Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Puisi ; Novel ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Anak ayam turunnya tujuh, Mati seekor tinggalnya enam; Hancur luluh seluruh tubuh, Dijilat oleh neraka jahanam.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Tajam sungguh si buluh gadung, Hendaklah ikat bersama tali; Hancur luluh tulang dan daging, Namun kulupa tidak sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kuda bergenta tidak, Sempuyuh di dalam padi; Bersua adik bersapa tidak, Hancur luluh di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak ayam turunnya lapan, Mati seekor tinggalnya tujuh; Di dalam kubur berdinding papan, Hancur luluh seluruh tubuh.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Layang-layang bertali benang, Benang tersangkut di dalam jati; Jangan diingat jangan dikenang, Hancur luluh di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buluh perindu di atas gunung, Habis luruh buah padiku; Rindu hamba tidak tertanggung, Hancur luluh rasa hatiku.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak gagak terbang ke hulu, Hari malam hinggap berteduh; Awak hendak orang tak mahu, Hati di dalam hancur luluh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak lipan di dalam papan, Papan di dalam batang buluh; Hendak dimakan tidak termakan, Hati di dalam hancur luluh.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Paya Balais di tanah lumpur, Tempat orang bertanam padi; Rasa di hati luluh hancur, Belum berjumpa belum berhenti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
1
Tesaurus
 
hancur (adjektif)
1. Bersinonim dengan pecah kecil-kecil: pecah halus-halus, lumat, pecah berderai, remuk, berkecai-kecai, berserpihan, relai,

2. Bersinonim dengan cair: larut, encer,

3. Bersinonim dengan rosak: musnah, binasa, roboh, runtuh, jahanam, lenyap,

4. Bersinonim dengan hancur hati: hancur luluh, remuk redam, putus asa, putus harap, kecewa,

Kata Terbitan : menghancurkan, hancuran, kehancuran, penghancuran, penghancur,

Puisi
 

Tajam sungguh si buluh gadung,
     Hendaklah ikat bersama tali;
Hancur luluh tulang dan daging,
     Namun kulupa tidak sekali.



Lihat selanjutnya...