Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Ensiklopedia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v2.0Kamus SainsKamus Teknologi MaklumatKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
melimpah-limpahki terlalu banyak hingga berlebih-lebih atau tidak termuat, banyak sekali: dlm pertengahan kedua abad ke-18, bangsa asing telah datang melimpah-limpah ke Tanah Melayu;Kamus Dewan Edisi Keempat
melimpah1. tumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu penuh (cecair dll): darah pun spt sebak penuh ~ di dlm kota Singapura itu; 2. = melimpah-limpah ki terlalu banyak hingga berlebih-lebih atau tidak termuat, banyak sekali: dlm pertengahan kedua abad ke-18, bangsa asing telah datang melimpah-limpah ke Tanah Melayu; 3. ki turun kpd, datang kpd, diwarisi oleh anak (tentang perangai dll): hanya sisa-sisanya yg jatuh ke tangan orang kita, ~ ke negeri kita ini;Kamus Dewan Edisi Keempat
lewah/léwah/ 1 terlalu banyak sehingga berlebihan; melimpah-limpah. 2 lebih drpd yg sepatutnya; tidak diperlukan kerana yg ada sudah memadai; berlebih-lebih sehingga dpt dianggap membazir (ttg perkataan yg digunakan dsb). kelewahan keadaan atau hal lewah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menggelogok1. menggelegak; 2. minum banyak-banyak dan terus masuk ke kerongkong hingga berbunyi, menggogok; 3. melimpah, tertuang banyak-banyak (melimpah-limpah).Kamus Dewan Edisi Keempat
gelogok I; menggelogok 1. menggelegak; 2. minum banyak-banyak dan terus masuk ke kerongkong hingga berbunyi, menggogok; 3. melimpah, tertuang banyak-banyak (melimpah-limpah).Kamus Dewan Edisi Keempat
melimpah1 tumpah keluar kerana terlalu penuh (bkn benda cair): Air ~ kerana kolah itu sudah terlalu penuh. 2 = melimpah-limpah terlalu banyak hingga berlebih-lebih.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menimbuni1. menimbus (lubang dll), menam­bak, melonggokkan (tanah), mena­nam (mayat dll): mereka menggali lubang dan ~ lubang utk menyudahkan rancangan kerja raya; 2. menjadi bertimbun (banyak), membukitkan, melimpah-limpah: ketaman padi telah dilonggokkan ~ macam busut di atas sebidang tikar; aku makin merasa cintaku ~ dan memuncak; 3. gemuk (bkn daging), tambun;Kamus Dewan Edisi Keempat
mandi I1. = bermandi mencuci (membasuh) tubuh dgn air: badan engkau kotor, pergilah ~ dahulu; 2. berenang-renang di laut utk bersuka-suka: banyak orang yg pergi ke Port Dickson utk ~ di laut; pakaian ~ baju atau seluar utk berenang; 3. ki dipenuhi (peluh dll), mempunyai melimpah-limpah (wang dll): badannya ~ peluh; baginda sentiasa ~ air mata; orang kampung pd masa itu ~ wang; ~ air perantan Sr sj upacara mandi beradat dlm istiadat perkahwinan; ~ angin a) sentiasa kena angin; b) menyembur dgn kuasa angin (air, cat, dll); ~ bakal (gubah, kubat) mem­basuh mayat yg baru sahaja meninggal; ~ balai mandi utk menghalau hantu; ~ basuh lantai upacara mandi 40 hari selepas bersalin; ~ bunga mandi dgn air yg dicampurkan dgn pelbagai jenis bunga dan dijampi, yg dipercayai dapat mengubati sesuatu penyakit atau dapat menolong anak dara yg sudah lanjut usia men­dapat jodohnya; ~ bunting (wiladah) upacara mandi sewaktu hamil tujuh bulan; ~ damai = ~ suatu mempelai upacara mandi utk kedua­dua pengantin sesudah selesai nikah dan ber­damai-damai; ~ darah a) berlumuran darah; b) pertumpahan darah (sewaktu berlaku per­kelahian dll); ~ embun membiarkan diri kena embun; ~ haid mandi sesudah datang bulan (perempuan); ~ junub (janabat, hadas luas) mandi utk bersuci diri (selepas bersetubuh, haid, nifas dsb); ~ kerbau ki mandi dgn tidak membersihkan badan; ~ lenggang perut upacara mandi semasa hamil tujuh bulan, me­lenggang perut; ~ lulur rawatan tradisional utk membersihkan badan dan menghaluskan kulit dgn melumurkan lulur pd badan; ~-manda bermacam-macam cara (upacara) mandi; ~ mayat membasuh mayat dgn air; ~ nifas mandi selepas berhenti nifas; ~ ombak basah kena ombak; ~ pelimau sj upacara mandi utk kedua-dua pengantin sesudah bersanding; ~ peluh basah dgn peluh; ~ safar upacara mandi utk menolak bala (pd hari Rabu yg terakhir dlm bulan Safar tetapi sudah tidak diamalkan lagi kerana amalan ini berten­tangan dgn hukum Islam); ~ sampat Pr, Ph upacara mandi utk kedua-dua mempelai pd hari ketiga sesudah nikah; ~ sudah membasuh mayat kali yg terakhir (ketika hendak dika­fan); ~ tian upacara mandi sesudah hamil tujuh bulan; ~ wajib mandi utk bersuci drpd hadas besar; ~ wap mandi dgn mengewapi seluruh badan di dlm kebuk atau bilik yg dipenuhi wap utk menyegarkan badan dsb; bagai ~ dlm cupak prb sesuatu (pertolongan dll) yg tidak mencukupi; alang-alang (mati-mati) ~ biar basah prb kalau membuat sesuatu biarlah sampai selesai, jangan berhenti separuh jalan; bermandikan penuh dgn; ~ cahaya penuh dgn cahaya (terang-bende­rang); ~ wang mempunyai wang yg banyak; memandikan 1. membersihkan tubuh sese-orang (sesuatu) dgn air, memberi mandi: Aminah sedang sibuk ~ anak-anaknya; 2. mencuci (mayat) dgn air: jika hamba mati, tuan ham-balah ~ hamba; 3. mencelupkan (menye­lamkan sesuatu ke dlm barang cair); 4. ki banyak mendapat (menerima) sesuatu, men­curahkan (dlm erti ki): anak-anak ini mahu dimandikan dgn kasih sayang ibunya; di-mandikan dgn air segeluk prb diberi perto­longan (puji-pujian) yg tidak bererti; mempermandikan 1. sl memandikan (dgn); 2. Id menyiram dgn air suci (sewaktu memeluk agama Kristian), membaptiskan; permandian 1. tempat mandi; 2. Id upacara mempermandikan, pembaptisan; pemandi orang yg memandikan: yg makruh-nya, menyentuh tubuh badan si mati (mayat) oleh orang yg bukan ~nya kerana badan si mati itu adalah aurat kpd orang yg hidup.Kamus Dewan Edisi Keempat
limpah1. = melimpah tumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu penuh (cecair dll): air yg di dlm tempayan itu terlalu banyak hingga ~; ~-ruah terlalu banyak keluar kerana terlalu penuh; 2. ki terlalu banyak hingga berlebih-lebih (kemudahan, rezeki, kasih sayang, dll): ampun dan kurnia Duli Yang Dipertuan ~lah; 3. ki baik atau murah hati: hanya Tuhan dgn ~ kasihan-Nya, yg akan dapat menolong beliau; berlimpah-limpah 1. terlalu banyak tumpah kerana penuh; 2. terlalu banyak atau ramai (orang dll): bahan makanan ~; melimpah 1. tumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu penuh (cecair dll): darah pun spt sebak penuh ~ di dlm kota Singapura itu; 2. = melimpah-limpah ki terlalu banyak hingga berlebih-lebih atau tidak termuat, banyak sekali: dlm pertengahan kedua abad ke-18, bangsa asing telah datang melimpah-limpah ke Tanah Melayu; 3. ki turun kpd, datang kpd, diwarisi oleh anak (tentang perangai dll): hanya sisa-sisanya yg jatuh ke tangan orang kita, ~ ke negeri kita ini; melimpahi 1. melimpah ke (kpd): padang bola maktab itu dilimpahi air; 2. ki bermurah hati kpd, mengurniai seseorang: semoga Allah ~nya rezeki dan bahagia hidupnya; melimpahkan 1. menjadikan melimpah, menumpahkan: isi padu air yg dilimpahkan oleh penyumbat itu sama dgn isi padu penyumbat juga; ~ air mata; 2. menge­luarkan banyak-banyak, mencurahkan banyak­banyak: ~ kasih sayang; ~ perhatian kpd per­kembangan pemakaian bahasa Kebangsaan; 3. memberikan banyak-banyak, mengurniakan banyak-banyak, menghadiahkan banyak-banyak: Tuhan yg ~ rahmat kpd hamba-Nya yg ber­usaha dan sabar; limpahan sesuatu yg melimpah atau yg dilimpahkan: kamu sekalian yg makan drpd ~ kemurahan raja bapa aku itu tidak patut sekali membuat aku begini; kelimpahan 1. perihal limpah, ketumpahan banyak-banyak: agak seketika didengarnya bunyi air ~; 2. diberi (dikurniakan dll) banyak-banyak, menerima (kurnia dll) banyak-banyak; 3. kelimpahmewahan; pelimpahan perihal (proses) melimpahkan sesuatu: proses ~ ini tidak memerlukan agen perantara.Kamus Dewan Edisi Keempat
timbunhimpunan sesuatu yg bertindih-tindih, longgok, tompok(an): lalat menghurung ~ sampah di tepi parit; se~ batu kerikil; bertimbun 1. = bertimbun-timbun ber-susun bertindih-tindih (menjadi timbun), berlonggok-longgok (bertompok-tompok), beberapa timbun: ~ sabut di bawah rumah­nya; 2. ki banyak: bukunya yg bertimbun-timbun itu tidak akan habis dapat dibaca­nya; 3. = tertimbun tertimbus, terkam­bus; mati ~ tanah mati tertimbus tanah; 4. sl ber­kumpul (rakyat), berhimpun (beramai-ramai): maka ~lah Pancagah dgn segala kakanda dan segala anak hulubalang dan segala muda belia; bertimbunan bertimbun(-timbun): seber­mula bangkai ~ spt gunung, darah spt laut; menimbuni 1. menimbus (lubang dll), me-nam­bak, melonggokkan (tanah), mena­nam (mayat dll): mereka menggali lubang dan ~ lubang utk menyudahkan rancangan kerja raya; 2. menjadi bertimbun (banyak), membukitkan, melimpah-limpah: ketaman padi telah dilonggokkan ~ macam busut di atas sebidang tikar; aku makin merasa cintaku ~ dan memuncak; 3. gemuk (bkn daging), tambun; tertimbun ditimbun(i), tertimbus (ter­tanam); ~ dikais, terbenam diselam prb a) perihal menyelidiki sesuatu perkara yg ter­sem­bunyi; b) menolong seseorang yg dlm kesusahan; menimbunkan 1. menyusun bertindih-tindih (berlapis-lapis) hingga merupakan timbunan, melonggokkan, menompokkan: ~ guni berisi pasir hingga merupakan ben­teng; 2. me-ngumpulkan banyak-banyak (atau berdikit-dikit hingga menjadi banyak), menyimpan banyak-banyak: ~ keuntungan; janganlah suka menimbunkan kerja pd hari esoknya; timbunan 1. tompokan, longgokan: ~ sampah sarap; 2. barang-barang yg ditimbun­kan; 3. tempat menimbun; 4. ki jumlah atau him-punan kerja dsb yg perlu diuruskan yg sudah terlalu banyak; penimbunan 1. perihal menimbunkan, pengum-pulan (penghimpunan) barang-barang dll: banyak sungai telah menjadi jangkat akibat ~ pasir dan lumpur yg dibawa air dr hilir sungai; 2. tempat utk menimbun; penimbun 1. orang (atau alat) yg menim­bunkan (melonggokkan) barang; 2. (tanah, pasir, dll) utk menimbun: ditimpa tanah ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melimpah-limpah