Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
risau, = ~ hati (berasa) susah hati kerana sesuatu hal yg mengganggu fikiran dll; gelisah; runsing: Orang Inggeris sangatlah ~ kerana perang saudara di negeri Perak itu mengganggu perniagaan mereka. merisaukan 1 menimbulkan rasa risau; menyusahkan hati; menggelisahkan: Kematian bapanya secara mengejut itu ~nya. 2 berasa risau akan (ttg) sesuatu: Apakah yg dirisaukan? risauan sesuatu yg merisaukan atau yg dirisaukan. kerisauan keadaan atau perasaan risau; kegelisahan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
risau hati(berasa) susah hati kerana sesuatu hal yg mengganggu fikiran dll; gelisah; runsing: Orang Inggeris sangatlah ~ kerana perang saudara di negeri Perak itu mengganggu perniagaan mereka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
risau hatirusuh hati, cemas, gelisah: jangan ~ dan bimbang;Kamus Dewan Edisi Keempat
risau Ijahat perangai (suka berbuat honar dll); orang ~ orang yg jahat; merisau hidup tanpa aturan, hidup liar, ber­keliaran, bertualang: iaitu asalnya juak Yang Dipertuan Muda jua, kemudian pergi meninggalkan dia lalu pergi merisau-risau mengikut raja lanun itu; perisau orang risau, orang jahat (buruk pe­rangai atau kelakuannya).Kamus Dewan Edisi Keempat
risau II1. = ~ hati rusuh hati, cemas, gelisah: jangan ~ dan bimbang; jangan-jangan me-reka ~ saya lambat balik ni; 2. huru-hara, tidak aman, gaduh, kacau, ribut, rusuh: pem­ba­ngunan negara tidak dapat berjalan lancar selagi masih ada ~ dan kacau; merisaukan 1. mengacau (keamanan, ke­tenangan, dll), mengganggu (ketenteraman); 2. menyebabkan risau, mengacaukan (hati), mencemaskan, menggelisahkan, merusuhkan (hati, fikiran): beberapa kejadian yg ~ hati; ia semakin ~ orang-orang yg mendengar kata-katanya; 3. berasa risau (cemas, gelisah) tentang sesuatu: apa yg dirisaukan tentang perkara ini. Saya boleh bereskan; dia tidak bimbang dan tidak pula ~ masa depan; risauan sesuatu yg merisaukan, gangguan (keamanan dll); kerisauan perihal risau, kekacauan, ke­ru­suhan (hati), kecemasan, kegelisahan: per­kara yg mengenai diri sendiri boleh menjadi punca ~ fikiran kita; perisau 1. orang yg selalu risau, pencemas, perusuh; 2. pengacau, pengganggu (keamanan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
merisaukan1 menimbulkan rasa risau; menyusahkan hati; menggelisahkan: Kematian bapanya secara mengejut itu ~nya. 2 berasa risau akan (ttg) sesuatu: Apakah yg dirisaukan?Kamus Pelajar Edisi Kedua
merisaukan1. mengacau (keamanan, ke­tenangan, dll), mengganggu (ketenteraman); 2. menyebabkan risau, mengacaukan (hati), mencemaskan, menggelisahkan, merusuhkan (hati, fikiran): beberapa kejadian yg ~ hati; ia semakin ~ orang-orang yg mendengar kata-katanya; 3. berasa risau (cemas, gelisah) tentang sesuatu: apa yg dirisaukan tentang perkara ini. Saya boleh bereskan; dia tidak bimbang dan tidak pula ~ masa depan;Kamus Dewan Edisi Keempat
bimbangberasa gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu atau takut sesuatu yg tidak diingini berlaku, khuatir, risau: perasaan ~nya itu akhirnya bertukar menjadi perasaan takut pula; seluruh keluarganya ~ apabila dia tidak pulang-pulang; tak usah ~, gula di dlm mulut, bila hendak telan, telan prb apa yg dikhuatirkan lagi, benda itu sudah dlm milik kita; berbimbang; ~ hati berasa bimbang (khuatir, risau); membimbangkan menimbulkan rasa bimbang (khuatir, risau), mengkhuatirkan, merisaukan: ugutan perempuan itu ~ hatinya; pandangannya itu ~ Hilmi;kebimbangan perihal bimbang (khuatir, risau), kekhuatiran, kerisauan: setelah kejadian itu, dia tetap dlm ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
orang risauorang yg jahat;Kamus Dewan Edisi Keempat
kerisauanperihal risau, kekacauan, ke­ru­suhan (hati), kecemasan, kegelisahan: per­kara yg mengenai diri sendiri boleh menjadi punca ~ fikiran kita;Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
 
risau (adjektif)
Bersinonim dengan bimbang, runsing, khuatir, gelisah, resah, cemas, cuak, rimas, saru, susah hati, gelabah, rusuh hati, pusang hati, bingung, buncah, kacau;,
Kata Terbitan : merisaukan, kerisauan,

Puisi
 

Pucuk belinjau si daun seranti,
     Sayang kembang pasang pagi;
Hati risau tidak terperi,
     Kekasih tidak mengenang budi.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
415

Don't make a mountain out of a molehill

Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius).

Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain.

''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Don't make a mountain out of a molehill. You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said.

''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik. ''Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...