Pertubuhan Negara-negara Amerika (Organization of American States (OAS)) ialah persatuan 35 buah negara Amerika. OAS bertujuan menyediakan pertahanan diri secara kolektif, kerjasama kedaerahan dan penyelesaian kontroversi secara aman. Prinsip yang dijadikan panduan oleh kumpulan ini termasuk kepercayaan kepada nilai undang-undang antarabangsa, keadilan sosial, kerjasama ekonomi, dan kesamaan hak bagi semua penduduk. Piagam OAS juga menyatakan bahawa tindakan serangan terhadap satu negara Amerika dianggap sebagai tindakan serangan terhadap semua negara. |