Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berhampar lapik, berlicin daun.

Takrif

Bermuafakat mencari penyelesaian yang baik dengan setulus-tulus hati, tidak ada menyembunyikan perasaan-perasaan yang buruk.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kerana lotong terlalu makan, tupai dijulai timpa perasaan.

Takrif

Orang besar-besar yang bersuka-ria, orang kecil-kecil yang gembira berlebih-lebihan. lotong (lutung) = kera hitam.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kena parang bermata dua.

Takrif

Sangat menyakitkan perasaan hati.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Permaisuri raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan.

Takrif

Orang miskin yang ingin menyamai perbuatan orang kaya-kaya. berurap-urapan = berlumas dengan bau-bauan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Batu bulat tak bersanding.

Takrif

Orang yang tidak mempunyai perasaan takut. sanding = dekat, damping.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan.

Takrif

Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, d. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hati bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang.

Takrif

Orang yang tidak ada perasaan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Yang lahir memperlihatkan yang batin.

Takrif

Perbuatan atau kelakuan menunjukkan sifat atau perasaan yang tersembunyi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mengukur baju di badan sendiri.

Takrif

Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengenakan baju di badan maka sesuai).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mengenakan baju di badan maka sesuai.

Takrif

Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengukur baju di badan sendiri).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,