Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
apakah maksud puak, berpuak? apakah yang menyatukan puak-puak di malaysia? bagaimana puak-puak terjadi? berapakah bilangan puak di dalam masyarakat kita contohnya cina, india dan melayu?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud puak ialah kelompok (orang dll), golongan, kumpulan, pasukan. Berpuak-puak pula ialah bergolongan, berkawan-kawan, berkelompok-kelompok. Soalan lain tidak berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan. Harap maklum.Makna20.11.2007
Beberapa puak asli di Temasik iaitu Orang Selat, Orang Gelam, Orang Kallang dan Orang Kelumang. Adakah semua nama suku ini perlu huruf besar?Nama puak orang Asli adalah kata nama khas dan dieja seperti yang berikut orang Selat, orang Gelam, orang Kallang dan orang KelumangLain-lain05.09.2017
Apakah makna "pemisah" pada perkataan "anggota pemisah" atau "puak pemisah". Contoh ayat, seorang anggota pemisah ditembak mati oleh tentera. Adakah sama maksudnya dengan gerila?Pemisah bermaksud pengikut faham pemisahan , misalnya pejuang pembebasan, sosialis dan lain-lain. Dalam contoh ayat yang diberikan adalah bermaksud anggota yang menyertai kumpulan atau menjadi pengikut faham pemisahan. Manakala gerila bermaksud perang secara kecil-kecilan dan tidak secara berhadapan.Makna10.06.2008
Apakah perbezaan maksud "bangsa" dengan "kaum"?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat "bangsa" ialah jenis manusia daripada satu asal keturunan; atau kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan manakala "kaum" ialah 1. puak, suku bangsa 2. jenis bangsa 3. Keluarga, sanak-saudara 4. golongan (orang yang sekerja, sefahaman, setingkat)Istilah01.10.2015
Salam. Saya hendak mendapatkan padanan istilah atau terjemahan bagi perkataan "abolitionist". Mengikut definisinya, "abolitionist" ialah "a person who wants to stop or abolish slavery : an advocate of abolition." Adakah sesuai jika saya menterjemahkan secara terus kepada "puak/golongan abolisionis" atau diterjemahkan kepada "pendukung faham abolisionisme"?Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

abolitionist - pendukung gerakan abolisionisme

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain14.07.2021
Apakah perbezaan antara perkataan kaum, etnik, bangsa, keturunan. Terima kasih.Etnik -  1. Bukan bangsa manusia
            2. Berkaitan dengan kumpulan sosial yang mempunyai persamaan dalam budaya

Kaum - 1. puak, suku bangsa
            2. jenis bangsa

Bangsa: 1. jenis manusia daripada satu asal keturunan 
              2. kumpulan manusia dlm satu ikatan ketatanegaraan

Keturunan: 1. yg diturunkan darrpada, anak cucu kepada, turunan, zuriat
                   2. sesuatu yg diwarisi
Makna05.01.2017
Apakah perbezaan maksud istilah antara kaum dan etnik. Adakah tepat etnik Melayu, etnik Cina dan etnik India digunakan untuk menggambarkan masyarakat majmuk. Atau istilah yang lebih tepat kaum yang biasa digunakan sekarang. Terima kasih

Maksud:

Etnik -  1. Bukan bangsa manusia
            2. Berkaitan dengan kumpulan sosial yang mempunyai persamaan dalam budaya

Kaum - 1. puak, suku bangsa
            2. jenis bangsa

Masyarakat majumuk - 1) masya­rakat yang terdiri dairpada beberapa kaum (suku bangsa) atau bangsa. 2) masyarakat yang terdiri daripada beberapa bangsa (kumpulan etnik atau suku bangsa dan sebagainya).

Pada kebiasaannya, yang sering digunakan adalah kaum bagi merujuk Melayu, Cina dan India di Malaysia.

Lain-lain08.10.2015
1
Tesaurus
 
puak (kata nama)
1. Bersinonim dengan kelompok: kumpulan, golongan, pasukan, tim, pihak, belah, kalangan, kerabat, marga kobok, etnik,

2. Bersinonim dengan kaum: suku, bangsa, ras, komuniti, masyarakat, keturunan, bani, mujtamak,

Kata Terbitan : berpuak-puak, mempuak-puakkan,