Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PERASAAN HATI

Perasaan hati merupakan keadaan fikiran atau

pandangan hidup seseorang. Perasaan hati

seseorang boleh berubah dari hari ke hari, atau

kadangkala, dari waktu ke waktu.

UMUM
NASIONALISME

Nasionalisme ialah perasaan kekitaan rakyat

sebagai sebuah bangsa. Nasionalisme termasuk

perasaan setia kepada bangsa dan bangga dengan

kebudayaan dan sejarahnya. Dalam politik,

nasionalisme dikaitkan dengan kepercayaan

bahawa kerajaan harus dibentuk berdasarkan

sekumpulan rakyat yang dipanggil bangsa. Para

nasionalis secara umumnya percaya bahawa setiap

kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebuah

bangsa harus mempunyai sebuah negara. Parti-

parti politik nasionalis atau kebangsaan secara

umumnya menekankan hak kebangsaan mereka

untuk merdeka iaitu hak untuk menentukan

kehidupan sendiri.

UMUM
AMBIVALENS

Ambivalens ialah istilah psikiatrik bagi

perasaan atau fikiran yang bercanggah tentang

diri sendiri, orang lain atau sesuatu situasi.

Perasaan ambivalens yang paling biasa termasuk

cinta dan benci, penerimaan dan penolakan, serta

penguasaan dan penyerahan.

UMUM
TANDA SERU

Tanda seru ialah tanda baca yang ditunjukkan

sebagai ! di hujung ayat. Tanda seru menunjukkan

perasaan berhubung dengan apa yang ditulis. Ia

menjadi tanda isyarat kepada pembaca bahawa

sesuatu ayat mengungkapkan perasaan yang

mendalam. Tetapi biasanya ia adalah pengganti yang

lemah bagi teknik penulisan yang sepatutnya

digunakan oleh penulis yang baik untuk menyatakan

emosi yang kuat.

UMUM
TELEPATI

Telepati ialah komunikasi fikiran, perasaan, atau

pengetahuan daripada seseorang kepada seseorang

yang lain tanpa menggunakan sebarang deria biasa

seperti pendengaran, penglihatan, bau, rasa, atau

sentuhan. Kadangkala telepati dikenali sebagai

pembacaan fikiran atau penghantaran fikiran. Telepati

boleh berlaku misalnya jika seseorang memikirkan

sesuatu yang khusus dan orang lain dapat

menyatakan atau menulisnya dengan tepat.

Bagaimanapun, untuk menunjukkan adanya telepati,

perlakuan tadi hendaklah diulang dan tidak boleh

diterangkan dengan cara yang lain.

UMUM
picisanlebih kepada buku picisan untuk meluah perasaanSASTERATokoh
EMOSI

Emosi selalu dikatakan sebagai perasaan

tentang sesuatu atau reaksi sesuatu kejadian

atau pemikiran. Ada emosi yang menyeronokkan

dan ada emosi yang tidak menyenangkan.

UMUM
KETERASINGAN

Keterasingan ialah perasaan terasing dari aspek

tertentu dalam persekitaran hidup seseorang.

UMUM
DISFEMISMEpenggunaan kata atau frasa yang tidak sopan, tidak menyenangkan, mengaibkan atau menyinggung perasaan untuk menggantikan kata atau frasa yang dianggap sopan atau menyenangkan.BAHASAKonsep
PSIKOLOGI TAK NORMAL

Psikologi tak normal ialah bidang kajian

saintifik yang berkaitan dengan kecelaruan

psikologi. Kecelaruan ini menjejaskan perasaan,

pemikiran, pertuturan, dan perilaku manusia.

Bidang ini juga dikenali sebagai psikopatologi.

UMUM
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,