Kata |
Takrif |
Sumber |
pemacu perkakasan(hardware driver) | 1. Atur cara yang digunakan untuk mengawal perkakasan. 2. Perkakasan yang digunakan untuk mengawal atau memberi kuasa kepada litar atau modul lain. | Kamus Komputer |
prototaip perkakasan(hardware prototype) | Perkakasan awal komputer bagi penggunaan tertentu yang dibina untuk membolehkan beberapa perkara dikaji dan diuji. Perkakasan awal ini digunakan untuk mendapatkan maklum balas daripada pengguna sebelum perkakasan sebenar dibina. | Kamus Komputer |
pendupleksan(duplexing) | Penggunaan perkakasan komputer secara bergandingan. Apabila satu perkakasan gagal atau rosak perkakasan yang satu lagi akan mengambil alih tugas dan beban perkakasan tersebut. | Kamus Komputer |
bersandarkan perkakasan(hardware dependent) | Terikat pada perkakasan tertentu dan tidak dapat berfungsi jika perkakasan tersebut tidak digunakan. | Kamus Komputer |
perkakasan atas para(off-the-shelf hardware) | Perkakasan yang dikeluarkan dengan banyak, dan mudah didapati dalam stok pembekal atau pengedar perkakasan tanpa perlu tempahan khas. | Kamus Komputer |
dokumenan perkakasan(hardware documentation) | Maklumat yang dibekalkan bersama perkakasan komputer, yang biasanya terdiri daripada manual atau risalah tentang bagaimana memasang dan menggunakan perkakasan dengan betul. | Kamus Komputer |
pemprototaipan perkakasan(hardware prototyping) | Pembinaan perkakasan awal untuk penggunaan tertentu bagi membolehkan beberapa perkara dikaji dan diuji. Kaedah ini juga digunakan untuk mendapatkan maklum balas daripada pengguna supaya perkakasan sebenar yang diperlukan dapat dikarang dan disebarkan kepada umum. | Kamus Komputer |
ralat keras(hard error) | Ralat yang berpunca daripada kerosakan pada perkakasan atau kejituan perkakasan yang lari daripada nilai tentukuran. | Kamus Komputer |
kunci perkakasan(hardware key) | 1. Peranti keselamatan yang perlu disumbatkan ke dalam perkakasan sebelum komputer atau sistem berkeselamatan boleh digunakan. Kunci ini digunakan untuk mengelakkan pengguna tanpa izin menggunakan sistem. 2. Peranti yang perlu disumbatkan ke dalam liang komputer sebelum perisian berpelindung boleh digunakan. Kunci perkakasan digunakan oleh pembuat perisian untuk mengelakkan pembeli menyalin perisian secara bebas. 3. Peranti yang diperlukan untuk membuka atau menutup fail sulit yang elah dikodkan. Bandingkan kunci perisian. | Kamus Komputer |
perkakasan | 1 bermacam-macam perkakas: Sebuah kapal sudah sampai dgn membawa ~ perang. 2 ist peralatan yg membentuk satu sistem komputer, spt monitor, papan kekunci, dan unit pemprosesan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
hardware | n perkakasan: a shop selling ~, kedai yg menjual perkakasan; computer ~, perkakasan komputer; military ~, perkakasan tentera. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
outfit | n 1. all the equipment etc needed for particular purpose, alat kelengkapan, perlengkapan; (set of tools) perkakasan: camping ~, alat kelengkapan perkhemahan; first aid ~, alat kelengkapan pertolongan cemas; a complete ~ of plumbing tools, perkakasan membaiki paip yg lengkap; 2. set of clothes needed for particular purpose, pakaian: we have to get him a new ~ for school, kita harus membeli pakaian sekolahnya yg baru; she looked smart in her black and white ~, dia kelihatan kemas memakai pakaian berwarna putih dan hitam itu; 3. (colloq) group of people seen as cohesive unit, kumpulan: he was once part of that ~, pd suatu masa dahulu, dia salah seorang drpd kumpulan itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
sundown | n matahari /terbenam, masuk/: at ~ they gathered their tools and went home, apabila matahari terbenam mereka mengumpulkan perkakasan kerja dan pulang ke rumah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
hardware | perangkat keras | perkakasan | perkakasan | Kejuruteraan |
hardware | perangkat keras | perkakasan | perkakasan | Teknologi Maklumat |
networking hardware | perangkat keras jaringan | perkakasan rangkaian | perkakasan rangkaian | Teknologi Maklumat |
computer hardware | perangkat keras komputer | perkakasan komputer | perkakasan komputer | Kejuruteraan |
hardware interrupt | sela perangkat keras | gangguan perkakasan | sampukan perkakasan | Teknologi Maklumat |
hardware performance | kinerja perangkat keras | prestasi perkakasan | prestasi perkakasan | Teknologi Maklumat |
hardware address | alamat perangkat keras | alamat perkakasan | alamat perkakasan | Teknologi Maklumat |
hardware diagnostic | diagnostik perangkat keras | diagnostik perkakasan | diagnostik perkakasan | Teknologi Maklumat |
voice synthesizing hardware | perangkat keras penyintesa suara | perkakasan pensintesisan suara | perkakasan pensintesisan suara | Teknologi Maklumat |
voice-synthesizing hardware | perangkat keras pensintesa suara | perkakasan pensintesisan suara | perkakasan pensintesisan suara | Teknologi Maklumat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
benchmark | tanda aras | Teknologi Maklumat | Tiada | 1.Ujian yang digunakan untuk mengukur prestasi perkakasan dan perisian. Perkakasan ditanda aras dengan menggunakan atur cara yang menguji keupayaan peralatan, misalnya kelajuan CPU. Perisian ditanda aras dengan menentukan kecekapan, ketepatan atau kelajuan atur cara melaksanakan tugas tertentu. 2.Proses mengukur prestasi perkakasan dan perisian. |
hardware interrupt | sampukan perkakasan | Teknologi Maklumat | Perisian | Mekanisme yang digunakan bagi mengubah persekitaran atur cara. Perpindahan kawalan atur cara ini dimulakan melalui perkakasan luaran. Bahagian atur cara tempat kawalan dihantar dikenali sebagai rutin perkhidmatan sampukan dalam subsistem ingatan. Sekiranya sampukan ini dilaksanakan dalam perkakasan, litar pengawal sampukan seperti pengawal sampukan teratur cara (PIC) akan menghubungkan peranti penyampuk dan pin sampukan pemproses kepada beberapa sumber sampukan melalui satu atau dua talian CPU. Sekiranya sampukan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada pengawal ingatan, sampukan ini akan dipetakan ke dalam ruang alamat ingatan sistem. Contoh sampukan perkakasan ialah sampukan topeng (IRQ) dan sampukan tanpa topeng (NMI). |
add-on security | keselamatan tambahan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Mekanisme perlindungan bagi mempertingkat keselamatan sistem komputer dengan menggunakan perkakasan atau perisian. Contohnya, perkakasan Dongel, perisian antivirus dan tembok api. |
AN hardware | perkakasan AN | Kejuruteraan Kapal Terbang | Tiada | Perkakasan piawai seperti nat, bolt, sesondol dan sebagainya yang reka bentuk bahannya telah diluluskan oleh Angkatan Tentera Laut dan Udara Amerika Syarikat bagi kegunaan pesawat awam dan tentera. |
software driver | pemacu perisian | Teknologi Maklumat | Perisian | Atur cara komputer yang membolehkan atur cara komputer aras tinggi berinteraksi dengan peranti perkakasan tertentu. Satu pemacu biasanya berkomunikasi dengan peranti melalui bas komputer atau subsistem komunikasi yang dihubungkan dengan perkakasan tersebut. Apabila satu atur cara panggilan mengaktifkan satu rutin dalam pemacu, pemacu itu akan mengeluarkan perintah kepada peranti tersebut. Sebaik sahaja peranti menghantar data kembali ke pemacu, pemacu tersebut akan melaksanakan rutin dalam atur cara panggilan berkenaan. Pelaksanaan pemacu bergantung pada perkakasan dan sistem pengendali yang sedia ada. HaI ini bererti terdapat pemacu yang boleh digunakan dalam perkakasan atau sistem pengendali tertentu tetapi tidak boleh digunakan dalam perkakasan atau sistem pengendali yang lain. Pelbagai jenis pemacu perisian yang digunakan untuk menyediakan antara muka adalah seperti pemacu perisian pencetak, video, kad rangkaian, kad bunyi, bas tempatan, bas I/O untuk tetikus, papan kekunci dan USB, sistem fail yang berla |
acceptance tooling | perkakas boleh terima | Aeroangkasa | Tiada | Perkakasan yang diterima untuk mengawal kualiti semasa proses pembuatan reka bentuk dan pembuatan perkakasan untuk menjamin ciri-ciri produk yang dapat diterima. |
operational characteristic | ciri kendalian | Kejuruteraan | Tiada | Ciri-ciri yang merujuk kepada kendalian perkakasan, secara sendirian atau berkait dengan perkakasan lain, misalnya frekuensi atau jenis modulasi. |
fault tolerance | toleransi sesar | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Tahap ketahanan sesebuah sistem atau perkakasan terhadap kesesaran sebelum sistem atau perkakasan tersebut menjadi tidak berfungsi atau rosak. Sistem yang mempunyai fungsi yang kritikal, biasanya mempunyai tahap boleh terima kesesaran yang tinggi, sekali gus menjadikannya lebih stabil. |
firewall | tembok api | Teknologi Maklumat | Perisian | Perisian atau perkakasan yang digunakan untuk mengawal capaian keluar dan masuk ke prasarana pengkomputeran organisasi berasaskan dasar keselamatan. Perisian atau perkakasan ini mempunyai petua yang mengandungi senarai capaian seperti hos, alamat IP, nombor port, ID pengguna dan proses yang dibenarkan untuk menggunakan prasarana komputer tersebut. Percubaan mencapai dengan cara selain daripada yang dinyatakan akan terhalang. Antara jenis tembok api ialah penapis paket, proksi aplikasi dan tembok api peribadi. |
firewall | tembok api | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perisian atau perkakasan yang digunakan untuk mengawal capaian keluar dan masuk ke prasarana pengkomputeran organisasi berasaskan dasar keselamatan. Perisian atau perkakasan ini mempunyai petua yang mengandungi senarai capaian seperti hos, alamat IP, nombor port, ID pengguna, dan proses yang dibenarkan untuk menggunakan prasarana komputer tersebut. Percubaan mencapai dengan cara lain akan terhalang. Antara jenis tembok api ialah penapis paket, proksi aplikasi dan tembok api peribadi. |
Kamus Sains.indb metil akrilat. Bahan ini mempunyai kerintangan cahaya ultraungu yang tinggi dan boleh didapati sebagai emulsi dan digunakan dengan meluas dalam kerja kemasan luar. (HUT) activate button (butang gerak) 1. Suis perkakasan atau perisian yang digunakan untuk memulakan sesuatu proses yang digantung atau belum bergerak. 2. Lihat start button. (KOM) activated carbon (karbon teraktifkan) Lihat activated charcoal. (KIM) activated charcoal (arang teraktifkan 08 11:45:21 AM 16 2. Keadaan rekod di dalam fail utama yang sedang digunakan, diubah atau dirujuk. 3. Unit kerja yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat sesuatu projek perkakasan atau perisian. (KOM) activity diagram (gambar rajah aktiviti) Gambar rajah yang menunjukkan kegiatan sesuatu proses. Dalam gambar ra- jah ini, kotak digunakan untuk menunjukkan proses tersendiri dan anak panah digunakan
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd pengendaliannya atau merosakkan integriti prasarana yang menyimpan sistem maklumat berkenaan. Contohnya, virus manusia atau bencana alam. agihan terpercaya (Ig. trusted distribution; Br. agihan dipercaya; Id. distribusi terpercaya) Kaedah untuk mengagihkan perkakasan, perisian, media dan data yang terlibat dalam Asas Pengkomputeran Terpercaya (TCB) dengan cara yang terlindung dan terkawal. Kaedah ini melibatkan perlindungan aset komputer daripada perubahan semasa pengagihan. Setiap aset komputer ahli godam yang mungkin kerap kali tidak diendahkan dan dipedulikan oleh sesebuah organisasi, industri atau badan kerajaan. alat pengesahan (Ig. authentication tool; Br. alat pengesahsahihan; Id. perkakas pengesahan) Perisian atau perkakasan yang digunakan untuk mengesahkan identiti atau menentusahkan kelayakan suatu stesen, penghantar atau individu. alat pentadbir keselamatan untuk menganalisis rangkaian (Ig. security administrator tool for analyzing networks (SATAN); Br. alat pentadbir
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
perkakasan | [per.ka.ka.san] | ڤرکاکسن |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
mesin | machine | Alat atau perkakasan yang membolehkan kita melakukan sesuatu kerja dengan mudah, cepat dan selesa. | Sekolah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| perkakas (kata nama) | 1. Bersinonim dengan perkakasan: alat, alatan, peralatan, kelengkapan, mesin, radas, peranti, jentera,
2. Dalam konteks perkakas rumah bersinonim dengan almari, rak buku, kerusi, meja, katil,
3. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan ejen, alat, tali barut, boneka, barua, ampawa, mata-mata, pengintai, pengekor,
pengintip, hantu, gundal,
| Kata Terbitan : memperkakaskan, perkakasan, |
|
|