Kata |
Takrif |
Sumber |
pengejaman(clocking) | 1. Kaedah yang digunakan untuk menyeragamkan perjalanan dua peranti. 2. Tindakan menyegerakkan peranti penghantar dan peranti penerima dalam sistem penghantaran segerak. 3. Tindakan menjalankan peranti mengikut pemasaan jam. | Kamus Komputer |
penumpu peranti(device concentrator) | Peranti yang digunakan dalam sistem komunikasi komputer untuk membolehkan beberapa peranti berkelajuan rendah dan berkelajuan sederhana disalurkan ke peranti berkelajuan tinggi. | Kamus Komputer |
tuan-hamba(master-slave) | Hubungan antara dua peranti, dengan peranti yang mengawal bertindak sebagai tuan manakala peranti yang dikawal bertindak sebagai hamba. | Kamus Komputer |
pengantaramukaan(interfacing) | Proses menyambungkan peranti pada peranti lain yang tidak sepadan secara fizikal untuk membolehkan pertukaran data dan maklumat dilakukan antara satu sama lain. | Kamus Komputer |
nama peranti(device name) | Nama yang diberikan kepada peranti untuk membezakan peranti dan juga untuk memudahkan pemanggilannya. | Kamus Komputer |
panel depan(front panel) | Bahagian hadapan konsol sistem yang memegang suis, peranti input, peranti penunjuk, dan paparan. Rupa bentuk panel ini direka bentuk supaya nampak lebih kemas dan cantik kerana panel ini merupakan bahagian hadapan sistem yang boleh dilihat oleh orang ramai. | Kamus Komputer |
pengendalian bertimbal(buffered operation) | 1. Pengendalian yang menggunakan peranti untuk berada di antara peranti penyampai data dengan peranti penerima data. 2. Pengendalian yang menggunakan ingatan sementara untuk menyimpan data yang diterima atau yang akan dihantar. | Kamus Komputer |
penggera(alarm) | 1. Isyarat yang dijana oleh peranti pendengaran atau peranti penglihatan yang menandakan bahawa suatu ralat atau kecemasan telah berlaku yang mungkin mengganggu atau sedang mengganggu perjalanan sistem. 2. Peranti yang menjana isyarat untuk memberitahu akan kewujudan suatu keadaan khas. | Kamus Komputer |
kelengkapan komunikasi data(data communication equipment) | Kelengkapan yang berkaitan dengan penghantaran data dari satu peranti ke peranti lain. Misalnya, modem dan terminal jauh. | Kamus Komputer |
antara muka | (Komp) bahagian (peranti, sambungan, dll) yg menjadi sempadan dan penghubung di antara dua komponen, litar, peranti, sistem, dll yg berlainan utk membolehkan pertukaran maklumat dilakukan; ~ analog sambungan pd komputer yg boleh menerima peranti analog; ~ bas litar atau peranti yg berfungsi memadankan atau menyambungkan alat lain pd sistem bas; ~ bersiri antara muka yg membolehkan maklumat dihantar satu per satu melalui saluran tunggal; ~ Centronics antara muka piawai utk menyambungkan komputer dgn pencetak selari; ~ digital sambungan yg membolehkan komputer menerima peranti digital; ~ pengguna penentuan dan peraturan komputer yg membolehkan pengguna mudah berinteraksi dgn komputer; pengantaramukaan proses menghubungkan dua atau lebih alat, peranti, dll yg berlainan supaya dapat saling berhubung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
device | n 1. equipment etc for particular purpose, function, alat, peranti: protective ~s, peranti pelindung; a ~ for opening safes, alat utk membuka peti besi; a ~ for catching flies, alat utk menangkap lalat; 2. plan, scheme, trick, muslihat: he will think up a ~ for avoiding customs duties, dia akan fikirkan sst muslihat utk mengelak drpd duti kastam; 3. design used in decoration, emblem, etc, lambang: every shield bore its own ~, tiap-tiap perisai mempunyai lambangnya sendiri; 4. (liter.) cara: symbolism is a common literary ~, simbolisme ialah cara kesusasteraan yg biasa; leave so. to his own ~s, membiarkan sso berbuat sesuka hatinya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
electronics | n1. (as a science), (ilmu) elektronik; 2. system, circuit, etc of electronic equipment, peranti elektronik: the ~ of a computer, peranti elektronik komputer. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
peripheral | n peranti persisian. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
storage device | n peranti storan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
peripheral device, peripheral unit | n ( computer technology ) peranti persisian. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fail-safe | adj pasti selamat: a ~ device, peranti pasti selamat. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
stealth | by ~, secara /senyap-senyap, sembunyi-sembunyi/: he entered the building by ~ and bugged the conference room, dia masuk ke dlm bangunan itu secara senyap-senyap dan memasang peranti pepijat di bilik mesyuarat. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
homing | adj 1. rel to ability to return home, balik: ~ instinct, naluri balik; 2. (of missile etc) pandu tuju: ~ device, peranti pandu tuju. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bug | vt (colloq) 1. annoy, bother, menjengkelkan; (imper) mengacau; (when subj of sentence is it) berasa jengkel: stop ~ging him, jangan mengacau dia lagi; it really ~s me when people keep interrupting, saya berasa jengkel apabila orang asyik mencelah; 2. install concealed microphone in, memasangi [sst] dan peranti pepijat: the room had been ~ged, bilik itu telah dipasangi peranti pepijat. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bug | n 1. (insect) kepinding, pijat, pepijat, pijat-pijat; 2. see BEDBUG; 3. (sl) germ, kuman: flu ~, kuman flu; 4. (sl) craze, gila: shes been bitten by the travel ~, dia gila mengembara; 5. (colloq) fault esp in computer or computer programme, pepijat, kesilapan; 6. concealed microphone as used in espionage, peranti pepijat; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
Optical Character Recognition device (OCR device) | peranti Pengenal Karakter Optik (peranti OCR) | peranti Pengecaman Aksara Optik (peranti OCR) | peranti Pengecaman Aksara Optik (peranti OCR) | Teknologi Maklumat |
Optical Mark Recognition device (OMR device) | peranti Pengenal Marka Optik (peranti OMR) | peranti Pengecaman Tanda Optik (peranti OMR) | peranti Pengecaman Tanda Optik (peranti OMR) | Teknologi Maklumat |
feedback device | peranti umpan balik; peranti balikan | peranti suap balik | peranti suap balik | Aeroangkasa |
charged coupled device (CCD) | peranti muatan terkopel; peranti muatan tergandeng | peranti cas terganding | peranti cas terganding (CCD) | Aeroangkasa |
compound device | peranti majemuk | peranti majmuk | peranti majmuk | Teknologi Maklumat |
security devices | peranti keamanan | peranti keselamatan | peranti keselamatan | Kejuruteraan |
reclining device | peranti pencondong | peranti condong | peranti condong | Kejuruteraan |
antirotation device | peranti antiputaran | peranti antiputaran | peranti antiputaran | Aeroangkasa |
encoding device | peranti sandi | peranti sandi | peranti sandi | Kejuruteraan Kapal Terbang |
intramammary device | peranti intraambing | peranti intramama | peranti intramama | Penternakan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
logic element | unsur logik | Kejuruteraan | Tiada | 1. Peranti yang melakukan fungsi logik, misalnya get atau flip-flop, atau kadangkala gabungan peranti-peranti yang dianggap sebagai satu entiti.,2. Lambang-lambang yang mempunyai makna logik. |
electronics | elektronik | Kimia | Tiada | Cabang sains yang berkaitan dengan kajian dan penggunaan peranti-peranti elektron, seperti tiub elektron, transistor dan diod. |
passive | pasif | Kejuruteraan | Tiada | 1. Komponen lengai yang dapat mengawal, tetapi tidak mengeluarkan atau menguatkan tenaga.,2. Peranti-peranti yang beroperasi dengan kuasa isyarat semata-mata.,yang tidak berkeupayaan menjana kuasa atau penguatan.,4. Sifat peranti yang tidak menyumbangkan tenaga kepada isyarat yang melaluinya. |
pipeline | talian paip | Kejuruteraan | Tiada | Sebatang paip yang tersambung kepada injap-injap dan peranti-peranti kawalan yang lain, untuk mengalirkan cecair, gas dan pepejal halus. |
push-pull amplifier | amplifier tolak tarik | Kejuruteraan | Tiada | Amplifier terimbang yang menggunakan dua tiub elektron atau peranti-peranti penguatan yang serupa, yang berfungsi dalam fasa yang berlawanan. |
cross channel switching | pensuisan saluran silang | Kejuruteraan | Tiada | Ciri pilihan yang membolehkan capaian atur cara terus ke peranti-peranti masukan/keluaran melalui dua saluran. |
data bus | bas data | Kejuruteraan | Tiada | 1. Bas yang membawa data di antara unit pemprosesan pusat dan ingatan dengan peranti-peranti persisian. |
control board | papan kawalan | Kejuruteraan | Tiada | Panel tempat meter dan alat-alat penunjuk yang lain memaparkan keadaan sistem, sementara dail, suis dan peranti-peranti lain digunakan untuk mengubah suai litar bagi mengawal sistem. Sinonim: panel kawalan. |
control bus | bas kawalan | Kejuruteraan | Tiada | Satu set sambungan pada mikro komputer yang membawa isyarat kawalan di antara unit pemprosesan pusat, ingatan dan peranti-peranti masukan/keluaran. |
platinum | platinum | Kejuruteraan | Tiada | Logam mulia berwarna kekelabu-kelabuan, dan bersifat lembut, mulur dan boleh tempa, mempunyai rintangan elektrik yang agak tinggi dan digunakan dalam aloi, peranti-peranti elektrik dan elektronik, dan dalam barang-barang kemas. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
pius | fius; 1 peranti utk menyekat arus elektrik yg mengalir melalui sst litar apabila arus melebihi nilai tertentu: betaih ~ putus fius; dawai ~ dawai atau kawat fius; 2 peranti mekanikal atau elektrik utk mencetuskan sst letupan: ~ bum galeang fius bom tangan | Melanau Mukah | |
Kamus Sains.indb BIO) access (capaian) Proses memasuki ruang simpanan untuk menyimpan atau mendapatkan data kembali. (KOM) access address (alamat capaian) Kod yang digunakan untuk menujukan sesuatu pemproses ke kedudukan ingat- an dan peranti input/output bagi maksud mencapai data. (KOM) accessory (alat tambah) Peranti, selain beban atau kelengkapan elektrik yang berkaitan dengan sam- bungan atau pendawaian. Contohnya, suis, ros siling, fius, soket alur keluar, pemegang lampu, siku, sesendal dan pengganding. (KEJ) accessory disc (cakera
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd sistem komputer yang digunakan untuk memastikan identiti individu atau keaslian sesuatu data atau mesej. Pengesahan biasanya dilakukan berdasarkan suatu maklumat perwakilan identiti seperti pasangan ID pengguna dan kata laluan. 2. Peranti fizikal yang digunakan untuk memastikan identiti individu. Pengesahan biasanya dilakukan dengan menggunakan token keselamatan seperti kad jalur magnet atau ciri fizikal individu yang unik seperti cap jari. algoritma Diffie-Hellman unik dan kekal yang dinamakan tiket pada setiap objek dalam komputer yang dibenarkan untuk dicapai oleh sesuatu subjek. Contoh subjek ialah pengguna dan proses, manakala objek ialah data, fail, perkakasan, peranti, dan ruang penyimpanan. biometrik (Ig. biometric; Br. biometrik; Id. biometrik) Kaedah pengesahan identiti pengguna melalui pengimbasan Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 15 6/6/11 4:01:30 PM 16
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
peranti | [pe.ran.ti] | ڤرنتي |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
get | gate | Peranti elektronik yang mempunyai satu atau lebih isyarat input dan satu isyarat output. Peranti ini biasanya digunakan di dalam komputer digit dan beroperasi secara digit perduaan. | Menengah Atas |
teleskop | telescope | Peranti optik yang digunakan untuk melihat imej objek yang jauh seperti planet dengan membesarkan sudut penglihatan objek tersebut. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
suis | switch | Peranti yang digunakan untuk melengkapkan atau memutuskan litar. | Menengah Rendah |
satelit | satellite | Peranti yang dilancarkan dari Bumi untuk mengorbit Bumi atau planet lain dalam sistem suria. | Menengah Rendah |
fius | fuse | Peranti yang terdiri daripada wayar logam yang mempunyai takat lebur yang rendah dan dipasang secara bersiri dalam litar. Fius berfungsi untuk melindungi alat elektrik supaya tidak rosak. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
penyambung | connector | Peranti atau alat yang menyambungkan satu komponen kepada komponen yang lain. | Sekolah Rendah |
transistor | transistor | Peranti elektronik yang digunakan sebagai amplifier arus. Ia terdiri daripada bahan semikonduktor jenis-n dan jenis-p, dengan mempunyai tiga terminal yang masing-masing berfungsi sebagai pengumpul, pengeluar dan tapak. | Menengah Atas |
transformer | transformer | Peranti yang meningkat atau menurunkan voltan arus ulang-alik tanpa mengubahkan frekuensinya. Transformer terdiri daripada teras besi jati yang dililit dengan wayar untuk membentuk dua jenis gegelung, iaitu gegelung primer dan gegelung sekunder. Lihat Rajah | Menengah Atas |
diod | diode | Satu peranti elektronik yang mempunyai simpang p-n yang mengalirkan arus dalam satu arah sahaja, dan digunakan sebagai rektifier dalam alat-alat elektronik. | Menengah Atas |
peparu besi | iron lung | Peranti mekanikal yang membolehkan pesakit bernafas apabila otot kawalan yang normal menjadi lumpuh atau sistem pernafasan pesakit terjejas. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata peranti |
|
|