Kata |
Takrif |
Sumber |
ahli I | 1. anggota (pertubuhan, persatuan, golongan, dll): ~ parti politik; ~ persatuan sejarah; 2. orang yg mahir atau mempunyai pengetahuan yg mendalam dlm sesuatu bidang, pakar: ~ bahasa; ~ muzik; ~ sains; 3. sangat mahir, pakar: kalau fasal menghias, dia memang ~; ~ bahasa orang yg mahir atau mempunyai ilmu yg mendalam dlm bidang bahasa; ~ bersekutu anggota (persatuan dll) yg tidak mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepenuhnya (mempunyai hak bersuara dan hak dipilih utk memegang sesuatu jawatan); ~ biasa anggota (persatuan dll) yg mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepenuhnya (mempunyai hak bersuara dan hak dipilih utk memegang sesuatu jawatan); ~ falak orang yg pakar tentang cakerawala (banyak tahu tentang kedudukan, pergerakan, dsb bulan, bintang, dll); ~ falsafah = ~ fikir orang yg mempunyai kemampuan memikirkan hal-hal yg bijaksana (yg berkaitan dgn alam, kehidupan, manusia, dll); ~ gusti orang yg pandai dan juga sering kali bergusti; ~ juri salah seorang drpd sekumpulan orang yg dipertanggungjawabkan membuat keputusan tentang sesuatu perkara yg dibicarakan dlm mahkamah; ~ kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dll) orang yg pakar tentang kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dll); ~ kehormat ahli yg keanggotaannya diberi sbg suatu kehormatan kerana khidmat atau jasanya (yg tidak dibayar); ~ linguistik orang yg mengkaji atau mengajarkan linguistik; ~ majlis tempatan wakil rakyat yg menjadi anggota majlis yg mentadbirkan kawasan (daerah) tempatan; ~ parlimen anggota parlimen (orang yg menduduki kerusi di Parlimen sbg wakil rakyat di sesuatu kawasan pilihan raya); ~ sains orang yg arif dlm salah satu cabang ilmu sains (spt botani) yg terlibat secara langsung dgn kerja-kerja kajian bidang ini; ~ sukan orang yg berminat dan juga sering kali mengambil bahagian dlm sukan; ~ terapi orang yg mahir dlm sesuatu jenis terapi; ~ tetap ahli yg sentiasa atau secara tetap menjadi anggota sesuatu (spt jawatankuasa dll); ~ tinju orang yg pandai bertinju dan selalu berlawan tinju; mengahlikan; ~ diri memahirkan diri dlm sesuatu ilmu pengetahuan (bidang kegiatan, pekerjaan yg dilakukan, dll), berusaha atau bergiat agar menjadi ahli: mula-mula ia ~ dirinya dlm ilmu fikah; keahlian 1. kemahiran dlm sesuatu ilmu (kepandaian, pekerjaan, dll): penterjemah yg baik memerlukan ~ seorang pengarang; 2. perihal menjadi ahli, kedudukan (hak) sbg ahli, keanggotaan: ~nya dlm kelab ini telah dibatalkan; berkeahlian mempunyai keahlian: mereka yg ~ dlm ilmu sains moden. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hak | 1. (yg) benar, kebenaran: katakanlah yg ~ walau pahit sekalipun; ajaran-ajaran yg ~ ajaran-ajaran yg benar; ilmu ~ taala ilmu kebenaran (ilmu mengenai sifat Tuhan); 2. kuasa atas sesuatu atau utk berbuat sesuatu (ditentukan oleh undang-undang, agama, adat istiadat, dll): tiap-tiap anak ada ~ atas harta pusaka peninggalan bapanya; ia mempunyai ~ mempertahankan dirinya drpd serangan dan cacian; 3. milik, kepunyaan: ~ orang jangan diambil; setelah ayahnya meninggal segala harta itu menjadi ~nya; 4. yg (mana satu): awak mahu ~ itukah atau ~ ini?; berilah saya ~ merah itu; ~ amendmen hak mencadangkan pemindaan undang-undang; ~ asasi hak yg dasar atau pokok (spt hak bebas mengeluarkan pendapat, menganuti sesuatu agama, bergerak, dll); ~ cipta hak penguasaan yg dilindungi undang-undang atas seluruh atau sebahagian drpd hasil ciptaan seseorang pengarang (pencipta, penggubah dll); ~ dipilih hak utk dipilih (dlm pilihan raya) utk menjadi wakil rakyat (ahli Parlimen); ~ istimewa hak yg diberi kpd kaum (golongan) tertentu sahaja; ~ kuasa hak utk menguasai (menentukan nasib dll); ~ kuasa ibu pertalian kekeluargaan dan pembahagian harta menurut nisab perempuan; ~ luar semangat hantu yg masuk ke dlm tubuh seseorang; ~ membatalkan hak utk membatalkan (memansuhkan) keputusan yg telah dicapai dgn suara terbanyak, kuasa pembatal, kuasa veto; ~ mengundi hak utk mengundi kerana memilih wakil rakyat (dlm Parlimen dll); ~ mutlak hak yg penuh ke atas sesuatu (hak yg tidak terbatas, bersyarat, atau berkecuali); ~ pengarang hak cipta; ~ pilih Id hak utk memilih wakil rakyat (dlm Parlimen dll); ~ politik hak mencampuri hal-hal dan urusan-urusan politik (spt giat dlm parti politik, menjadi calon dlm pilihan raya, dll); ~ pusaka harta yg dipusakai turun-temurun; ~ sivil hak warganegara utk mendapat layanan sama rata, mis utk mengundi atau mendapat pekerjaan; ~ teradjudikasi (Udg) hak yg telah diiktiraf dlm prosiding kehakiman dan pentadbiran; ~ veto hak membatalkan sesuatu keputusan, kuasa pembatal; kalau tiada ~ sendiri, anak mata terdiri-diri prb kalau kita tidak berwang tidaklah dapat memiliki atau menikmati sesuatu dan terpaksalah merasa hampa sahaja; berhak mempunyai hak, mempunyai kuasa (atas sesuatu): seseorang anak ~ mewarisi harta peninggalan ayahnya; sifat Siddiq inilah yg menjamin bahawa hak dikembalikan kpd yg ~; mengehakkan memberi hak kpd, menentukan hak atas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orang | 1. manusia (sbg peribadi): dr sini kami lihat ~ berkelahi; tadi ada ~ telefon awak; satukanlah ~ berdua ini; 2. salah satu manusia (ganti diri ketiga yg umum): jangan suka dengar cakap ~ sangat; dagingnya ~ buat lauk; dengar kata ~ terjun masuk lubuk; di aku hak aku, di ~ hak ~ (yg) pd orang lain itu haknya; 3. diri manusia: barangnya ada tetapi ~nya pergi ke mana; mana ~nya yg memanggil aku tadi; ~ seorang orang sendiri; 4. penjodoh bilangan bagi manusia: lima ~ pengganas telah ditembak mati oleh pasukan keselamatan; 5. pengikut, anak buah: berapa ramaikah ~ awak?; kalau engkau pandai mengasuh, engkau akan beroleh isteri walaupun dia bukan ~ awak; 6. manusia yg berasal dr sesuatu daerah tertentu, rakyat sesebuah negara: dia ~ Perak, bukan ~ Selangor; nampaknya dia itu spt ~ kampung; 7. bangsa, kaum, suku: ~ Iban; ~ Kadazan; ~ Melayu; 8. = ~ lain lain drpd diri sendiri, bukan kaum keluarga: itu motokar ~, bukan motokar kita; ~ sekali masuk membawa harta itu keluar, ia dua tiga kali masuk keluar; negeri ~ negeri lain, bukan negeri sendiri; 9. Jk kerana, lantaran (sebenarnya): mana dapat membayar, ~ belum gajian; 10. bp diri sendiri dan sbg penguat utk kata ganti spt awak (kau) ~, dia ~, kita ~, lu ~;~ asing a) (Udg) orang yg bukan warganegara bagi sesebuah negara; b) orang luar; ~ asli penduduk asal sesebuah negeri; ~ atas a) orang yg tinggal di sebelah atas; b) orang yg berpangkat tinggi, orang besar-besar; ~ awam a) rakyat biasa, khalayak ramai; b) orang preman, bukan anggota polis atau tentera; ~ banyak khalayak ramai, orang biasa, orang awam; ~ Barat orang berkulit putih yg berasal dr Eropah dan negara-negara spt Kanada, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand; ~ baru (baharu) a) orang yg baru bekerja; b) orang yg baru datang ke atau tinggal di sesuatu tempat; c) orang yg baru berkahwin; d) anak yg akan atau baru dilahirkan; ~ bawah (bawahan) orang yg tidak berpangkat, orang yg berpangkat rendah; ~ belakang a) bp isteri; b) orang yg akan datang (lahir) kemudian; ~ (yg) berada orang yg berharta; ~ besar a) orang yg besar tubuh badannya; b) orang yg sudah dewasa; c) orang yg berpangkat tinggi; d) orang mulia (bangsawan); ~ biasa rakyat biasa; ~ buangan orang yg diasingkan drpd masyarakat (kerana kegiatan-kegiatan politik dll); ~ bukit orang yg tinggal di bukit; ~ bumi penduduk asli; ~ buruan orang yg diburu (dicari) oleh yg berwajib kerana kesalahan jenayah dll; ~ dagang orang yg datang dr negeri lain, orang yg datang merantau, bukan anak negeri; ~ dalam a) orang yg bekerja dlm istana raja; b) orang yg bekerja di dlm sesuatu jabatan dsb; c) Sr orang yg dijemput khas kerana menolong kerja kahwin; d) Kl orang yg dapat bergaul dgn sesiapa jua, orang kesayangan orang ramai; ~ darat a) orang asli; b) orang kampung (dusun); c) Kl, ki orang yg tidak tahu akan perkara; d) Mn orang bahagian pedalaman Minangkabau (lwn orang pesisir); ~ datang keturunan atau angkatan yg akan datang, orang belakang; ~ gaji(an) orang yg bekerja di rumah orang, babu, pembantu rumah, amah; ~ galang orang yg menjadi pelindung kpd orang lain (spt pembesar), orang yg bersedia menyabung nyawanya utk tuannya dll; ~ halus a) jin, roh, orang bunian; b) orang yg pandai-pandai; ~ harapan orang yg diberi kepercayaan penuh atau yg amat diharapkan utk melaksanakan sesuatu (projek, program dsb); ~ hilir a) orang yg tinggal di sebelah hilir sungai; b) Kl orang yg tahu segala-galanya (lwn orang darat); ~ hulu a) orang yg tinggal jauh di pedalaman negeri; b) orang yg tidak tahu adat dll; ~ hobatan orang yg pandai menjampi (bomoh); ~ hutan a) orang yg tinggal di hutan; b) sj kera besar, mawas, Pongo pygmaeus; c) orang yg tidak tahu sesuatu perkara (adat, tatatertib, dll); ~ jemputan orang yg berbangsa, orang bangsawan (jika ia berkahwin menurut adat kebiasaan, pihak perempuanlah yg menjemputnya dgn wang dll); ~ kalau orang yg memainkan nobat; ~ kampung a) orang yg tinggal di kampung; b) bp orang yg tidak tahu suatu apa; ~ kanan orang yg diharapkan, orang harapan, pembantu (penolong) yg utama; ~ kaya a) orang yg berharta, hartawan; b) = ~ kaya-kaya orang yg berpangkat (berkedudukan) tinggi; c) = rangkaya panggilan kpd isteri orang yg berpangkat atau yg patut dihormati; ~ kebanyakan orang biasa (bukan orang bangsawan, bukan orang berpangkat); ~ kecil a) orang yg kecil badannya; b) rakyat biasa (orang kebanyakan); ~ keluaran a) orang yg di luar (yg tidak turut campur dll); b) orang luar istana (lwn orang dalam); ~ kenamaan orang yg terkenal, orang yg masyhur, orang besar; ~ kepercayaan orang yg dipercayai, orang harapan; ~ lain bukan diri sendiri, manusia lain; ~ lama orang yg sudah lama (di sesuatu tempat, kerja, dll) dan banyak pengalamannya; ~ laut suku bangsa yg hidup (tinggal) di laut; ~ liar orang yg belum bertamadun (beradab), orang hutan; ~ luar (luaran) orang yg di luar lingkungan (pekerjaan, golongan, dll); ~ mendatang orang dagang; ~ minyak orang yg melumuri badannya dgn minyak (supaya tidak mudah dapat ditangkap dll) dan biasanya mengganggu orang perempuan dgn tujuan hendak mencabul kehormatan mereka; ~ muda a) orang yg masih muda; b) pemuda; c) Mn tukang salung (tari dll); d) (biasanya) pelaku utama lelaki dlm bangsawan dll, hero; ~ papak pondan; ~ perjuangan tokoh-tokoh politik; ~ preman orang awam (bukan tentera); ~ putih orang Barat; ~ ramai khalayak ramai, orang banyak, umum; ~ rantai orang hukuman; ~ rendah a) orang yg tidak tinggi badannya; b) orang yg kedudukannya (bangsanya dll) rendah, orang biasa; ~ rumah a) isteri; b) orang yg tinggal bersama-sama di rumah, keluarga di rumah; ~ sabun orang balar; ~ sakit a) orang yg menghidap penyakit, pesakit; b) orang yg dirawat di hospital; ~ salah orang yg dihukum kerana melakukan kesalahan; ~ setangga = ~ sebelah jiran, tetangga; O~ Sungai suku kaum peribumi di Sabah termasuk dlm kumpulan kaum Kadazan Dusun, yg kebanyakannya tinggal di pesisiran pantai, aktiviti utamanya ialah kerja yg berkaitan dgn laut dan sungai; ~ suruhan a) orang gaji; b) wakil drpd satu pihak (sbg pembawa pesanan dll), utusan; ~ tahanan orang yg ditahan oleh pihak yg berkuasa kerana disyaki melakukan sesuatu jenayah, keganasan dsb; ~ tani peladang, petani; ~ tebusan orang yg ditahan (biasanya orang yg tidak bersalah) dan diugut akan dicederakan atau dibunuh jika tuntutan pihak yg menahan itu tidak dipenuhi atau ditunaikan; ~ tengah a) orang yg menjadi pendamai bagi pihak-pihak yg berbalah; b) orang yg menjadi pengantara antara pengeluar barang-barang dgn pengguna; c) orang yg menjadi pengantara antara pihak-pihak dlm rundingan kahwin dll; ~ timur orang Asia; ~ tua a) orang yg sudah tua; b) ibu bapa; c) = ~ tua-tua orang yg dianggap tua (bijak dan berpengalaman) dlm kampung; O~ Ulu suku kaum peribumi di Sarawak yg terbahagi kpd banyak suku yg berbeza budaya dan bahasa mengikut daerah, penempatan atau kawasan perkampungan masing-masing, yg kebanyakannya tinggal di pedalaman, kuat berpegang pd adat, dan mahir dgn kerja tangan; ~ upahan orang yg diupah utk melakukan sesuatu, biasanya yg tidak baik; ~ berdendang di pentasnya, ~ beraja di hatinya prb mengikut rasa hati masing-masing; ~ kaya suka dimakan, ~ elok selendang dunia prb perihal orang kaya yg selalu berjamu dan menolong orang miskin (satu pujian); ~ muda menanggung rindu, ~ tua menanggung ragam prb tiap-tiap anak muda itu ada yg dirinduinya (nasihat kpd orang tua); ~ tua diajar makan pisang (dadih) = jangan diajar ~ tua makan dadih prb orang yg sudah tahu (pandai dll) itu jangan diajar lagi; apabila ~ miskin menghendaki wang, dia mendapat anak, apabila ~ kaya menghendaki anak, dia mendapat wang prb perihal menyatakan bahawa manusia itu lemah, yg berkuasa Tuhan jua; bak ~ gombang di lebuh prb elok di luar sahaja sedang di dlm tidak elok (tidak sempurna); lain ~, lain hati = makin banyak ~ makin banyak niat prb kesukaan tiap-tiap orang itu tidak sama (fikiran, kemahuan, dll); spt menanti ~ dahulu, mengejar ~ kemudian prb pekerjaan yg sia-sia; takkan dua kali ~ tua kehilangan tongkat prb sebodoh-bodoh orang, takkan mahu terkena dua kali (sekali terkena sudah tidak berani lagi); seorang 1. satu orang; salah ~ mana-mana satu orang | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sendiri | 1. tubuh diri yg sebenarnya (bukan wakil dll), diri: tidak ada masa utk memikir-kan hal-hal orang lain, hal-hal ~ lebih pen-ting; 2. tidak dgn bantuan (pertolongan dll) orang lain, tidak berhubungan dgn orang lain: apabila sudah ada wang besok, sudah mampu hidup ~, bolehlah dibayar semua-nya; berkerajaan ~ merdeka; 3. seorang diri, tidak berkawan: pd hari ulang tahunku, aku lebih suka tinggal ~-~ di kamarku; 4. = sendiri-sendiri masing-masing: kedua-dua-nya sedang tenggelam dlm bacaan ~-~; 5. tidak berkaitan dgn orang lain, bukan (ke-punyaan, hak, dll) orang lain; tinggal di rumah ~ bukan di rumah orang lain; 6. tidak termasuk yg lain, dlm kumpulan tertentu sahaja; ber-bunuh sama ~nya berbunuh sesama mereka (tidak dgn orang lain); 7. terpisah (tersisih) drpd yg lain, tidak bersama yg lain, berasingan; 8. Id, bp yg paling (belakang, depan, dll); sendirinya = dgn ~ 1. tidak bercampur (berteman dll) dgn yg lain, seorang diri; 2. secara automatik; bersendiri tidak berteman (berkawan dll), tidak berkaitan dgn yg lain, tersisih (terpisah) drpd yg lain: ejaan bukanlah suatu pelajaran yg ~ atau tidak berkait dgn pelajaran-pelajaran yg lain; terdapat kecenderungan utk ~; menyendiri duduk seorang diri, mengasing-kan (memencilkan, menyisihkan) diri: ia hendak ~ lalu lari dgn diam-diam; menyendirikan mengasingkan drpd yg lain: kemeja yg tanggal butang lebih baik disen-dirikan dahulu; tersendiri 1. tidak sama dgn yg lain, ter-asing: esei memerlukan satu gaya bahasa yg ~ iaitu gaya yg mudah dan sederhana; 2. tersisih (terpisah dll) drpd yg lain: pekerjaan-nya dapat dijalankan dlm suasana aman, senyap dan ~, sama spt bekerja di rumah; ketersendirian keadaan tersendiri, keunggul-an: banyak teori sastera cenderung utk mewujud-kan ~ sastera sbg satu kategori yg berasingan; sendirian 1. seorang diri, tidak berteman: pd suatu petang aku berjalan-jalan ~ di sekitar danau; ia tersenyum ~; 2. tidak dgn bantuan (pertolongan dll) orang lain: pondok kecil itu roboh ~ dan terus tidak dibaiki lagi; bersendirian 1. berlainan drpd yg umum-nya, tersendiri: keistimewaannya di dlm bidang penulisan cerpen ialah tentang gaya dia mengolah cerpen secara ~; 2. tidak bersekutu (berkaitan dll) dgn yg lain, tidak bersama (dgn pelibatan dsb) orang atau pihak lain, berasingan: kebanyakan tuan punya kedai mengurus kedainya ~ ataupun dibantu oleh anak isterinya; 3. tidak menerima bantuan (pertolongan dll) drpd mana-mana pihak pun: penuntut-penuntut boleh dibahagi-kan kpd penuntut ~ dan penuntut berbia-siswa; 4. tidak berkahwin, membujang: biar-lah saya ~; kebersendirian perihal, keadaan atau sifat bersendiri, privasi: isu tentang ~ dlm internet juga penting dan perlu diberi pertimbangan serius oleh undang-undang siber; kesendirian 1. perihal sendiri (terpencil, tersisih drpd yg lain); 2. perihal lain drpd yg lain, keistimewaan; persendirian perihal bersendiri (tidak ditolong bantu oleh pihak-pihak lain), perseorangan: sumbangan terbesar kpd perkhidmatan sosial datang drpd sumber-sumber ~ dan bukan drpd kerajaan; penyendirian perbuatan mengasingkan (me-nyisihkan, memencilkan) diri, perihal menyen-dirikan sesuatu; penyendiri (orang) yg suka menyendiri, (orang) yg suka mengasingkan diri: seniman bagi Freud adalah seorang ~ yg amat suka mencipta fantasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suaka politik | hak utk tinggal atau berlindung di sesebuah negara asing, yg diberikan kpd seseorang yg terpaksa melarikan diri dr negaranya sendiri kerana sebab-sebab politik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
suaka | tempat berlindung atau tempat menumpang hidup. ~ politik hak utk tinggal atau berlindung di sesebuah negara asing, yg diberikan kpd seseorang yg terpaksa melarikan diri dr negaranya sendiri kerana sebab-sebab politik. bersuaka memohon menumpang hidup atau berlindung pd: Sbg orang ~ dan sudah mendapat perlindungan drpd Raja itu, beliau akan memihak kpd Raja tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tuan | 1. orang tempat menghambakan diri: orang kulit putih di Amerika masa itu banyak yg menjadi ~ kpd hamba abdi drpd bangsa Negro; ~ hamba sl tuan; 2. a) = ~ punya pemilik (kedai, perusahaan, dll): jika kereta yg dipandu itu tidak mempunyai lesen, ~ punya kereta itu akan didakwa; b) kepala atau pengurus (pejabat, perusahaan, dll); ~ kebun pengusaha (pengurus) kebun; 3. orang laki-laki (yg dihormati): ~ yg datang semalam datang lagi pagi tadi; sepeda ~ Id basikal utk orang laki-laki; 4. a) panggilan bagi orang laki-laki yg berpangkat atau yg patut dihormati: ~ doktor; ~ hakim; T~ Syed Nasir; b) sl panggilan (sebutan) bagi wanita bangsawan: ~ puteri; mengapatah maka ~ hamil maka dibuangkan; 5. kata ganti yg halus bagi orang laki-laki atau perempuan yg dilawan bercakap (engkau atau awak yg lebih halus): ~ sendiri sudah tahu asal saya dr Kampung Balimbing; 6. panggilan bagi orang laki-laki bangsa Eropah: ~ dan memnya tidak meninggalkan pesan apa-apa ketika mereka keluar tadi; ~ besar a) ketua perusahaan (ladang dll); b) Id ark Gabenor Jeneral; ~ kecil a) = ~ muda anak sulung laki-laki dlm sesuatu keluarga atau adik laki-laki tuan rumah; b) penolong (wakil) tuan besar (perusahaan dll); ~ rumah a) orang yg memiliki rumah, ketua rumah (keluarga); b) orang yg meraikan tetamu (biasanya pd majlis yg diadakan di rumahnya atau yg dianjurkannya); ~ tamu ark tuan rumah; ~ tanah pemilik tanah; tuan-tuan 1. orang laki-laki (sekalian yg hadir): ~ yg dihormati, silalah duduk; 2. sl orang bangsawan, ningrat: maka ~ itu pun nak ke darat dgn segala persembahannya, lalu berjalan ke Bukit Siguntang; anak ~ anak raja-raja; bertuan 1. ada tuannya (pemiliknya), mem-punyai penguasa: semua tanah yg dulunya hutan di kawasan itu sekarang sudah ~ dan akan diusahakan; 2. bertindak (bersikap) sbg tuan: semenjak kematian bapanya dia ~ di sini; 3. memanggil atau menyebut tuan (kpd): janganlah ~ lagi kpd saya, panggillah saya abang sahaja; bertuankan 1. mempunyai sbg tuan, ber-ketuakan: kalaulah ini benar bermakna bukan sahaja kita masih ~ mereka dr segi teknologi bahkan juga dr segi pengurusan; 2. meng-hamba kpd, menganggap sbg tuan kpd: pd bicara dinda tiada mahu dinda ~ lain drpd Yang Dipertuan; janganlah kita ~ anak raja seorang ini; menuani menguasai, memiliki; menuankan menjadikan tuan, memanggil tuan (kpd orang yg dilawan bercakap): Tuan Bob dituankan oleh orang-orang suruhannya, diayahkan oleh peringkat anak-anak; mempertuan, mempertuankan menganggap (mengakui) tuan: yg mana baik berkenan ke bawah duli tuanku akan ganti duli tuanku itulah patik sekalian sembah dan pertuan; dipertuan; bangsa yg ~ bangsa yg meng-anggap dirinya lebih tinggi atau mulia drpd bangsa lain; hak yg ~ hak atau kedaulatan ke atas sesuatu daerah (negeri); mempertuani ark menguasai; tuanan bangsawan, ningrat; anak ~ anak tuan-tuan; ketuanan hak menguasai dan memerintah sebuah (negeri, daerah, dll), kedaulatan: utk menjamin ~ politik Melayu, maka dunia politik Melayu harus dirombak; ketuan-tuanan spt seorang tuan (ketua, orang berpangkat, dll): Saya pegawai Kerajaan, Encik Ramli berkata ~; pertuanan 1. golongan orang bangsawan, kaum ningrat: tatkala itu Bendahara pun hendak masuk menghadap baginda diiring-kan oleh segala pegawai dan ~; Dewan P~ dewan yg dianggotai oleh orang bangsawan dlm parlimen Inggeris; 2. kuasa pemerintahan (ke atas negara dll): dgn itu pemerintahan atau ~ Siam di atas kedua-dua negeri itu pun diiktiraf; 3. = hak ~ kedaulatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertahanan | 1. hal mempertahankan (menjaga supaya selamat dll): hak ~ tubuh dan harta; 2. perihal membela, pembelaan: sekarang, dgn tidak menerima ~ diriku, engkau usir aku dr rumahmu; 3. sesuatu (spt kubu atau benteng) yg digunakan utk mempertahankan diri dll drpd serangan, perihal menjaga keselamatan negeri dll: kekuatan ~ awam Malaysia akan diperbesar; memperkukuh ~ negara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuasa I | 1. daya atau kemampuan (utk melakukan atau mengerjakan sesuatu), keupayaan, kekuatan, tenaga: serangga mempunyai ~ terbang dan cara bernafas yg istimewa; 2. berupaya, mampu, berdaya (melakukan sesuatu); Maha ~ (Berkuasa) amat besar kuasa-Nya (Tuhan); 3. sanggup serta berminat (membuat atau melakukan sesuatu): Azmi tidak ~ hendak melayan orang macam bapa saudaranya itu; ia tidak ~ berebut-rebut mengambil tempat; tak ~ hamba tinggal seorang diri di rumah; 4. hak atau kewibawaan atas sesuatu atau utk melakukan (mengurus, memerintah, dll) sesuatu (ditentukan oleh undang-undang, peraturan, dll): polis mempunyai ~ menahan seseorang yg disyaki; ia diberi ~ utk menyelesaikan pertikaian itu; ~ dan tanggungjawab seseorang ketua jabatan; mengambil ~ memperoleh kuasa (hak) atas sesuatu (tanah, harta, dll) dgn rasmi; 5. orang yg diberi hak utk melakukan atau menentukan sesuatu: datang pula sebuah sampan membawa surat Tuan Farquhar kpd ~nya di Melaka, menyuruh hantarkan barang-barangnya; ~ pusat badan yg mempunyai kuasa tertinggi; 6. pengaruh atau kewibawaan yg ada pd seseorang dll kerana kedudukannya (darjatnya dsb): kalau dia digulingkan ~nya akan hilang dan ranaplah segala kemuliaannya; ~ kerajaan Majapahit yg terasa hingga ke Siam; 7. negara yg mempunyai pengaruh atas negara-negara lain: ~-~ Barat; ~ Eropah; empat ~ (besar) empat negara yg berpengaruh (iaitu Amerika Syarikat, Great Britain, Perancis, dan Rusia); 8. (Mat) nombor yg menunjukkan sesuatu nombor itu didarabkan banyak kali dgn nombor yg sama, mis 63 disebut enam kuasa tiga, iaitu 6 didarabkan tiga kali (6 x 6 x 6) dgn hasilnya 216; ~ air tenaga yg diperoleh dr air terjun atau air mengalir (utk menjalankan jentera); ~ atom kekuatan (tenaga) yg diperoleh drpd pecahan nukleus; ~ autonomi kuasa mentadbir dll yg ada pd negeri (badan-badan, pertubuhan, dll); ~ bateri tenaga elektrik yg diperoleh dr bateri; ~ beli kemampuan membeli (barang-barang dll); ~ besar negara yg berkuasa (dr segi ekonomi, ketenteraan, dll) spt Amerika Syarikat; ~ elektrik tenaga (daya) elektrik; ~ ghaib kuasa atau kekuatan yg datang dr sesuatu yg tidak dapat dilihat (spt kesaktian dll); ~ kehakiman (Udg) kuasa yg diberikan kpd badan kehakiman utk mendengar dan mengadili pertelingkahan antara pihak-pihak yg terbabit; ~ kuda a) tenaga atau kekuatan kuda; b) ukuran kekuatan enjin atau motor (kekuatan utk mengangkat berat 550 paun setinggi satu kaki dlm satu saat); ~ mutlak kuasa sepenuh-penuhnya; ~ pembatal kuasa atau hak menolak (membatalkan) sesuatu keputusan (yg telah dicapai oleh pihak lain) atau undang-undang; ~ suria sinaran haba drpd matahari yg ditukarkan kpd kuasa elektrik; ~ usaha a) pegawai yg menjalankan tugas kewajiban duta apabila duta tidak ada (bercuti dll); b) diplomat (yg tidak bertaraf duta) yg mengetuai perwakilan negerinya di negeri asing; sekuasa seboleh, sedapat: maka oleh Kartala Sari dicurinya harta saudagar itu ~ pembawaannya; sekuasa-kuasanya seboleh-bolehnya, sedapatdapatnya, sedaya upaya: dgn ~ diambilnyalah lampiran surat itu lalu dibacanya; berkuasa 1. mempunyai kuasa (hak, wibawa), berhak atas sesuatu atau utk melakukan (mengurus dsb) sesuatu: sbg ketua, beliau ~ memutuskan perkara-perkara spt itu; mereka diperintahkan oleh pihak yg ~ supaya keluar dr situ; 2. mempunyai kemampuan, berkemampuan, berkesanggupan; menguasai 1. berkuasa atas (sesuatu), mengenakan kuasa (kewibawaan, pengaruh, dsb) pd atau ke atas (sesuatu): mereka dapat ~ seluruh kota itu; negara yg cuba ~ negara lain dgn kekuatan tenteranya; 2. mengatasi dan mengawal (keadaan dll), mengekang (nafsu); ~ hawa nafsu mengekang (mengawal) hawa nafsu; 3. memiliki dan menguruskan (mengendalikan): sebahagian besar drpd ladang-ladang getah itu dikuasai oleh orang asing; 4. mengetahui dgn mendalam, menjadikan diri mahir atau berpengetahuan tentang sesuatu: setiap orang Malaysia berkemungkinan ~ lebih drpd satu bahasa; menguasakan memberi kuasa kpd, mewakilkan: anaknya dikuasakan mengurus perusahaan itu sepeninggalannya; terkuasa, terkuasai; tidak ~ tidak dapat dikuasai (dikendalikan dll); kekuasaan 1. kuasa atau hak (memutuskan, memerintah, mengurus, dll): negeri itu sekarang di bawah ~ kerajaan pusat; 2. kekuatan, kemampuan: raja itu masyhur kerana ~nya; ~ Tuhan; penguasaan perihal menguasai atau menguasakan: ~ bahasa sendiri sangat penting bagi seseorang penterjemah; berpenguasaan sl ark mempunyai penguasaan; penguasa 1. orang atau badan yg berkuasa atas sesuatu atau utk menentukan (mengurus) sesuatu; 2. kekuasaan: tiadalah apa ~ hamba hendak bawa dia ke sana sini; ~ perang orang yg berkuasa dlm masa perang (darurat); ~ polis jawatan pegawai dlm pasukan polis tiga tingkat lebih tinggi drpd jawatan inspektor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sosialisasi | 1. IB usaha utk memindahkan hak milik seseorang menjadi milik negara (umum); 2. perihal (perbuatan) bergaul dan bermesra (antara satu sama lain), pergaulan: Tunstall telah menekankan pentingnya kajian media massa dlm konteks kehidupan dan proses ~ sesuatu masyarakat; ~ yg dialami para siswa berjalan tanpa sekatan, apalagi mereka jauh dr perhatian ibu bapa; 3. proses mendidik seseorang utk menyesuaikan diri dgn suasana (sikap, nilai dsb) yg dapat diterima dlm masyarakat: anak-anak hari ini mudah terdedah kpd pelbagai agen ~ bukan sahaja drpd ibu bapa; ~ manusia berlaku melalui pendidikan formal dan tidak formal sejak kecil hingga sepanjang hayat; bersosialisasi melakukan sosialisasi: antara tujuan menghantar anak ke tadika adalah utk mengajarnya ~; mensosialisasikan 1. IB menjadikan milik negara, memiliknegarakan; 2. mendidik seseorang utk menyesuaikan diri dgn suasana (sikap, nilai dsb) yg dapat diterima dlm masyarakat: komunikasi memainkan peranan yg penting dlm ~ ahli-ahli masyarakat; terdapat beberapa faktor yg mempengaruhi cara ibu bapa ~ anak-anak mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
arrogate | vt 1. appropriate, assume without right, mengambil: the courts will not allow any person or department to ~ their rights, mahkamah tdk akan membenarkan sesiapa pun atau jabatan mana pun mengambil hak mereka; ~ st to os, memberikan (sst) kpd diri sso sendiri, mengambil: he ~d to himself the right to change the law, dia memberikan hak kpd dirinya sendiri utk mengubah undang-undang; 2. attribute unjustly (to another) menganggap adanya [sst]: dont ~ evil motives to me, janganlah menganggap adanya niat jahat pd diri saya; ~ wrong intentions to so., menyalah anggap tujuan sso. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
entrench | vt 1.> ( usu pass. ) surround with trench, berkubu: the troops were safely ~ed on both sides of the river, askar-askar itu selamat berkubu di kedua-dua tebing sungai; 2. ( usu pass. ) establish (oneself) firmly, ( act .) mengukuhkan kedudukan; ( pass. ) kukuh dlm kedudukan sso: he is well ~ed, but feels he should be given a much greater say in the management of the business, dia begitu kukuh dlm kedudukannya, tetapi merasakan bahawa dia seharusnya diberikan lebih hak suara dlm urusan perniagaan itu; be ~ed in os /views, ideas, etc/ , /pendapat, gagasan dsb/ sso sudah /berurat berakar, berakar berumbi/ dlm diri sso; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
black theatre | teater hitam | Kesusasteraan | Tiada | Teater yang bermula dengan hasrat warga Amerika yang berkulit hitam untuk mencari jati diri. Teater hitam dipengaruhi oleh Gerakan Hak-hak Sivil, dan gerakan Black Power di Amerika Syarikat. Pada tahun 60-an, gerakan teater ini menjadi semakin radikal. Pelakon teater berkulit hitam mula memisahkan diri mereka daripada pelakon teater berkulit putih Amerika. Seterusnya, mereka mementaskan teater untuk penonton berkulit hitam sahaja walaupun untuk drama Shakerspeare. Teater pertama dipentaskan oleh pelakon teater berkulit hitam berjudul A Raisin in the Sun (1959) oleh Hansberry. Antara pelakon teater dan drama berkulit hitam yang terkemuka ialah Jamses Baldwin, Ed Bullins, dan Le Roi Jones. Le Roi kemudiannya menukarkan nama kepada Amamu Amiri Baraka. Lihat juga negritude. |
right to withdraw | hak menarik diri | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
personal injury coverage | perlindungan kecederaan diri | insurans | Tiada | Perlindungan yang biasanya ditambah melalui endorsemen kepada polisi liabiliti am, terhadap libel,fitnah, silap tangkap dan ceroboh hak peribadi. |
Kamus Parsi.indb kardan, az bar kardan( )ḥagh( قح ketamakan, kehalobaan huruf ucapan berkata, bercakap gerakan tempat perlindungan, tempat suci akaun kecantikan cemburu, dengki sifat rendah hati, kesopanan perihal, hadir perlindungan, naungan menghafal hak, kebenaran greed letter speech, talk to gab, to speak movement sanctuary account beauty jealous modesty presence, appearance protection to memorize right, truth قح زآ ،صر ِ ح Kamus Parsi.indb یروآداي ،هرطاخ نيمز ،یکشخ ،کاخ )khāk, khoshkī, zamīn( )khākestar( رتسکاخ )khākestarī( ىرتسکاخ )khāl( لاخ )khāleṣ, nāb( بان ،صلاخ )khāle( هلاخ )khālī( ىلاخ orang gaji di luar, keluar orang asing rendah diri, sopan khas ingatan tanah abu kelabu bintik, tahi lalat tulen, asli, jati mak cik, emak saudara kosong, hampa servant out, outside foreigner humble special memory ground, soil ash grey mole
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd dan Pustaka Kuala Lumpur 2011 SIRI KAMUS ISTILAH MABBIM Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 3 6/6/11 4:01:21 PM Cetakan Pertama 2011 © Dewan Bahasa dan Pustaka 2011 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi dijangkiti untuk dicapai apabila diperlukan. Contohnya, perisian Back Orifice merupakan perisian pintu belakang yang boleh dipasang oleh pengguna hasad untuk memberikannya kawalan jarak jauh dan capaian kepada sistem komputer dengan hak pentadbir sistem. Perisian Back Orifice ini diklasifikasikan sebagai kod hasad dan boleh dikesan oleh kebanyakan antivirus. Sinonim pintu jebak. pintu jebak (Ig. trap door; Br. pintu jebak; Id. pintu jebakan
|
Kamus Thai 2.indb selatan Thai mencurigai kakitangan kerajaan. ระส ่ ำระสาย [rasamrasa:y] ก kacau- bilau: เมื่ อเกิดสงครามบ ้ านเมืองก็ระส่ำระสาย Apabila peperangan berlaku, negara menjadi kacau-bilau. ระหกระเหิน [rahokrah:n] ก mem- bawa diri: เมื่ อถูกขับออกจากวังพระธิดาก็ ระหกระเหินไปยังต ่ างเมือง Setelah di- halau keluar dari istana, Tuan Puteri pun membawa diri ke sebuah negara asing. ระหว ่ าง [rawa:] บ di antara: ธนาคาร นั้ นตั้ งอยู ่ ระหว ่ างร ้ านขายยากับร ้ านอาหาร Bank itu terletak di antara kedai
|
Kamus Thai 2.indb harus beker ja sampai tengah malam. = จนถึง จนกว ่ า [-kwa:] สัน sampai, sehingga: ตำรวจจะคอยคนงานชาวกัมพูชาจนกว ่ าเขาจะมา รายงานตัวที่ สถานีตำรวจ Polis akan me nunggu pekerja Kampuchea sehing ga mereka datang melaporkan diri di balai polis. จนถึง [-t] ดู จนกระทั ่ ง จบ 1 [cop] ลน kali: ลูกชายฉันอ ่ านบทขอพร สามจบก ่ อนจะออกจากบ ้ าน Anak lelaki saya membaca doa selamat tiga kali ttaya:] น psikologi, ilmu jiwa: เขาเป็นนักศึกษาสาขาวิชาจิตวิทยา Dia pelajar jurusan psikologi. จำนอง จิต Kamus Thai 2.indb 110 4/15/2008 11:05:48 AM จ 111 จิตสำนึก [-samnk] น kawalan diri: ถึงแม ้ คุณพ ่ อจะอายุมากแล ้ วแต ่ จิตสำนึกของ ท ่ านยังดีอยู ่ Sungguh pun ayah sudah berusia, namun kawalan dirinya masih baik. จิตรกร [citrak:n] น pelukis: เลโอนาโด |
Kamus Thai 2.indb 2 (ผู ้ ตัดสิน) pengadil กรรมการผู ้ จัดการ [-ka:npu:catka:n] น pengurus besar กรรมพันธุ์ [-pan] น genetik กรรมวิธี [-wi ti:] น cara กรรมสิทธิ์ [-si t] น hak milik: บริษ ั ทน ั ้น ถือกรรมสิทธิ ์ ในที่ ดินแปลงนี้ Syarikat itu memegang hak milik tanah ini. กรรมาชีพ [kamma:ci :p] น kerja buruh กรรมาธิการ [kamma:ti ka:n] น ahli suruhanjaya กรวด [kruat] น kerikil: ถนนหน ้ าบ ้ าน เขาทำด
|
Kamus Thai 2.indb น kalendar, takwim ปฏิบัติ [patibat] ก mengamalkan, mempraktikkan: เราต ้ องปฏิบัติสิ่ งที่ ชอบ และห ่ างไกลจากสิ่ งชั่ วร ้ าย Kita mesti menga- malkan perkara yang baik serta men- jauhkan diri daripada yang keji. ปฏิบัติการ [-ka:n] น operasi: ในการ ปฏิบัติการนั้ นตำรวจได ้ จับผู ้ ต ้ องสงสัยไว ้ หลาย คน Dalam operasi itu polis telah mem- berkas beberapa orang yang letupan bom. 2 (ยานพาหนะ) remuk: รถเบนซ ์ คันนั้ นปนปี้ เพราะถูกรถเทรลเลอร ์ ชน Kereta Mercedes itu remuk dilanggar trelar. ปม [pom] น simpulan ปมด ้ อย [-d:y] น perasaan rendah diri ปมเด ่ น [-den] น perasaan tinggi diri ปรนัย [p:ranai] ว objektif ปรปักษ ์ [p:rapak] ดู ปฏิปักษ ์ ปรโลก [p:ralo:k] น alam akhirat ปรกติ [prokkati] ดู |
|
Tesaurus |
---|
| hak | 1. Bersinonim dengan benar ( betul, sah, sahih, sungguh, tahkik, siddiq, ) (adjektif:)
2. Bersinonim dengan kuasa ( kelayakan, keistimewaan, kebebasan, kewibawaan, kedaulatan, prerogatif, ) (kata nama:)
3. Bersinonim dengan milik ( kepunyaan) (kata nama:)
| Kata Terbitan : berhak, |
|
|