Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Minta tanya 1) ... kesan-kesan merokok (kepada/terhadap) pelajar... 2) ... membeli (dengan/pada) harga yang rendah... 3) ... dia bertindak demikian oleh sebab tidak mempunyai wang yang cukup...1) ... kesan-kesan merokok terhadap pelajar...
2) ... membeli dengan harga yang rendah...
3) ... dia bertindak demikian kerana tidak mempunyai wang yang cukup...
Tatabahasa25.09.2013
kesan-kesan liberal islam

Saudara Amiza,

Jawapan bagi pertanyaan seperti ini memerlukan kajian dan rujukan kepustakaan. Sila buat penyelidikan dan rujukan di perpustakaan atau pusat sumber di tempat saudara. 

Lain-lain12.03.2010
bolehkah ayat dalam karangan dimulai dengan ' antara'. cth: Antara kesan - kesan pencemaran....Bolehkan ayat dimulai dengan 'namun'. Cth: Namun, banyak pihak yang tidak mengendahkan...Ayat boleh dimulai dengan perkataan antara, contohnya 'Antara tempat yang boleh dilawati di Sabah termasuklah ...'; dan kata namun boleh digunakan pada permulaan ayat sebagai menyambung wacana sebelumnya untuk menunjukkan perkaitan cerita dengan wacana seterusnya.Tatabahasa20.01.2011
Apakah maksud khalifah? Apakah tugas manusia sebagai khalifah? Apakah kesan-kesan meninggalkan tugas sebagai khalifah?Khalifah bermaksud pengganti (kpd. Nabi Muhammad SAW),(gelaran) ketua agama dan raja di negara Islam Untuk menjawab soalan seterusnya saudara bolehlah membaca buku-buku tentang perkara ini yang terdapat di pasaran.  Makna19.09.2008
Tuan, objek abstrak boleh digandakankah? Contoh: 1. ciri-ciri 2. contoh-contoh 3. kesan-kesan 4. kepentingan-kepentingan 5. faedah-faedah 6. aktiviti-aktiviti/kegiatan-kegiatan 7. perasaan-perasaan 8. pandangan-pandanganTidak perlu digandakan perkataan tersebut, tunggal atau jamak boleh ditentukan berdasarkan konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa11.05.2014
Saya ingin mendapatkan terjemahan yang sesuai untuk istilah berikut: >> a) counter-cyclical measures - mengurangkan atau meneutralkan kesan-kesan anti-sosial kitaran ekonomi, termasuk menggalakkan perbelanjaan ketika kegawatan, dan mengetatkan kredit semasa tempoh inflasi. b) volatility - menerangkan keadaan pasaran komoditi dunia / pasaran saham yang tidak menentu (turun naik dalam harga/indeks) - adakah terdapat pilihan selain perkataan "turun naik"? Terima kasih.Cadangan kami, (a) counter-cyclical measures = langkah-langkah tindak balas kitaran ekonomi (b) volatility = ketaktentuan.Penyemakan dan penterjemahan21.09.2015
Apakah rujukan atau bibliografi mengenai asal usul bahasa melayu yang boleh sy rujuk utk dimasukkan dalam pendahuluan esei saya 'kesan kesan pengunaan bahasa singkatan dalam media sosial terhadap bahasa melayu pada masa hadapan'Antara bahan yang puan rujuki ialah  Bahasa Melayu abad ke-16 Asmah Haji Omar Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1991;  Bahasa Melayu An Introduction To Malay Language And Culture Siti Rosnah Haji Ahmad Golden Book Centre Sdn. Bhd. 2001; Bahasa Melayu bahasa dunia: sejarah singkat Collins, James T Yayasan Obor Indonesia 2005 .; Bahasa Melayu Sedekat Lalu Prof.Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim Dewan Bahasa dan Pustaka 2004.Lain-lain13.08.2014
Sekiranya status semakan banting adalah 'Tidak lulus' adakah proses pembaharuan banting tidak dapat dilakukan? Adakah pihak berkuasa tempatan akan mengenakan tindakan sekiranya melihat banting yang tidak mendapat kelulusan dari pihak DBP? Dan apakah kesan - kesan lain dari status penyemakan in?Untuk makluman tuan, DBP menyemak penggunaan bahasa dalam paparan iklan, manakala yang meluluskan atau yang mengeluarkan lessen ialah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan. Oleh itu, jika berlaku situasi yang tuan nyatakan, pihak PBT yang berkenaan akan mengambil tindakan berdasarkan bidang kuasa yang diperuntukkan.Lain-lain06.06.2013
Semakan ayat kesan negatif lain ialah ... @ kesan negatif yang lain ialahFrasa yang betul ialah kesan negatif yang lain ialah... .Tatabahasa14.12.2014
Apakah perbezaan maksud perkataan kesan dengan pengaruh?Menurut Kamus Dewan Edisi Kempat, kesan mempunyai pelbagai maksud, yang salah satu daripadanya bermaksud pengaruh (pada pemikiran, sikap, watak, dsb) yang timbul akibat daripada menyaksikan (mendengar atau membaca) sesuatu, efek: ~nya terlalu buruk, manusia tidak mempunyai kepercayaan lagi terhadap diri sendiri; puisi dapat memberikan ~ yang mendalam kepada pembaca; ~ balas kegiatan (perbuatan dll) yang timbul kerana didorong oleh sesuatu perbuatan (peristiwa) lain, reaksi, tindak balas; ~ gelombang bekas (jejak) gelombang; ~-~ kilat kesan-kesan sepintas lalu; ~ sampingan kesan yang turut timbul selain daripada kesan utama yang dikehendaki atau yang telah dijangkakan.

Pengaruh pula bermaksud kuasa yang terbit daripada orang (benda dll) atas orang (benda dll) lain, kekuatan batin (ghaib dll) yang meninggalkan kesan kepada orang (lain) dll:
ia masih memikirkan tentang ~ wang kepada seluruh manusia dan seluruh dunia.

 

Makna03.04.2017
Tesaurus
 
kesan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tanda: bekas, jejak, cap, denai, tapak, tompok, surih, parut, tikas,

2. Bersinonim dengan akibat: hasil, padah, ekoran, kebaikan, keburukan, efek,

3. Bersinonim dengan pengaruh: akibat, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berkesan, keberkesanan, mengesan, mengesani, mengesankan, terkesan, pengesanan, pengesan,