PeribahasaSiapa makan cabai (= lada), ialah berasa pedas (= kepedasan).TakrifYang merasa tersindir, dialah yang berbuat pekerjaan yang disindirkan itu; yang berbuat salah akan merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerjumpa dengan putih, terlesi sangat.TakrifTidak berasa puas dengan sesuatu yang telah diperoleh. lesi (lesih) = terlalu putih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti orang kecabaian.TakrifSangat gelisah. kecabaian = berasa panas pada mulut (tangan dan sebagainya) kerana kena cabai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai melulus baju sempit, bagai terbuang kesisipan.TakrifBerasa senang kerana terlepas daripada kesukaran. kesisipan = kemasukan duri dalam daging.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBarang siapa yang berketuk, ialah yang bertelur.TakrifSiapa yang berasa bila disindir maka dialah yang bersalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa berkotek, siapa bertelur).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaOrang penggamang mati jatuh, orang pendingin mati hanyut.TakrifSiapa yang tidak mempunyai keberanian, akan gagallah usahanya. gamang = berasa takut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSiapa sakit, siapa menyiuk.TakrifYang merasa tersindir, dialah yang berbuat pekerjaan yang disindirkan itu; yang berbuat salah akan merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh, b. Siapa makan cabai [= lada], ialah berasa pedas [= kepedasan]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| rasa | 1. Dalam konteks pelbagai rasa bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat, (adjektif:)
2. Bersinonim dengan fikir ( kira, ingat, agak, ) (kata kerja:)
| Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa, |
|
Puisi |
---|
|
Nasi sejuk dihurung semut, Bawa gonggong meniti petang; Berasa sejuk kutarik selimut, Baru kutahu badan seorang.
Lihat selanjutnya... |
|