Kata |
Takrif |
Sumber |
diri I | 1 orang seorang; empunya badan: Malang betul nasib ~ku ini, duit habis harta tak ada. 2 badan sendiri (bukan orang lain): membunuh ~; menyerah ~. memohon ~ meminta izin hendak keluar atau pulang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
diri I | 1. orang seorang; empunya badan: Malang betul nasib ~ku ini, duit habis harta tak ada. 2. badan sendiri (bukan orang lain): membunuh ~; menyerah ~. memohon ~ meminta izin hendak keluar atau pulang. | Kamus Pelajar |
pecah I | 1. berbelah-belah menjadi kecil-kecil (benda keras): pinggan itu terlepas dr tangannya lalu ~; duit (wang) ~ duit kecil; 2. retak atau merekah (kulit, bibir, dll): penyakit itu menyebabkan kulit menjadi ~-~; bibir orang tua itu ~-~; 3. terbelah kulitnya hingga terkeluar isinya (bisul, telur, dll): bisulnya tidak juga ~; 4. menjadikan bergumpal-gumpal dan cair (susu atau santan yg basi); 5. tersebar (khabar, rahsia, dll): tiba-tiba ~ khabar mengatakan askar-askar Jepun telah masuk; disuruhnya orang kepercayaan supaya tidak ~ rahsia itu; 6. bermula (perang, darurat, dll): harga getah meloncat naik apabila ~ perang Korea; 7. sl kalah: maka segala rakyat Ghori pun ~ perangnya lalu lari; 8. menggeletar (bunyi); 9. = berpecah berpisah-pisah, tidak bersatu lagi: persatuan itu ~ menjadi beberapa badan kecil; 10. sl cerai-berai, bersurai: maka segala rakyat Pasai pun habis ~, lari cerai-berai dgn banyak matinya; ~ amanah perbuatan menyia-nyiakan atau melanggar amanah; ~ bau merata (tersebar) baunya; ~ daun Kl keluar daun; ~ hati tawar hati; ~ kepercayaan hilang kepercayaan; ~ keringat (peluh) keluar peluhnya; ~ minyak keluar minyak (masakan); ~ perang a) mula terbit peperangan; b) sl kalah perang; ~ perut berasa sakit perut kerana terlalu banyak ketawa; ~ rumah memasuki rumah utk merompak; ~ tembelang terbuka rahsia; ~ bunyi (tepi) buruk berita prb Mn kejadian yg kecil diperbesar orang ke sana sini; ~ kapi putus suai prb sesuatu yg tidak dapat diperbaiki lagi; ~ menanti sebab, retak menanti belah prb hanya menanti masa utk membalas dendam dll; pecah-pecah pecah pd banyak tempat atau bahagian (sesuatu); berpecah terbahagi (bercerai) menjadi beberapa kelompok (golongan dll): kumpulan itu ~ menjadi beberapa cawangan yg lebih kecil; berpecah-pecah tidak bersatu padu (masing-masing dgn haluannya sendiri), berpecah belah: masyarakat yg dilanda perang saudara itu masih hidup ~; memecah 1. menjadi pecah-pecah (ombak dll): sekali-sekali ombak ~ di jambatan kapal; 2. = memecahkan: Halim ~ kesunyian; ~ masuk memecahkan sesuatu (spt pintu, tingkap, dll) dan memasuki (rumah, bilik, dsb); memecahkan 1. menjadikan pecah, menyebabkan menjadi kepingan-kepingan dsb yg lebih kecil, menyebabkan sesuatu atau sebahagian drpd sesuatu pecah: budak itu telah ~ cermin tingkap mereka; kecurian tak boleh berlaku sebelum pintu atau tingkap dipecahkan; 2. memecah-belahkan, mencerai-beraikan, membahagi-bahagi(kan), menghuraikan (ayat dll): mereka hendak ~ perpaduan nasional; harta dipecahkan menjadi empat bahagian; ~ cerita kpd komponennya; pecahkan 893 025 menjadi pengisi tunggal; 3. merosakkan (kesunyian), memusnahkan (sesuatu suasana): bunyinya itu ~ suasana sunyi di tengah rimba; 4. menyiarkan (berita, rahsia); 5. menyelesaikan membuat kepastian (ketetapan dll) bkn sesuatu soal (kerumitan dll): masalah itu sukar sekali hendak dipecahkan; mukanya keruh memikirkan sesuatu yg tidak dapat dipecahkan; 6. sl mengalahkan: maka Tun Pikrama digelar baginda Paduka Tuan dianugerahi ia Buru oleh jasanya ~ Pasai itu; ~ kepala (otak) a) memerah otak; b) susah sekali; ~ rekod = ~ rekor Id membaiki atau mengatasi rekod yg telah ada; ~ telinga sangat kuat bunyinya (suaranya); terpecah-pecah terpisah-pisah, bercerai-cerai; pecahan 1. sesuatu yg sudah pecah atau dipecahkan, bahagian yg sudah dipisahkan dsb drpd sesuatu yg lain atau yg lebih besar atau lengkap: ~ kaca berselerak di tempat pergaduhan itu berlaku; ~ bom; lihat Rajah 2 utk melihat ~ tajuk; 2. angka (bilangan) yg bukan angka bulat (spt 1/2 , 2/3 , dll); ~ berulang = ~ repeten pecahan persepuluhan yg bilangan seluruhnya atau sebahagiannya selalu berulang-ulang; ~ biasa pecahan yg pengatasnya lebih kecil drpd pembawahnya (spt 3/4); ~ janggal pecahan yg pengatasnya sama atau lebih besar drpd pembawahnya (spt 8/8, 11/4, dll); ~ perpuluhan = ~ persepuluhan Id pecahan yg menggunakan titik perpuluhan (spt 0.5, 0.8, dll); kepecahan perihal pecah; perpecahan keadaan berpecah-pecah atau berpecah belah, keadaan tidak lagi bersatu padu: pertentangan itu menimbulkan ~ di kalangan rakyat; pemecahan perbuatan memecahkan: ~ cahaya putih kpd berbagai-bagai warna; pemecah 1. orang yg memecahkan: ~ amanah; 2. orang yg selalu (suka) memecahkan: budak itu ~; 3. alat utk memecahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
duit | 1 kepingan logam (drpd emas, perak, tembaga dll) yg dicap menjadi syiling, atau kertas yg dicap dgn nilainya sekali yg diterima atau yg diberikan ketika menjual atau membeli sesuatu; wang: ~ saya sudah habis saya belanjakan. 2 ringgit; sen: 15 ~ 15 sen. ~ kopi a. duit yg diberikan kpd pemilik kedai (rumah dll) semasa hendak menyewa kedainya (rumahnya dll). b. = ~ suap duit yg diberikan kpd seseorang utk meluluskan dsb sesuatu. ~ luar pendapatan tambahan yg diperoleh dgn melakukan kerja-kerja lain drpd kerja rasmi. ~ pecah wang yg kecil nilainya. ~ syiling wang yg dibuat drpd kepingan logam. berduit 1 mempunyai wang; berwang: Saya tidak ~ utk membeli barang semahal itu. 2 mempunyai wang yg banyak; kaya: Kalau berkahwin dgn orang yg ~, tentulah mewah. duitan; mata ~ (orang yg) hanya memikirkan duit; tamak (akan) duit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
duit | 1. kepingan logam (drpd emas, perak, tembaga dll) yg dicap menjadi syiling, atau kertas yg dicap dgn nilainya sekali yg diterima atau yg diberikan ketika menjual atau membeli sesuatu; wang: ~ saya sudah habis saya belanjakan. 2. 1/100 ringgit; sen: 15 ~ 15 sen. ~ kopi a. duit yg diberikan kpd pemilik kedai (rumah dll) semasa hendak menyewa kedainya (rumahnya dll). b. = ~ suap duit yg diberikan kpd seseorang utk meluluskan dsb sesuatu. ~ luar pendapatan tambahan yg diperoleh dgn melakukan kerja-kerja lain drpd kerja rasmi. ~ pecah wang yg kecil nilainya. ~ syiling wang yg dibuat drpd kepingan logam. berduit 1. mempunyai wang; berwang: Saya tidak ~ utk membeli barang semahal itu. 2. mempunyai wang yg banyak; kaya: Kalau berkahwin dgn orang yg ~, tentulah mewah. duitan; mata ~ (orang yg) hanya memikirkan duit; tamak akan duit. | Kamus Pelajar |
memperjudikan | 1. menggunakan wang dll sbg taruhan dlm permainan judi, mempertaruhkan: duit yg aku beri itu habis dijudikannya; 2. meletakkan dlm keadaan yg boleh menimbulkan bahaya atau mudarat, mempertaruhkan: ada golongan rakyat yg memperjudikan hidup mereka dan kewarganegaraan mereka dgn memperjuangkan ciri hidup asing dr luar; ~ nyawa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pitis | 1. sj mata wang pd zaman dahulu; 2. duit, wang: ada ~ semua kerja jadi; ~ garis wang yg terkecil (bernilai 1/48 ketip); ~ habis, keinginan tiba prb keinginan (kemahuan dll) datang setelah jatuh miskin; ~ sekupang genap hendak membeli kancah berkerawang, nuri pandai berkata prb a) keadaan yg serba salah; b) keinginan ada tetapi tenaga tidak kesampaian; pitisan beberapa banyak wang (pitis). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjudikan | , memperjudikan 1. menggunakan wang dll sbg taruhan dlm permainan judi, mempertaruhkan: duit yg aku beri itu habis dijudikannya; 2. meletakkan dlm keadaan yg boleh menimbulkan bahaya atau mudarat, mempertaruhkan: ada golongan rakyat yg memperjudikan hidup mereka dan kewarganegaraan mereka dgn memperjuangkan ciri hidup asing dr luar; ~ nyawa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
judi | permainan dgn memakai wang dll sbg taruhan (main ceki, main dadu, dll); ~ karan sj permainan judi yg memakai kuasa elektrik (nombor ditunjukkan oleh bola yg mengenai keping-keping besi); ~ tikam ekor taruhan yg ditikam pd tiga (atau empat) angka terakhir drpd nombor loteri lumba kuda; ~ wawei sj permainan judi dgn menikam pd salah satu drpd tiga puluh enam jenis gambar binatang; main ~ = berjudi; berjudi bermain dgn memakai wang dll sbg taruhan: hampir tiap-tiap malam dia pergi ke kelab itu utk ~; menjudikan, memperjudikan 1. menggunakan wang dll sbg taruhan dlm permainan judi, mempertaruhkan: duit yg aku beri itu habis dijudikannya; 2. meletakkan dlm keadaan yg boleh menimbulkan bahaya atau mudarat, mempertaruhkan: ada golongan rakyat yg memperjudikan hidup mereka dan kewarganegaraan mereka dgn memperjuangkan ciri hidup asing dr luar; ~ nyawa; perjudian 1. hal atau perbuatan berjudi; 2. tempat berjudi; penjudian hal atau perbuatan menjudikan; penjudi orang yg suka main judi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
makan | 1. memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dll) sesuatu: jemputlah ~ kuih ini; ~ candu menghisap candu; ~ pil menelan pil; ~ sirih mengunyah sirih; 2. = ~ nasi memamah serta menelan nasi: engkau sudah ~ Sim? 3. rezeki: bagaimana hendak mencari ~ kalau ke-sihatanku selalu terganggu; 4. menggunakan (menghabiskan, memerlukan, dll) masa, wang, dll: pekerjaan ini banyak ~ belanja; menggali parit ini sahaja ~ masa lebih kurang dua bulan; kereta saya banyak ~ minyak; 5. melukai atau menembusi (senjata, air soda, dll), lut: ditikamnya, tetapi tidak ~; 6. bekerja spt yg dijangkakan (brek dll): brek basikal ini tak ~; 7. dapat masuk (barang yg dimasukkan ke lubang dll), masuknya: paku itu hanya setengah inci ~ ke dlm papan itu; 8. mengikut (nasihat dll), menerima (pengaruh, pujukan, dll): inilah jadinya kalau orang tak ~ nasihat; sedikit pun tidak ~ dlm hatinya bahawa tunangnya tidak setia kepadanya; 9. ki menggelapi (wang dll), mengambil secara haram (wang): Pegawai Perumahan ini kuat ~ duit; ~ ampun sl minta ampun; ~ angin a) bersiarsiar utk mendapat angin bersih (berehat-rehat, melapangkan fikiran, dll); b) mendapat angin (kapal, layar, dll); ~ angkat suka dipuji-puji; ~ arwah kenduri arwah (utk memperingati orang yg telah mati); ~ bawang ki marah; ~ benak menarik keuntungan yg besar; ~ ber-adap memakan nasi adap-adap (biasanya nasi kunyit berserta dgn lauknya) yg disajikan kpd pengantin ketika bersanding; ~ berdamai makan bersama-sama pertama kali (bkn pengantin); ~ besar a) jamuan makan beramairamai dgn berbagai-bagai jenis hidangan makanan, minuman dsb; b) jamuan makan bersama-sama ahli keluarga pd petang atau malam menjelang Tahun Baru Cina; ~ budi menerima kebaikan (pertolongan dll) orang lain; ~ bunga mengambil keuntungan (faedah) drpd apa yg dipinjamkan; ~ butir Kl dlm keadaan motobot dsb tersangat sarat dgn muatan (hingga air mencecah papan teratas): duduk baik-baik kerana bot ini ~ butir. Nanti tenggelam; ~ cekak sanggup melawan (mengatasi dll); ~ dalam (orang yg) pendiam tetapi banyak berfikir atau pengalaman; ~ (meng-hisap) darah a) mengambil untung yg besar drpd orang lain (spt mengenakan bunga yg sangat tinggi sewaktu meminjamkan wang dll); b) sebal hati, bersedih; ~ dawai (kawat, kerawat, tali) sangat miskin; ~ di punca kain Kl hidup melarat; ~ diri kesihatan terganggu (kerana sedih dll); ~ duit (emas) a) menerima wang suap; b) membelanjakan wang kerajaan (majikan dll) utk keperluan sendiri; ~ gaji (upah) bekerja pd orang utk mendapat gaji (upah); ~ gambar fotogenik; (banyak, ke-nyang) ~ garam mempunyai banyak pengalaman dlm hidup; ~ hak melanggar hak orang; ~ hati (berulam jantung) dukacita yg amat sangat (akibat gagal dlm percintaan dll); ~ kawan (teman) sendiri menyusahkan (memfitnah, mencelakakan, dll) kawan sendiri; ~ kerawat sangat miskin; ~ keringat orang menikmati kesenangan hidup dgn memeras tenaga orang; ~ kuli bekerja sbg kuli; ~ luar a) makan di kedai, warung, restoran dsb (bukan di rumah); b) ki mengadakan hubungan seks bukan dgn suami atau isteri sendiri; ~ malam (pagi, siang) makan pd waktu malam (pagi, siang) hari; ~ nasi dgn garam sangat miskin; ~ nasi kawah makan beramai-ramai (sewaktu membuat sesuatu pekerjaan dll); ~ nikmat sl makan makanan yg lazat-lazat; ~ pelewar dlm keadaan motobot dsb yg dipenuhi air hingga mencecah enjin: Ali menimba air dlm botnya kerana air sudah ~ pelewar; ~ pencen hidup dgn mendapat wang pencen drpd kerajaan (sesudah bersara); ~ puluk Id makan dgn tangan; ~ ransom makan beramai-ramai; ~ riba meminjamkan wang dgn bunga yg tinggi; ~ sahur makan sebelum masuk waktu imsak dlm bulan Ramadan; ~ suap (sogok) menerima suap (rasuah); ~ sumpah = dimakan sumpah mendapat kesusahan kerana ingkar akan sumpah, terkutuk; ~ tanah a) jatuh tersungkur di tanah; b) sangat miskin; ~ tangan a) kena penumbuk (tinju); b) mendapat keuntungan besar secara tidak disangka-sangka; ~ tanggung hidup di bawah jagaan orang lain; ~ tidur hidup dgn tidak membuat apa-apa pekerjaan; ~ tuan mengenai tuannya sendiri (senjata dll); ~ tulang menyuruh orang supaya bekerja kuat; ~ hati berulam jantung prb menderita kerana perbuatan orang yg karib (spt sahabat, suami, dll); ~ upas berulam racun prb hidup dlm kesusahan; sudah ~ bismillah prb tidak menurut aturan, terbalik; telah habis maka di-makan prb berhemat cermatlah dlm semua perkara; tempat ~ jangan diberaki prb jangan membuat sesuatu yg tidak baik kpd orang yg pernah memberi perlindungan (pertolongan dll); tidak ~ siku-siku prb cakap seseorang yg berleleran sahaja (tidak menurut tujuannya); memakan 1. makan (dgn lebih aktif): mereka pun duduk ~ sarapan pagi; 2. memerlukan atau menghabiskan (waktu, belanja, dll), mengambil: ini tentulah ~ belanja lebih drpd satu ribu ringgit; pelayaran itu ~ masa selama lapan minggu; 3. merosakkan, membinasakan, memusnahkan: rumah itu dima-kan api; pisau itu dimakan karat; 4. mematikan (dlm permainan catur dll): hampir dima-kannya raja saya; dimakan akal masuk akal; dimakan pakaian cocok benar padanya (pakaian); dimakan tikus bp digelapkan (digunakan) wang dll; dimakan tua bp telah lama hidupnya, sudah tua; memakani memakan dgn banyaknya, acapkali memakan: ia asyik ~ buah-buahan yg dibawanya sendiri dr rumah; memakankan 1. mengusahakan (memberi dll) supaya sesuatu dimakan; 2. memakan utk; termakan 1. sudah dimakan (dlm erti kiasan dll): besi itu habis ~ karat; 2. makan dgn tidak sengaja: Ali dirawat di rumah sakit sebab ~ racun; dia ~ a) dia kena racun; b) dia kena guna-guna; 3. ki dapat diterima (akal dll), terpengaruh; perkataan itu ~ olehnya perkataan itu dapat diterimanya; 4. dapat dimakan: ikan yg didapatinya itu terlalu banyak hingga tidak ~ lagi; ~ budi menerima pertolongan (kebaikan dll) drpd orang lain, kebudian; ~ bulan terlewat waktu (tempoh) yg ditetapkan; ~ dlm hati meresap dlm hati; ~ janji tidak menepati janji; ~ oleh akal masuk akal, boleh diterima oleh fikiran; makanan apa sahaja yg boleh dimakan (spt nasi, roti, dll), rezeki: segala ~ spt sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yg mempunyai zat (vitamin, protein, dll); ~ laut makanan atau hidangan yg bahan utamanya ialah hiduphidupan laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dsb: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yg tidak begitu mengenyangkan (spt keropok, kacang, dll) yg dimakan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (spt beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yg ringkas dan dapat disediakan dgn cepat; makan-makanan bermacam-macam jenis makanan; kemakanan habis dimakan: jagalah baik-baik pedang itu, supaya tidak ~ karat; pemakanan 1. jenis-jenis makanan yg lazimnya dimakan atau ditentukan utk dimakan, pilihan jenis-jenis makanan seseorang dll: masalah salah ~ dan kekurangan vita-min masih lagi berleluasa di dunia moden hari ini; ~ yg tidak seimbang; ~ semasa hamil; 2. perbuatan (proses) makan: bahan radioaktif masuk ke dlm tubuh manusia melalui proses ~ dan peminuman; pemakan 1. orang (binatang dll) yg memakan: binatang ini termasuk jenis binatang ~ daging; 2. apa yg digunakan utk jodoh makanan: lauk ~ nasi; kapur ~ sirih; se~ sirih sama lamanya dgn orang makan sirih; 3. orang yg suka makan: Ali memang ~; ~ bawang ki orang yg pemarah; ~ gaji orang yg makan gaji; ~ upah orang yg mengambil upah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
devil | a ~ of a, (colloq), [no specif translation]: we had a ~ of a time trying to convince her, teruk kami hendak meyakinkan dia; a ~ of a car, hebat betul kereta itu; between the ~ and the deep blue sea, dlm keadaan ditelan mati emak, diludahkan mati bapa; go to the ~, a. be damned, pergi jahanam; b. go away, berambus; like the ~, see HELL (like hell); lucky ~, bertuah betul; play the ~ with, see HELL (play hell with); poor ~, [no specif translation]: the poor ~ had lost all his money, kasihan dia, habis duit dia hilang; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fresh | ~ out of, (colloq) baru /kehabisan, habis/: Im ~ out of change, saya baru kehabisan duit tukar or duit tukar saya baru habis; /be, get/ ~ with so., (colloq), /berlaku kurang ajar, menggatal/ dgn sso: if he tries to get ~ with me Ill report him, jika dia cuba berlaku kurang ajar dgn saya, saya akan laporkan dia; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
laku | laku; 1 tingkah laku, tabiat: yenlah tan ~ nou gak buta kou begitulah lakumu di belakang saya; 2 sah: duit itou nda ~ agei lian itou wang ini tidak sekarang; 3 suka, laris, dibeli orang: kuih wak jenajasiyen ~ min kuih yg dijualnya laku habis; | Melanau Mukah | |
Kamus Sains.indb cemaran atau hingar. (KOM) clean formation (formasi bersih) Batuan reservoir yang tidak mengandungi atau mengandungi hanya sedikit mineral lempung dalam matriksnya. Formasi ini bermutu tinggi. (KEJ) cleanout tool (alat bersih habis) Alat yang digunakan untuk membersihkan lubang telaga daripada bahan yang tidak dikehendaki seperti pasir dan mendakan parafin. Contoh alat ini ialah pengelap dan penimba. (KEJ) class interval cleanout tool Kamus sefadeks) Resin penukar anion yang mempunyai sefadeks. Banding DEAE-cellulose. (KIM) death phase (fasa kematian) Fasa terakhir keluk pertumbuhan mikroorganisma. Pada peringkat ini, tena- ga yang disimpan dalam sel akan habis dan kematian sel berlaku pada kadar eksponen bergantung pada persekitaran. (BIO) Deborah number (nombor Deborah) Nisbah masa santai terhadap sifat masa pengaliran. (KEJ) debranching enzyme (enzim penyahcabang) Enzim yang memangkinkan
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd masa itu. Walau bagaimanapun, satu kesilapan pengaturcaraan pada cecacing ini menyebabkannya tidak berhenti menyalinkan dirinya dalam komputer yang telah dijangkiti sehingga menyebabkan semua ruang pada cakera keras dan ingatan utama habis digunakan. Akhirnya cecacing Internet 1988 menyebabkan lebih 6000 sistem komputer, iaitu sekitar 15 peratus pelayan Internet pada masa itu berhenti beroperasi dan kerosakan dianggarkan berjumlah US$97 juta. cecacing rangkaian keselamatan yang menidakkan pengguna sah mencapai perkhidmatan atau sistem tertentu. Contohnya, bekalan kuasa terputus menyebabkan kita tidak dapat menggunakan komputer atau sistem ATM tergendala menyebabkan pengguna bank tidak dapat mengeluarkan duit daripada mesin ATM. Lihat juga serangan DoS. nama domain (Ig. domain name; Br. nama domain; Id. nama ranah) Nama domain, menggambarkan kedudukan atau lokasi sesebuah organisasi atau entiti lain dalam
|
Kamus Thai 2.indb 02 AM ร 314 masa satu tahun. ระยะสั้น [-san] น jangka pendek ระยับ [rayap] ดู ระยิบระยับ ระยำ [rayam] ว bangsat: เครื่ องเพชร ถูกไอ ้ โจรระยำคนนั ้ นขโมยไปหมด Barang- barang kemas habis dicuri oleh pencuri bangsat itu. ระยิบระยับ [rayiprayap] ว ber kerlipan, berkerdipan: ดวงดาวระยิบระยับ อยู ่ บนท ้ องฟ ้ า Bintang-bintang berkerli- pan di langit. = ระย ั บ ระรัว [rarua าม [rumra:m] ว berserebeh, ser- bah-serbih: เสื้ อผ ้ าผู ้ ชายคนนั้ นรุ ่ มร ่ าม Pa kaian lelaki itu berserebeh. รุสต ๊ อก [rusatk] ก menjual habis- habisan: ช ่ วงสิ้ นปีร ้ านเฟอร ์ นิเจอร ์ จะรุสต ๊ อก สินค ้ าเก ่ า Pada akhir tahun kedai pera- bot itu menjual habis-habisan stok pe
|
Kamus Thai 2.indb biodiesel. ข ั บเคี่ยว [-kia:w] ก bertarung: ชาวอิร ั ก ต ้ องข ั บเคี่ ยวก ั บศ ั ตรูจนถึงที่ สุด Orang Iraq mesti bertarung dengan musuh se- cara habis-habisan. ข ั บถ ่ าย [-ta:y] ก buang air ข ั บไล ่ [-lai] ก menghalau, menying- kirkan, mengusir: กำน ั นข ั บไล ่ คนที่ ถูกสงส ั ่ มีใคร คิดร ้ ายต ่ อเพื่ อนร ่ วมงานของตนเอง Tidak ada siapa pun yang berniat jahat ter hadap rakan sejawatannya. คิดหน ้ าคิดหลัง [-na:-la] ก berfikir panjang, berfikir habis-habis: ก ่ อนจะ ทำอะไรลงไปคุณจะต ้ องคิดหน ้ าคิดหล ั งเสียก ่ อน Sebelum melakukan sesuatu, anda mesti berfikir panjang terlebih dahulu. คิว 1 [kiu] น nombor giliran: เชิญร ั |
Kamus Thai 2.indb ้ อยใจ น ้ อยหน ่ า [n:yna:] น buah nona นัก [nak] ว sangat: อย ่ าซื้อให ้ มากนักเดี๋ยว จะกินไม ่ หมด Jangan beli banyak sangat nanti tidak habis dimakan. นักการ [nakka:n] น budak pejabat, par (pembantu am rendah) นักการเมือง [nakka:nma] น ahli politik นักกีฬา [nakki:la:] น atlet, olahragawan นักข ่ าว [nakka:w] น pemberita ้ า Anak ayam lari ke dalam semak rumput. พงศาวดาร [posa:wada:n] น hikayat พจนานุกรม [potcana:nukrom] น kamus พญา [paya:] น raja พดด ้ วง [potdua] น sejenis duit Siam lama, potduang พธู [patu:] ดู ผู ้ หญิง พ ่ น [pon] ก menyembur: พ ่ นสี me- nyembur cat พ ้ น [pon] ก lepas: พวกเราได ้ พ
|
Kamus Thai 2.indb di:buk] น timah ดึก [dk] น lewat malam ดึง [d] ก menarik: ติ๊ กดึงลิ้ นช ั กโต ๊ ะแล ้ ว หยิบกระเป๋าเงินภรรยาเขา Tik menarik laci meja lalu mengambil beg duit isterinya. ดึงดูด [-du:t] ก menarik: ความสวยงาม ของเกาะภูเก็ตดึงดูดน ั กท ่ องเที่ ยวจากท ั ่วโลก Keindahan Pulau Phuket menarik pelancong dari seluruh dunia. ดื ่ ม [d:m] ก minum Anak saya mengulang kaji pelajarannya sebelum peperiksaan. ทบวง [tabua] น biro ทยอย [tay:y] ว beransur-ansur: เขาทยอยจ ่ ายหนี ้ ของเขาจนหมด Dia mem bayar hutangnya secara beransur- ansur sehingga habis. ทแยง [tayε:] ว condong: เส ้ นทแยง garis condong ท ทด ทแยง Kamus Thai 2.indb 192 4/15/2008 11:06:43 AM ท 193 ทแยงมุม [-mum] ว |
|
Tesaurus |
---|
| habis | 1. Bersinonim dengan kesemuanya ( segalanya, sekaliannya, keseluruhannya, ) (adverba:)
2. Bersinonim dengan sebahagian besarnya ( hampir keseluruhan, banyak bahagiannya, ) (adverba:)
3. Bersinonim dengan siap ( selesai, beres, tamat, berakhir, ) (kata kerja:)
4. Bersinonim dengan paling ( sangat, amat, cukup, terlalu, benar-benar, ) (kata tugas:)
5. Bersinonim dengan selepas ( sesudah, setelah, ) (kata tugas:)
6. Bersinonim dengan jadi ( kalau begitu, maka, ) (kata tugas:)
| Kata Terbitan : sehabis-habis, habis-habis, habis-habisan, berhabis, berhabis-habisan, menghabiskan, kehabisan, penghabisan, |
|
|