Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Sungguh elok merendang melukut, Rendang melukut rapat bajinya; Sungguh elok orang penakut, Orang penakut cepat larinya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Yang pelaut disuruh berenang. Mencari todak berserta kepiting; Orang penakut disuruh berperang, Tahi berserak mencurah kencing.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sifat perahu berpantang hanyut, Bila hanyut tentulah larat; Adat Melayu berpantang takut, Bila penakut tentulah lumat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sukalah hati memakai pedang, Kalau dicabut musuh pun lari; Sukalah hati misai melintang, Walaupun penakut disangka berani.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
1
Tesaurus
 
takut (kata kerja)
1. Bersinonim dengan gentar: gementar, gerun, kecut hati, ngeri, seram, seriau, gamang, gayat,
Berantonim dengan berani

2. Bersinonim dengan bimbang: risau, khuatir, cemas, cuak, resah, gelisah, tidak sedap hati,
Berantonim dengan senang hati

3. Bersinonim dengan tidak berani: tidak sanggup, cabar hati, tawar hati, kecut hati, kimput, kia, keder,
Berantonim dengan berani

Kata Terbitan : takut-takut, menakuti, menakut-nakuti, mempertakuti, mempertakut-takuti, menakutkan, ketakutan, penakut,