Kata |
Takrif |
Sumber |
resah | tidak tenang hati, rusuh hati, gelisah, gugup: ia kelihatan ~ dan serba salah; mereka telah ~ menanti; ~ gelisah resah; beresah, beresah-resah berada dlm keadaan resah, berusuh hati: sejak petang tadi ia beresah-resah sendirian di katilnya; meresah menjadi resah: sebentar kemudian ia ~ lagi; meresahkan menyebabkan resah: panas yg ~ badan; keresahan 1. perihal (keadaan) resah: senang dan tenang ayunan langkahnya bagaikan tidak ada suatu ~ menekan benaknya; 2. mengalami resah: teruk betulkah? Karim ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
resah | tidak tenang hati kerana sesuatu kejadian dll; gelisah; risau; gugup: Oleh sebab bapanya belum juga pulang, dia kelihatan ~ dan serba salah. meresahkan menyebabkan berasa resah: Peristiwa itu telah ~nya. keresahan keadaan resah; perasaan resah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keresahan | keadaan resah; perasaan resah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keresahan | keadaan resah; perasaan resah. | Kamus Pelajar |
resah | tidak tenang hati kerana sesuatu kejadian dll; gelisah; risau; gugup: Oleh sebab bapanya belum juga pulang dia kelihatan ~ dan serba salah. meresahkan menyebabkan berasa resah: Peristiwa itu telah ~nya. keresahan keadaan resah; perasaan resah. | Kamus Pelajar |
beresah-resah | berada dlm keadaan resah, berusuh hati: sejak petang tadi ia beresah-resah sendirian di katilnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beresah | , beresah-resah berada dlm keadaan resah, berusuh hati: sejak petang tadi ia beresah-resah sendirian di katilnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
resah gelisah | sangat gelisah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keresahan | 1. perihal (keadaan) resah: senang dan tenang ayunan langkahnya bagaikan tidak ada suatu ~ menekan benaknya; 2. mengalami resah: teruk betulkah? Karim ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelabah | ark sedih, susah hati, gelisah, tidak tentu arah;menggelabah berada dlm keadaan tidak tentu arah, berasa resah gelisah: ramai yg ~ menunggu arahan utk membayar cukai yg telah ditentukan;kegelabahan keadaan tidak tentu arah, keadaan resah gelisah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
fidgety | adj resah, gelisah; become ~, /naik, menjadi/ /resah, gelisah/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hot | ~ and bothered, gelisah, resah: theres no need to get all ~ and bothered over such a small matter, tdk perlu resah ttg perkara yg sebegitu kecil; ~ bath, mandi air panas; ~ favourite, pilihan ramai; be ~ on st, (colloq) a. be interested in st, minat sst: shes ~ on rock music, dia minat muzik rock; b. be good at st, bagus dlm sst: shes ~ on maths, dia bagus dlm matematik; ~ tip, panduan yg tepat; /be in, get into/ ~ water, (colloq) mendapat susah: youll get into ~water if youre late again, kamu akan mendapat susah jika kamu datang lambat lagi; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fidget | n 1. (often in pl) state of restlessness, keresahan, kegelisahan; be in a ~, have the ~s, resah, gelisah; get the ~s, menjadi /gelisah, resah/; give so. the ~s, /meresahkan, menggelisahkan/ sso; 2. person who fidgets, (orang yg) /resah, gelisah/: what a ~ you are!, resahnya kamu ini!; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bundle | (be) a ~ of nerves, resah gelisah, kelesah; go a ~ on, (sl) suka: to go a ~ on horror movies, suka cerita-cerita seram; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
edgy | adj nervous, gelisah, resah, kelesah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ant | n semut: ~s nest, sarang semut; white ~, anai-anai; have ~s in os pants, (sl) resah gelisah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
flap | 3. (of aeroplane wing) kepak: the pilot lowered the ~s in preparation to land, juruterbang menurunkan kepak-kepak utk mula mendarat; 4. movement or sound of flapping, kibasan; (of wings) kibasan, kelepak; (repeated of sails) kelepak-kelepuk; be in a ~, gelabah, gelisah, resah; get into a ~, naik /gelabah, gelisah, resah/; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
agitated | adj 1. aroused, naik /rangsang, berangsang/: the crowd became ~ at the referees decision, para penonton naik berangsang dgn keputusan pengadil; 2. upset, a. (of person) terganggu fikiran, gelisah, resah; b. (of mind) terganggu, runsing; c. (of feelings) terganggu; d. (of voice) tdk tenang. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
flap | vi 1. flutter, berkibas-kibas; (of flag) berkibar-kibar, berkibaran: the flags ~ped in the wind, bendera itu berkibaran ditiup angin; 2. fly with flapping wings, terbang (dgn mengibas-ngibaskan sayap): we heard a hornbill ~ping through the forest, kami terdengar bunyi burung enggang terbang melalui hutan; 3. (colloq) become flustered, naik /gelabah, gelisah, resah/; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
edge | give so. the ~ of os tongue, /meleteri, memarahi/ sso: his mother gave him the ~ of her tongue when he came home late, ibunya meleterinya apabila dia pulang lambat; have the ~ on so., (colloq) mempunyai kelebihan yg mengatasi (sso): the Malaysian team has the ~ on their opponents, pasukan Malaysia mempunyai kelebihan yg mengatasi lawannya; be on ~, gelisah, resah, kelesah: he is always on ~ when he is waiting for the results to be announced, dia selalu gelisah apabila menunggu keputusan diumumkan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
fidgety | resah gelisah | Kejururawatan | Tiada | Keadaan gelisah dan terkinja-kinja yang biasanya menimpa pesakit psikiatri. |
anxiety | resah | Kejururawatan | Tiada | Perasaan ketidaktentuan dan ketakutan tanpa sebab, yang dicirikan oleh perubahan fisiologi seperti takikardia, berpeluh dan tremor. |
restless | gelisah | Kejururawatan | Tiada | Rasa resah dan tidak tenteram yang dialami seseorang. |
functional dyspnea | dispnea fungsi | Kejururawatan | Tiada | Kesukaran pernafasan yang memerlukan penggunaan tenaga yang berlebihan kerana aktiviti fizikal atau resah. |
emotive language | bahasa emotif | Kesusasteraan | Tiada | Bahasa yang mengandungi unsur-unsur imageri, simbolik makna tersirat dan lain-lain. Bahasa emotif bertujuan untuk menimbulkan kesan atau tindak balas emosi kepada pembaca. Selain menyampaikan sesuatu idea, bahasa emotif juga memperlihatkan seni keindahan dan kehalusan bahasa. Bahasa emotif yang baik mampu menjadikan pembaca berasa terharu, sedih, gembira, takut, resah, bersemangat, dan sebagainya. Umumnya, bahasa emotif menjadi gaya bahasa utama dan penulisan kreatif (puisi, novel) berbanding dengan penulisan yang bersifat denotatif. |
dramatic lyric | lirik dramatik | Kesusasteraan | Puisi | Ujaran yang dilahirkan oleh watak dalam puisi yang dicipta. Citra yang dituturkan berkemungkinan berhubungan dengan diri seseorang, sewaktu menghadapi sesuatu suasana atau fenomena. Contohnya, puisi "Aku Nelayan" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. aku nelayan warisan perahu rakit pukat jala milik orang segala-galanya harta kami tenaga Iara, aku nelayan di jurang resah keluarga tanpa matahari esok ke mana? tak siapa bertanya dari sebak hati |
existentialism | eksistensialisme | Kesusasteraan | Tiada | Fahaman bercorak falsafah atau keagamaan. Fahaman ini menekankan kewujudan dan pembentukan diri manusia, berkaitan dengan sifatnya, tempat dan fungsinya dalam dunia, serta hubungannya dengan Tuhan. Fahaman ini dikembangkan dalam agama dan falsafah, namun unsur-unsurnya banyak meresap ke dalam kesusasteraan. Fahaman ini dimulakan oleh Soren Kierkegaard (1813-55) melalui karyanya Fear and Trembling (1843), The Concept of Dread (1844) dan Sickness Unto Death (1848). Kierkegaard cuba menangani masalah keresahan manusia dengan menampilkan idea bahawa kewujudan menerusi Tuhan dan dalam Tuhan boleh membawa kelegaan, bukannya keresahan dan kekecewaan. Oleh itu, manusia dapat mencapai ketenangan fikiran dan rohani. Idea ini berterusan dalampemikiran Kristian hingga abad ke-20. Pendukung utama eksistensialisme Kristian ialah Gabriel Marcel, seorang ahli falsafah dan dramatis yang dikatakan memperkenalkan fahaman eksistensialisme ke dalam falsafah Perancis. Pemikiran eksistensialisme selepas Kierkegaard dikembangkan pada awal abad ke-20 oleh ahli falsafah Jerman, iaitu Martin Heidegger dan Jaspers. Umumnya, pemikiran mereka dianggap punca berlakunya eksistensialisme ateistik. Suatu unsur penting dalam eksistensialisme ialah idea yang menyatakan bahawa kewujudan mendahului dan mengatasi esensi atau inti pati diri. Amat diyakini bahawa manusia hidup berdasarkan kewujudannya dan membentuk dirinya sendiri dengan memilih apa yang dilakukan, dan apa yang tidak dilakukan. Jean-Paul Sartre dari Perancis merupakan pengasas eksistensialisme moden. Ajaran beliau yang disampaikan menerusi novel, drama, dan penulisan falsafah merupakan jenis eksistensialisme yang amat berpengaruh. Menurut Sartre, manusia dilahirkan dengan kekosongan. Manusia bebas untuk tinggal dalam kekosongan itu dan menghayati makna kewujudan yang pasif, yakni dalam keadaan separuh sedar tentang dirinya. Sebaliknya, manusia juga boleh keluar daripada keadaan ini. Manusia menjadi lebih sedar akan dirinya, tetapi mungkin mengalami keperitan metafizik dan moral. Pengalaman ini akan menyedarkan manusia tentang sifat absurd pada kewujudannya, justeru mereka berasa resah dan hampa. Namun, tenaga yang dihasilkan oleh kesedaran ini membolehkan manusia mengheret dirinya keluar daripada lumpur. Pada masa inilah, kehidupan mereka benar-benar bermula dan manusia menjadi lebih tulen. Dengan menggunakan kuasa memilih, manusia dapat memaknakan kewujudannya, dunia persekitarannya serta bertanggungjawab ke atasnya. Contoh karya eksistensialisme dalam kesusasteraan Barat ialah The Stranger oleh Albert Camus dan Nausea oleh Sartre. Contoh karya sastera daripada alam Melayu ditemui dalam novel Kering Iwan Simatupang. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
resah | gelisah [glisah] | Melanau Dalat | |
resah | galisah. | kedayan | |
berihen | resah | TETAW | |
beda-bedeh | resah-gelisah, gundah-gulana. | Melanau Mukah | |
kesah II | ~ kilah ka resah gelisah. | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
pulai Ib | pulang. | Ke mana perginya apaimu, Icut? Ndak pulai-pulai lagi. Umbai berasa semakin resah. Kepulangan lakinya mula diragukannya. Entah pulang entah tidak lakinya itu. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
aman Kd, Mr | sapaan hormat untuk lelaki yang lebih tua. | Ya, sahut Mogan bangga "Jangan resah Aman, saya selalu pandu Land Cruiser ke Nabawan, Dalit, Kelampun dan Batu Lunguyan," kata Mogan cuba meyakini Encik Safuan. | Pelangi Selepas Hujan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Thai 2.indb ก mengerdipkan, me ngedipkan, mengelipkan ขยี้ [kayi :] ก 1 (ก ้ นบุหรี่ ) mengerenyet 2 (ตา) menggonyoh 3 (กองท ั พ) menghan- curkan, memecahkan, memusnahkan ขยุกขยิก [kayukkayi k] ก resah: เด็กคนน ั ้ นน ั ่ งขยุกขยิกที่ เก ้ าอี้ Budak itu duduk resah di kerusinya. ขยุกขยุย [kayukkayuy] ว kusut ขยุ ้ ม [kayum] ก mencekuh: เด็ก ๆ เหล ่ าน ั ้ นกำล ั งขยุ ้ มข ้ าวในหม ้ อ Kanak-kanak
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
resah | [re.sah] | رسه |
beresah-resah | [be.re.sah.re.sah] | برسه - رسه |
|
Tesaurus |
---|
| resah (adjektif) | Bersinonim dengan gelisah, cemas, risau, bimbang, tidak senang, renyah, kelesah, rusuh hati;, | | Kata Terbitan : meresahkan, keresahan, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau menarah batang jati, Batang kenanga dikapak juga; Alangkah resah rasanya hati, Sudah lama tak nampak muka.
Lihat selanjutnya... |
|