Kata |
Takrif |
Sumber |
siddiq | Ar sifat benar dlm pertuturan (salah satu sifat Rasulullah yg wajib dipercayai). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhak | mempunyai hak, mempunyai kuasa (atas sesuatu): seseorang anak ~ mewarisi harta peninggalan ayahnya; sifat Siddiq inilah yg menjamin bahawa hak dikembalikan kpd yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hak | 1. (yg) benar, kebenaran: katakanlah yg ~ walau pahit sekalipun; ajaran-ajaran yg ~ ajaran-ajaran yg benar; ilmu ~ taala ilmu kebenaran (ilmu mengenai sifat Tuhan); 2. kuasa atas sesuatu atau utk berbuat sesuatu (ditentukan oleh undang-undang, agama, adat istiadat, dll): tiap-tiap anak ada ~ atas harta pusaka peninggalan bapanya; ia mempunyai ~ mempertahankan dirinya drpd serangan dan cacian; 3. milik, kepunyaan: ~ orang jangan diambil; setelah ayahnya meninggal segala harta itu menjadi ~nya; 4. yg (mana satu): awak mahu ~ itukah atau ~ ini?; berilah saya ~ merah itu; ~ amendmen hak mencadangkan pemindaan undang-undang; ~ asasi hak yg dasar atau pokok (spt hak bebas mengeluarkan pendapat, menganuti sesuatu agama, bergerak, dll); ~ cipta hak penguasaan yg dilindungi undang-undang atas seluruh atau sebahagian drpd hasil ciptaan seseorang pengarang (pencipta, penggubah dll); ~ dipilih hak utk dipilih (dlm pilihan raya) utk menjadi wakil rakyat (ahli Parlimen); ~ istimewa hak yg diberi kpd kaum (golongan) tertentu sahaja; ~ kuasa hak utk menguasai (menentukan nasib dll); ~ kuasa ibu pertalian kekeluargaan dan pembahagian harta menurut nisab perempuan; ~ luar semangat hantu yg masuk ke dlm tubuh seseorang; ~ membatalkan hak utk membatalkan (memansuhkan) keputusan yg telah dicapai dgn suara terbanyak, kuasa pembatal, kuasa veto; ~ mengundi hak utk mengundi kerana memilih wakil rakyat (dlm Parlimen dll); ~ mutlak hak yg penuh ke atas sesuatu (hak yg tidak terbatas, bersyarat, atau berkecuali); ~ pengarang hak cipta; ~ pilih Id hak utk memilih wakil rakyat (dlm Parlimen dll); ~ politik hak mencampuri hal-hal dan urusan-urusan politik (spt giat dlm parti politik, menjadi calon dlm pilihan raya, dll); ~ pusaka harta yg dipusakai turun-temurun; ~ sivil hak warganegara utk mendapat layanan sama rata, mis utk mengundi atau mendapat pekerjaan; ~ teradjudikasi (Udg) hak yg telah diiktiraf dlm prosiding kehakiman dan pentadbiran; ~ veto hak membatalkan sesuatu keputusan, kuasa pembatal; kalau tiada ~ sendiri, anak mata terdiri-diri prb kalau kita tidak berwang tidaklah dapat memiliki atau menikmati sesuatu dan terpaksalah merasa hampa sahaja; berhak mempunyai hak, mempunyai kuasa (atas sesuatu): seseorang anak ~ mewarisi harta peninggalan ayahnya; sifat Siddiq inilah yg menjamin bahawa hak dikembalikan kpd yg ~; mengehakkan memberi hak kpd, menentukan hak atas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
allusion | alusi | Kesusasteraan | Puisi | Ragam atau jenis bahasa perbandingan yang merujuk secara tidak langsung kepada sesuatu peristiwa, tokoh atau karya sastera yang terkenal. Contohnya, baris 'Kejujuran Abu Bakar' iaitu petikan daripada puisi "Dua Pesanan untuk Anak" dalam antologi Bunga Gerimis karya Moechtar Awang. Dalam contoh ini terlihat perbandingan kejujuran seperti pada watak Khalifah Abu Bakar al-Siddiq. |
prose poem | sajak prosa | Kesusasteraan | Tiada | Sajak berbentuk prosa, ditulis tanpa tertakluk kepada ciri-ciri puisi yang biasa, iaitu pola, irama, dan susunan baris. Sajak prosa mempunyai bentuk yang lebih longgar dan kurang teratur berbanding dengan sajak biasa. Oleh sebab itu, sajak prosa dapat memuatkan lebih banyak maklumat tentang hal-hal yang ditempuhi dalam kehidupan seharian. Sajak prosa mengandungi unsur hiburan dan pengajaran, di samping mempunyai nada yang lucu atau mencemuhkan. Dalam sastera Melayu, sajak Proem oleh Syed Muhammad Naquid al-Attas dalam bukunya A Commentary on the Hujjatul-Siddiq of Nur al-Din al-Raniri. Contoh sajak prosa ditemui dalam The Love Song of J.Alfred Prufrock oleh T.S. Eliot dan sajak Lirik untuk Improvisasi Jaz oleh Sapardi Djoko Damono. Sajak prosa dalam kesusasteraan Arab ditemui dalam Maqamat Badi al-Zaman al-Hamdhani oleh Badial-Zaman al-Hamadhani. |
tract | tract | Kesusasteraan | Tiada | Risalah, esei, karangan ringkas, atau yang seumpamanya yang berlegar tentang politik atau agama yang biasanya bersifat kontroversial dan menimbulkan pertentangan pendapat. Contoh tract terkenal ialah Marprelate Tracts yang merupakan serangan ke atas golongan uskup dan pembelaan tatatertib Presbyterian. Contoh lain ditemui dalam Tracts for the Times (1833-41), iaitu penulisan yang diusahakan oleh cardinal Newman, Keble, R. H. Froude dan Pusey untuk mengembalikan beberapa doktrin gereja. Contoh dalam persuratan Melayu ditemui dalam Hujjat al-Siddiq lii-Dafal-Zindiq (Bukti Orang yang Jujur Demi Mempertahankan Sanggahan terhadap Golongan Zindiq) oleh Syeikh Nuruddin ar-Raniri yang menentang doktrin Wahdat al-Wujud yang dianuti oleh Hamzah Fansuri. Tract berasal daripada bahasa Latin bermaksud menangani atau mengendalikan. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
siddiq | [sid.diq] | صديق |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata siddiq |
|
|