Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bagaimana menulis hadis sahih bukhari. Perlu huruf besar dan dicondongkan kah? | Ejaan yang betul ialah hadis sahih Bukhari dan tidak perlu diitalikkan. | Ejaan | 23.11.2012 |
Saya ingin bertanya mengenai perbezaan perkataan tidak sahih dengan tidak berasas. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat sahih ditakrifkan sebagai pasti, benar, sah, dapat diakui (diterima) manakala berasas ialah mempunyai asas, ada asasnya (dasarnya): tuduhan melulu yang tidak berasas. Saudara boleh melayari prpm.dbp.gov.my untuk carian makna kata dan penggunaan ayat dalam perkataan.
| Tatabahasa | 30.04.2013 |
Saya ingin bertanya maksud perkataan: 1. Tidak sahih 2. Tidak berasas Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat sahih ditakrifkan sebagai pasti, benar, sah, dapat diakui (diterima) manakala berasas ialah mempunyai asas, ada asasnya (dasarnya): tuduhan melulu yang tidak berasas. Saudara boleh melayari prpm.dbp.gov.my untuk carian makna kata dan penggunaan ayat. | Makna | 30.04.2013 |
Apakah maksud KESASIHAN | Dalam bahasa Melayu, tidak ada istilah kesasihan. Mungkin pihak tuan maksudkan ialah perkataan sahih ataupun kesahihan yang bermaksud perihal sahih (benar, pasti, sah): mereka harus bersedia menguji ~ semua rumusan dan pendapat mereka. | Istilah | 19.08.2009 |
Buku Tatabahasa mana yang dianggap sahih iaitu: (a) Nahu Melayu Mutahir Ed Kelima oleh Asmah Hj Omar; atau (b) Tatabahasa Dewan Ed Ketiga oleh Nik Safiah Karim dll? Kedua-dua mempamerkan pandangan dan panduan yang amat bertentangan dan menimbulkan kekeliruan. Ini tidak sepatutnya berlaku. Mohon pencerahan. Terima kasih. | Buku tatabahasa yang sahih ialah Tatabahasa Dewan. Buku ini dijadikan rujukan dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan. Buku-buku tatabahasa lain boleh dijadikan rujukan juga, tetapi jika ada perbezaan pendapat, gunakan panduan Buku Tatabahasa Dewan. | Lain-lain | 09.08.2016 |
1. Apakah perbezaan antara penggunaan ya, benar dan betul. terima kasih | Ya ialah kata utk mengatakan betul atau sungguh; memang benar: ~, saya pun ada melihatnya. 2 kata utk menyahut panggilan orang. 3 kata utk menyatakan sanggup melakukan sesuatu. 4 kata utk memanggil atau utk menarik perhatian; wahai: ~ Allah, ~ Tuhanku!. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, betul ialah benar, tidak salah. Bersinonim dengan tepat: jitu, persis, tidak salah, sebenar, benar, sahih">sahih, sah, boleh dipercayai, tidak cacat. | Tatabahasa | 06.04.2010 |
Terima kasih atas jawapan yang diberi. apakah sumber rujukan sahih untuk jawapan yang berkenaan ( sebagai bukti kepada pelajar).. saya ni cikgu BM. | Buku rujukan bagi tatabahasa bahasa Melayu ialah Tatabahasa Dewan Edisis Ketiga dan Kamus Dewan Edisis Keempat. | Lain-lain | 03.03.2008 |
Adakah perkataan 'sangat-sangat' boleh digunakan dalam penulisan rasmi dan dikira sahih dalam tatabahasa bahasa Melayu? Tidakkah ia bersifat melewah apabila digunakan? | Perkataan "sangat-sangat" membawa maksud berkehendak akan sesuatu atau sangat mengingini. | Tatabahasa | 02.08.2010 |
Kupu-kupu dalam bahasa Inggeris ialah moth atau butterflies? Adakah gambar berikut sahih? | Padanan bahasa Melayu untuk “moth” dan “butterflies” ialah kupu-kupu atau rama-rama bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Makna | 31.05.2021 |
Ketepatan suku kata bagi kata "cium". Jika perkataan "mengecium" dilihat dari aspek tatabahasa sahih penggunaannya, mengapa tidak dimuatkan dalam kamus terbaharu? | Merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi, kata terbitan yang betula ialah mencium sama seperti kata mencuit dan menciut. Hal ini betul kerana kata cium apabila dipenggalkan menjadi ci.um (2 suku kata) tetapi disebut (cium). | Tatabahasa | 08.07.2011 |
|
Tesaurus |
---|
| sahih (adjektif) | Bersinonim dengan pasti, benar, sah, diakui, sungguh, tahkik, memang, betul, diterima, terang, nyata, sabit, sudah tetap, terang, tentu, muktamad, asi, isbat, pentan, sidi, absah, sengoti, si, sih, jola;, | | Kata Terbitan : kesahihan, |
|
|