Kata |
Takrif |
Sumber |
kedaulatan | kekuasaan yg tertinggi; keadaan berdaulat: Askar Melayu telah berjuang mati-matian utk mempertahankan ~ nusa dan bangsa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kedaulatan undang-undang | kedudukan undang-undang sesebuah negara sbg kuasa tertinggi yg mesti dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak atau lapisan masyarakat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedaulatan rakyat | demokrasi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedaulatan | kekuasaan yg tertinggi: ~ Raja-raja Melayu diakui oleh perlembagaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedaulatan | kekuasaan yg tertinggi; keadaan berdaulat: Askar Melayu telah berjuang mati-matian utk mempertahankan ~ nusa dan bangsa. | Kamus Pelajar |
hak pertuanan | kedaulatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mamlakat | Ar ark kerajaan, kedaulatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hak yg dipertuan | hak atau kedaulatan ke atas sesuatu daerah (negeri); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
patriot | orang yg mencintai dan mempertahankan kedaulatan negaranya, pembela negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedal tulah | sl kedal yg menghinggapi seseorang kerana kedaulatan raja: telah pagi hari dilihatnya puteri itu ~ tulah sebab dijamah baginda itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
law and order | n 1. situation where peace and harmony prevail, undang-undang dan ketenteraman: the government was able to maintain ~ in the city, kerajaan dapat mengekalkan undang-undang dan ketenteraman di bandar raya itu; 2. (attrib) supporter of such a situation, teguh memperjuangkan kedaulatan undang-undang: alarmed by the rising crime rate, they elected a ~ candidate, krn berasa cemas dgn meningkatnya kadar jenayah, mereka melantik calon yg teguh memperjuangkan kedaulatan undang-undang. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
sovereignty | kedaulatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan yang merdeka, berupaya menguruskan diri sendiri, dihormati dan bebas daripada gangguan atau campur tangan pihak lain. Walaupun kedaulatan sering merujuk kepada kedudukan sebuah negara yang merdeka dan bebas tetapi penggunaannya juga untuk melambangkan penghormatan kepada negeri, undang-undang dan perlembagaan seperti kedaulatan undang-undang dan perlembagaan. Negara yang merdeka dianggap berdaulat berbanding dengan negara yang masih dijajah. Contohnya, Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat sejak mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Lihat juga daulat. |
rule of law | kedaulatan undang-undang | Sains Politik | Politik Perbandingan | Peraturan dalam sesebuah negara yang berpegang kepada penguatkuasaan undang-undang negara tersebut. Kerajaan melaksanakan pemerintahan berasaskan perlembagaan negara. Pilihan raya yang dilaksanakan, cara persaingan dan saiz ruang politik yang dibenarkan dan ruang perniagaan yang diberikan semuanya menurut batasan perlembagaan. Dengan garis panduan ini, keamanan negara, kestabilan politik, persaingan ekonomi dan keharmonian hubungan sosial akan berjalan menurut peraturan yang tertib. Dalam negara ini, kedudukan undang-undang dipelihara dan dipatuhi oleh semua pihak sama ada orang kebanyakan, golongan pendatang, pembangkang dan pemerintah. Dengan ini, perlembagaan negara diterima oleh semua dan pemerintahan negara dilaksanakan menurut batasan perlembagaan. Contohnya, kedaulatan undang-undang yang dipegang oleh pemerintah Malaysia telah memelihara kestabilan politik dan hubungan kaum di negara ini. |
nation-state | negara bangsa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang ditubuhkan berasaskan satu bangsa yang mempunyai pemerintah, kedaulatan dan sempadan yang jelas. Dalam negara ini, undang-undang dan dasar pemerintahan dibentuk sesuai dengan aspirasi atau kehendak bangsa yang menghuni negara tersebut. Negara bangsa dianggap sudah terbentuk apabila warganegaranya merasakan mereka merupakan satu bangsa yang mendukung tamadun dan budaya yang sepunya dan tidak lagi menonjolkan isu seperti tuntutan pemisahan wilayah, perbezaan dan konflik ras, minoriti, keterpinggiran dan diskriminasi. Walaupun wujud perbezaan kaum, agama atau bahasa dalam negara ini, kemajmukan ini masih boleh bersatu dalam satu bangsa. Namun begitu, kewujudan satu bangsa yang sepadu dalam sebuah negara agak sukar dicapai kerana dalam kebanyakan negara, isu-isu di atas masih wujud dan sukar diatasi. Contoh negara bangsa yang berjaya ialah Jepun dan Korea Selatan. |
state | negeri | Sains Politik | Politik Perbandingan | Satu wilayah atau kawasan yang wujud dalam sebuah negara persekutuan yang mempunyai sempadan yang jelas, penduduk, kedaulatan dan kerajaan sendiri. Gabungan beberapa negeri ini akan membentuk sebuah negara persekutuan. Kerajaan negeri biasanya mempunyai kuasa autonomi yang tersendiri. Negeri ini juga mempunyai dewan undangan dan pentadbiran sendiri. Terdapat autonomi negeri yang kuat dan dihormati oleh kerajaan pusat seperti negeri-negeri di Amerika Syarikat dan Kanada. Walaupun begitu, terdapat juga autonomi negeri yang lemah dan sering didominasi oleh kerajaan pusat seperti negeri di India. |
Act of State | Tindakan Negara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan yang diambil oleh pemerintah bagi melindungi kepentingan negara dan warganya secara keseluruhan seperti kedaulatan, pembangunan ekonomi, keselamatan, hak rakyat dan sebagainya. Tindakan negara lazimnya diisytihar oleh ketua kerajaan atau ketua negara. Contohnya, pengisytiharan Presiden Bush untuk menyerang Iraq pada tahun 2003 bagi mempertahankan ancaman keganasan terhadap warga Amerika Syarikat merupakan satu bentuk Tindakan Negara. Begitu juga pengumuman yang dibuat oleh Presiden Saddam Hussein untuk mempertahankan negara Iraq daripada serangan Amerika Syarikat. |
high sea | laut lepas | Sains Marin | Tiada | Laut atau lautan terbuka di luar daripada jagaan sebuah negara. Laut lepas juga merujuk kawasan yang bebas kedaulatan "Terra nullius" atau bermaksud tiada sesiapa atau negara yang menguasainya. Kesemua negara mempunyai kebebasan untuk melakukan aktiviti perikanan, navigasi, terbang di ruang udara tersebut, memasang kabel atau paip dasar laut, dan membuat kajian saintifik di kawasan ini. |
absolutism | absolutisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang merujuk kepada amalan pemerintahan sesebuah kerajaan yang bersifat mutlak. Sifat ini berkaitan dengan tingkah laku kerajaan yang mempertahankan status kedaulatan sesebuah negara termasuklah proses penggubalan, pelaksanaan dan pentafsiran undang-undang serta hubungan luar. Fahaman ini dikemukakan oleh ahli falsafah politik yang terkenal iaitu Jean Bodin dan Thomas Hobbes yang mengatakan bahawa sesebuah kerajaan mesti mempunyai darjah kemutlakan tertentu supaya dapat menjalankan tugas tanpa sebarang gangguan serta dikawal oleh undang-undang dan perlembagaan. Fahaman ini berbeza dengan konsep kuasa mutlak. Sinonim faham kemutlakan. |
statehood | taraf negara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan atau keadaan yang melayakkan sesebuah wilayah itu diterima sebagai sebuah negeri atau negara. Wilayah yang telah memiliki pemerintah, penduduk, sempadan dan kedaulatan layak diklasifikasikan sebagai sebuah negara. Sebuah negara yang merdeka akan memiliki taraf ini. Demikian juga keadaan sebuah negeri dalam sesebuah negara persekutuan yang turut memiliki taraf negeri dalam negara tersebut. Contohnya, taraf negara Yugoslavia pada awal dekad 1990-an menjadi tidak menentu kesan daripada perpecahan yang berlaku di negara tersebut. Perpecahan ini telah melahirkan beberapa negara kecil yang telah pasti taraf negaranya seperti Bosnia-Herzegovina, Serbia-Montenegro, Croatia dan Yugoslavia. Sinonim taraf negeri. |
sovereign ruler | pemerintah berdaulat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintah yang merdeka, bebas daripada penguasaan luar, berupaya memerintah sendiri dan dihormati oleh pihak lain. Pemerintah ini memiliki kuasa sendiri terhadap pemerintahannya dan merupakan lambang kedaulatan yang utama dalam menyusun pentadbiran negaranya, sistem ekonomi serta melaksanakan dasar dalam dan luar negara. Pemerintah ini muncul sama ada melalui pilihan raya seperti di Malaysia atau warisan seperti negara Brunei Darussalam. |
sovereign state | negara berdaulat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang merdeka, bebas daripada penguasaan luar, berupaya memerintah sendiri dan dihormati oleh negara lain. Negara ini memiliki kuasa sendiri terhadap pemerintahannya dan merupakan lambang kedaulatan yang utama. Negara berdaulat ini bebas melaksanakan dasar dalam dan luar negaranya dan membuat hubungan diplomatik dengan negara lain. Negara berdaulat banyak muncul di Asia dan Afrika selepas Perang Dunia Kedua. Contohnya Malaysia, India dan Indonesia. |
Kamus Thai 2.indb ์ [tammaro] ดู แหวน ธำรง [tamro] ก 1 menegakkan: ศาล ธำรงไว ้ ซึ่ งความเป็นธรรมสำหรับคนทุกชนชั้ น Mahkamah menegakkan keadilan untuk setiap lapisan manusia. 2 memelihara: ธำรงไว้ซึ่ งความศักดิ์ สิทธิ์ ของกฎหมาย memeli- hara kedaulatan undang-undang ธิดา [tida:] น puteri ธุระ [tu ra] น urusan: อย ่ าถือว ่ า ธุระไม ่ ใช ่ นะ Jangan anggap ini bukan urusan engkau ya! ธุรกรรม [-kam
|
Kamus Thai 2.indb i ka:nbdi:] น (มหาวิทยาลัย) presiden, rektor อธิบดี [atipbdi:] น ketua pengarah อธิบาย [atiba:y] ก menerang- kan, menjelaskan, menghuraikan: เขาอธิบายการเกิดคลื่ นสึนามิ Dia menerang- kan kejadian tsunami. อธิปไตย [atipatai] น kedaulatan อธิษฐาน [atitta:n] ก berdoa: รูวัยดา อฐิษฐานต ่ ออัลลอฮให ้ ลูก ๆ ของเขาเป็นคนดี Ru- waida berdoa kepada Allah agar anak- anaknya menjadi orang yang soleh. อ ้ น [on] น m:t] น kuasa gelap: บรรดา พยานไม ่ อยากจะไปศาลเพราะกลัวการข ่ มขู ่ จากอำนาจมืด Para saksi enggan tampil di mahkamah kerana takut akan an- caman dari kuasa gelap. อำนาจอธิปไตย [-atippatai] น kedaulatan อำพัน [ampan] น ambar อำเภอ [amp:] น daerah อำลา [amla:] ก 1 memberikan salam perpisahan: อธิบดีอำลาเจ ้ าหน ้ าที่ ในกรมของ ท ่ านเมื่ อปลายสัปดาห ์ ที่ แล ้ ว |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kedaulatan | [ke.dau.la.tan] | کداولتن |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedaulatan |
|
|