Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti pipit menelan jagung.

Takrif

Hendak meniru orang besar-besar atau orang kaya-kaya, akhirnya susah sendiri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tiang pandak hendak menyamai tiang panjang.

Takrif

Hendak meniru-niru orang besar-besar atau orang kaya-kaya, akhirnya diri sendiri yang binasa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Permaisuri raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan.

Takrif

Orang miskin yang ingin menyamai perbuatan orang kaya-kaya. berurap-urapan = berlumas dengan bau-bauan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Untut bertambah kulitnya.

Takrif

Orang kaya bertambah kaya (kerana keuntungan baru).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Yang ombak itu ombak juga, yang air itu air juga.

Takrif

Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Busut juga ditimbun oleh anai-anai.

Takrif

Orang kaya juga yang bertambah kaya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah (= mulia) bertabur urai, hendak berani berlawan ramai.

Takrif

Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai.

Takrif

Jimat dan cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Orang kaya suka dimakan, orang elok (= muda) selendang dunia.

Takrif

Orang hartawan yang selalu terbuka tangannya membantu orang yang melarat, orang muda perhiasan dunia (untuk puji-pujian).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang.

Takrif

Hendaklah berusaha sendiri untuk mencapai kemuliaan dalam hidup, jangan mengharapkan sangat kepada bantuan orang. emas pembawa = harta pemberian.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Puisi
 

Pisang raya samanya raya,
     Pisang kulilit masak di hujung;
Tuan kaya samalah kaya,
     Kami miskin mencari untung.



Lihat selanjutnya...