih; dianjak ~, dibubut (dianggur) mati = diasak (pindah) ~, dicabut mati prb keputusan yg muktamad (tidak dapat diubah-ubah lagi); melayukan menyebabkan jadi layu (melayurkan, menganggurkan, dll): bilamana bunga itu hendak menjadi putik maka datang sahaja panas matahari ~ bunga itu; layu-layuan 1. sesuatu yg layu; 2. = padi ~ Mn padi yg telah mulai kering; kelayuan 1. keadaan layu; 2. = layuan ki kemangkatan (raja). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kajang magun | kajang yg sentiasa dipasang pd perahu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kajang lipat | kajang yg dijadikan berkembar dua; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengajangi | memberi beratap dgn kajang, menutupi dgn kajang; usang dibarui, lapuk dikajangi prb a) mana-mana yg tidak baik diganti atau dibaiki; b) adat atau peraturan yg sudah dilupakan dihidupkan kembali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menebeng | memaparkan (kajang, layar, dll) utk pendinding, memampangkan (kajang dll): bangsal itu ditebeng dgn kajang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tebeng | (tébéng) I Jw kajang (kain, layar, tikar, dll) yg digunakan sbg pelindung cahaya mata-hari dll, pendinding: ~ jendela; ~ pintu; main ~ bp menyembunyikan kejahatan (kesalahan);menebeng memaparkan (kajang, layar, dll) utk pendinding, memampangkan (kajang dll): bangsal itu ditebeng dgn kajang;menebengkan membentangkan kain (tikar, permaidani, dll) utk dipertunjukkan; ~ dada sl memampangkan dada (ketika berlawan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| atap rungkup | atap yg sangat lebar dan rendah (rumah seolah-olah ditudunginya); kajang ~ dua helai kajang yg dipasang hingga menutupi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kajang | barang yg dianyam drpd daun nipah dll utk dijadikan atap (utk perahu dll). kertas ~ kertas yg besar helainya (sama ada berkembar dua atau sehelai-sehelai). lipat ~ berlipat dua. mengajangi menutup atau melindungi sesuatu dgn kajang. terkajang diberi beratap atau berbumbung dgn kajang. pekajangan bahagian belakang perahu yg beratapkan kajang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| Kata |
Takrif |
Sumber |
| ream | n 1. (sheets of paper) rim; 2. (colloq), (usu in pl) great quantity, berkajang-kajang: he has written ~s on the subject, dia menulis berkajang-kajang ttg perkara itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| paste 1 | vt 1. fasten with paste, menampalkan: she ~d the bottom of one foolscap sheet to the top of another, dia menampalkan bahagian hujung sehelai kertas kajang pd bahagian atas helaian kertas kajang yg satu lagi; she ~d the pictures into her exercise book, dia menampalkan gambar-gambar pd buku latihannya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| awning | n kajang, sengkuap. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| foolscap | n (kertas) kajang. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| slanting | the ~ rain came in under the awning, hujan yg turun menyerong bertempias masuk di bawah kajang. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| stanchion | n tiang penyangga, topang: he tripped and hit his head on one of the ~s that supported the awning, dia tersandung dan kepalanya terhantuk pd salah satu drpd tiang penyangga yg menyokong kajang itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| get | ~ off to sleep, tidur: the children got off to sleep early last night, anak-anak kita tidur awal malam tadi; ~ off st, a. alight from st, turun dr sst: they got off the train together, mereka turun dr kereta api bersama-sama; b. not walk, sit, drive, sail, etc on st, [various translations]: they were told to ~ off the grass, mereka diberitahu supaya jangan memijak rumput; wed better ~ off the highway and take the road to Kajang, baik kita keluar dr lebuh raya dan mengambil jalan susur ke Kajang; ~ so. off, | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
| boat awning | atap kapal | jerubung/kajang | jerubung/kajang | Perikanan |
| awning | Tiada | Tiada | kajang | Kesenian |
| Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
| awning stanchion | jejak kajang | Pelayaran | Tiada | Batang penyokong tegak untuk menyokong kajang kapal. |
| awning | kajang | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
| awning | kajang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
| awning | kajang | Kesenian | Tiada | Tiada |
| fly sheet | kajang tebar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
| fly sheet | kajang tebar | Pelancongan | Tiada | Tiada |
| awning and mast | kajang dan tiang | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
| awning stanchion | jejak kajang | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
| boat awning | jerubung/kajang | Perikanan | Tiada | Tiada |
| awning and mast | kajang dan tiang | Kesenian | Tiada | Tiada |
| Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
| kajang | kajang. | kedayan | |
| kajeng | kajang;~ Igen sj kajang yg besar dibuat dr kawasan Igan. | Melanau Mukah | |
| kajang | kajeng [kaj] | Melanau Dalat | |
| kajeang | kajang | TETAW | |
| nyipak | nipah, Nipa fruticans: kajeng ~ kajang nipah; sapau ~ atap nipah; selupir ~ samir nipah; tebubok ~ sj bubu yg dibuat drpd daun pucuk nipah ditahan di permukaan gelonggong ikan temakul; tigoh ~ pucuk nipah. | Melanau Mukah | |
| lipet | lipat; 1 sst yg dipatahkan dgn tidak putus supaya kedua-dua bahagiannya berlapis: kajeng ~ kajang lipat; ujik ~ pisau lipat; 2 rangkap, ganda, kembar: ~ dua kembar dua; 3 ki gerak mematah serangan dlm sepak takraw: ~ maut lipat maut; ~ kajeng lipat kajan | Melanau Mukah | |
| pideang | 1 helai, keping (bkn kain dan kertas): je~ kereteh sehelai kertas; 2 helai kertas yg besar, kajang; | Melanau Mukah | |
| selupir | daun nipah, rumbia, dll yg dibuat atap atau pengalas muatan; samir: pepingah ~ nulik nda bei kajeng berbekal samir krn tidak ada kajang. | Melanau Mukah | |
| Kata |
Sebutan |
Jawi |
| kajang | [ka.jang] | کاجڠ |
|
| Tesaurus |
|---|
| | Tiada maklumat tesaurus untuk kata kajang |
|
| Puisi |
|---|
|
Kajang tuan kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu; Bujang tuan bujang bertempat, Bujang saya terbuang lalu.
Lihat selanjutnya... |
|