Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Ejaan perkataan 'sekalung penghargaan'. Atau adakah ejaannya seperti ini: 'Sekalong penghargaan". | Ejaan yang betul ialah "sekalung penghargaan". | Ejaan | 15.10.2014 |
1. Maksud pengiktirafan di tempat kerja dan kaitan dengan penghargaan.sekian, terima kasih. | Penghargaan bermaksud memberi pengiktirafan kepada seseorang berdasarkan sumbangan atau perkhidmatannya. Dalam konteks ini pengiktirafan di tempat kerja adalah penghargaan terhadap sumbangan atau perkhidmatan pekerja. | Lain-lain | 14.12.2009 |
minta bantuan contoh ayat yang tepat dalam sijil penghargaan dan sijil penganugerahan | Penggunaan ayat dalam sijil penghargaan bergantung pada majlis yang dianjurkan. Contohnya untuk majlis penyampaian peraduan esei, ayat yang boleh digunakan ialah: Dewan Bahasa dan Pustaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Nor Khalid Musi kerana terpilih sebagai pemenang tempat pertama Peraduan Mengarang Esei 2009. | Tatabahasa | 14.11.2009 |
Majlis Penghargaan Pengguna Terbaik Bulanan Perpustakaan KBS @ Pengguna Bulanan terbaik | Pengguna Terbaik Bulanan | Tatabahasa | 14.01.2011 |
contoh surat penghargaan dan terima kasih di atas pencalonan | Maklumat yang tuan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Untuk makluman tuan surat-menyurat tertakluk pada peraturan yang ditetapkan oleh jabatan masing-masing dengan berpandukan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43. Untuk melihat penggunaan bahasa dalam surat rasmi, tuan boleh merujuk buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi dan Bahasa dalam Komunikasi yang ditulis oleh Asmah Hj. Omar. | Lain-lain | 19.12.2012 |
Selamat petang. Saya mahu bertanya, kalau penghargaan macam ini. Apakah tanda baca yang sesuai? Sekalung penghargaan juga ditujukan khusus kepada semua pihak yang berikut atas sumbangan yang telah diberikan sehingga buku ini dapat diterbitkan. - Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Kementerian Pengangkutan Malaysia - Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia - Semua pihak yang terlibat dalam proses penebitan buku ini Jadi, perlu letak apa2 tanda baca tak selepas JKJR, Bahagia BUku teks dan semua pihak yang terlibat itu? | Dicadangkan supaya ditulis seperti ini: Sekalung penghargaan juga ditujukan khusus kepada Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia dan semua pihak yang terlibat kerana sumbangan yang telah diberikan sehingga buku ini dapat diterbitkan. | Lain-lain | 02.09.2015 |
anugerah penghargaan keberanian. Adakah ianya kata nama khas atau umum? terima kasih | Anugerah penghargaan keberanian boleh dikategorikan sebagai kata nama khas dan juga kata nama umum. | Tatabahasa | 04.12.2014 |
mohon dapat ulasan berkaitan ayat berikut untuk di plak penghargaan. DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA DALAM MENJAYAKAN TUGAS PENGUATKUASAAN TAHUN 2016 | Penggunaan ayat tersebut adalah betul dari segi tatabahasa. | Tatabahasa | 24.11.2016 |
Susun atur kedudukan tandatangan dalam sijil penghargaan di antara Ketua Setiausaha dan Menteri. | Untuk maklumat tentang susur atur kekananan bagi tandatangan di sijil penghargaan di antara Ketua Setiausaha dan Menteri puan boleh menghubungi Jabatan Perdana Menteri untuk maklumat yang lebih lanjut. | Lain-lain | 26.09.2016 |
Assalamualaikum Bole kah saya mendapatkan contoh surat ucapan terima kasih atau contoh surat Penghargaan. sekian terima kasih zaidi jpb kel | Untuk makluman saudara, penggunaan ayat dalam surat ucapan terima kasih atau surat penghargaan bergantung pada majlis yang dianjurkan. Contohnya untuk majlis gotong-royong, ayat yang boleh digunakan ialah: Dewan Bahasa dan Pustaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Saudara Zaidi Abu Bakar kerana telah menyumbangkan khidmat bakti dalam menjayakan Majlis Gotong-Royong yang telah diadakan pada 2 Februari 2010. | Lain-lain | 11.02.2010 |