Kata |
Takrif |
Sumber |
berenyah-renyah | 1. bersusah(-susah), bersusah payah, bersibuk-sibuk: saya orang tua, tentulah tidak dapat berenyah-renyah spt orang muda; 2. = merenyah membuat (mengerjakan) sesuatu dgn teliti (saksama). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berenyah | , berenyah-renyah 1. bersusah(-susah), bersusah payah, bersibuk-sibuk: saya orang tua, tentulah tidak dapat berenyah-renyah spt orang muda; 2. = merenyah membuat (mengerjakan) sesuatu dgn teliti (saksama). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renyah I | leceh, rumit, susah (kerana memerlukan tenaga, benda, dll yg banyak): antara ketupat dgn lemang, maka lemang lebih menyelerakan tetapi amat ~ mengerjakannya; berenyah, berenyah-renyah 1. bersusah(-susah), bersusah payah, bersibuk-sibuk: saya orang tua, tentulah tidak dapat berenyah-renyah spt orang muda; 2. = merenyah membuat (mengerjakan) sesuatu dgn teliti (saksama). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renyah III | ; berenyah bersusah-susah; bersibuk-sibuk: Orang tua tentulah tidak dpt ~ spt orang muda. merenyah membuat sesuatu dgn teliti atau dgn saksama. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
renyah II | leceh; rumit; susah: Lemang lebih sedap drpd ketupat, tetapi ~ membuatnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
renyah I | tidak senang hati; gelisah; risau: Ia berasa sangat ~ kerana anaknya belum pulang lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
renyah III | Jk keras tetapi senang menghancurkannya (mentimun dll), rapuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renyah II | tidak senang, gelisah, risau, was-was: ia berasa sangat ~; merenyahkan menggelisahkan (merisaukan dll): apa yg hendak direnyahkan, beras ada dan wang pun banyak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renyah III; berenyah | bersusah-susah; bersibuk-sibuk: Orang tua tentulah tidak dpt ~ spt orang muda. merenyah membuat sesuatu dgn teliti atau dgn saksama. | Kamus Pelajar |
renyah II | leceh; rumit; susah: Lemang lebih sedap drpd ketupat, tetapi ~ membuatnya. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
fiddly | adj renyah: crabs taste nice but are ~ to eat, ketam sedap, tetapi renyah apabila hendak dimakan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
finicky, finicking | adj 1. fussy, cerewet: he is ~ about his food, dia cerewet ttg makanannya; 2. full of trivial detail, renyah, leceh: the work is too ~ for my liking, kerja itu terlalu renyah dan menyebabkan saya tdk suka membuatnya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
renyah | [re.nyah] | رڽه |
berenyah-renyah | [be.re.nyah.re.nyah] | برڽه- رڽه |
|
|